Monday 8 April 2019

Gunung Bintang

Ekspedisi Mencari kerlipan Bintang di Puncak Gunung Bintang

Assalamualaikum BUAT semua Pendaki.. 
Hajat nak mendaki Gunung Bintang akhirnya tercapai juga setelah lama mengidam untuk menawan antara gunung yang tertinggi di Kedah, bagi yang tertanya-tanya mengenai Gunung Bintang ialah sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara Negeri Kedah dan Negeri Perak, berketinggian 1,862 meter dari aras laut dan ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand. Pun begitu puncak Gunung Bintang terletak di dalam sempadan negeri Kedah dan difahamkan ini merupakan merupakan gunung yang tertinggi di Negeri kedah, So antara misi utama trips ini adalah nak melihat kerlipan bintang-bintang dari puncak tertinggi Gunung Bintang. 


Trips ini telah di organized by Mama Gojes n All the Best Crew .. Trips mendaki Gunung Bintang Kali ini mengambil masa selama 2 hari 1 malam dan starting point bermula daripada Lata Sedim, Kedah.. Ketinggian Gunung Bintang Lebih Kurang 1862 meter dari aras laut dan jangkaan masa pendakian sampai ke puncak mengambil masa 12 jam bergantung kepada stamina pendaki dan jarak pendakian sejauh 13-14 km untuk sampai ke puncak. 



Untuk mendaki Gunung Bintang boleh dibahagikan kepada beberapa checkpoint, CP1 Pertama akan menjumpai Kawasan air Terjun, seterusnya CP2 kawasan permatang dan CP3 terakhir iaitu di kem Bunian dimana disini terletaknya last water point sebelum terus ke puncak.


 Berehat Dulu Ya

Dari starting point lata Sedim boleh berjalan kaki  menuju ke kaki rimba melalui jalan yang bersimen, kami bergerak dalam pukul 9.30 am dan anggaran masa lebih kurang 2 jam dan antara  pilihan lain boleh menaiki 4x4 untuk mempercepatkan masa perjalanan seterusnya akan melaui trek hutan dan kawasan berbuluh untuk menuju ke waterpoint ( checkpoint 1 ) anggaran masa selama 2 jam 30 minit dimana akan melalui laluan yang mendatar..Sepanjang perjalanan ke Cp 1 akan menjumpai lebih kurang 2 sungai kecil dan awas laluan ini juga merupakan laluan Si Maybank mencari makanan.. Diharap berhati-hati dan berjalan dalam berkumpulan.


Air Terjun Lata Riau di Check point  1, boleh tahan tinggi waterfall ni.. memang cantik pemandangan nya kalau dapat tiruk  lagi memang layan :P




Sampai ke Lata Riau lebih kurang pukul 12.00 tengahari, di sini terdapat satu wakaf / pondok yang masih dalam keadaan baik cuma tandas yang kelihatan sudah lama tidak digunakan, jadi dekat sini boleh rehat sebentar sambil makan pack lunch sebelum meneruskan perjalanan di mana cabaran yang sebenar bermula.. Perjalanan seterusnya untuk menuju ke next Cp 3 iaitu ke Kem Bunian dimana kami akan bermalam sebelum keesokan harinya terus menuju ke puncak untuk melihat matahari terbit. Boleh dikatakan trek daripada Cp1 menuju ke Cp3 ( LWP ) memang trek  yang tak kasi muka langsung, trek yang mencanak dan mencongak! orang cakap memang layanlah trek ni nak jumpa permatang yang mendatar pun susah memang menguji fizikal dan mental. 





Pendakian Jam 2.30 Ptg daripada Cp1 ke Cp3 tempoh mana dianggarkan selama 3 Jam lebih dimana cabaran sebenar mendaki Gunung Bintang bermula, semasa dalam perjalanan akan jumpa pelbagai jenis flora dan fauna serta disajikan dengan pemandangan  dan bunyi-bunyian hutan yang cukup mendamaikan. Yang best hiking di Gunung Bintang walaupun trek dia boleh dikatakan mencanak daripada atas ke bawah tapi kita tak akan jumpa puncak tipu yang selalu memberi harapan palsu boleh  jadi boleh focus dan layankan je kaki menapak slow-slow sampai ke puncak, sepanjang jalan menuju ke kem bunian dengan diri pewai sambil melayan perasaan on track banyak perkara yang terlintas dekat fikiran berkait rapat dengan bintang.. antaranya harimau bintang ishh! tak mau..tak mau mintak dijauhkan! selain itu nak lompat bintang dekat puncak Gunung Bintang dan pada waktu malam nak layan bintang-bintang berkelipan dari Gunung Bintang !

Alhamdulilah sepanjang perjalanan tak ada yang tercedera dan kami tiba di Kem Bunian Jam 8.00 Malam dan berehat.. Last Water Point adalah di Kem site Bunian ini.. Bagi yang ingin terus hiking ke puncak boleh ambik air dulu disini dimana hampa kena turun sedikit ke bawah lebih kurang 10-15 minit untuk  menuju ke sungai kecil di bawah. Kami bermalam di sini dulu dimana keesokan harinya awal-awal pagi dalam pukul 4.30am boleh terus ke puncak untuk melihat matahari terbit. Kawasan Kem Bunian ini agak luas, jadi boleh menempatkan ramai group. Pada hari kami mendaki ada sedikit  hujan pada sebelah petang jadi suasana berkabus-kabus dan cuaca yang sejuk terutama pada sebelah malam memang best jadi pastikan bawa sleeping beg dan sweeter untuk tidur dalam keadaan selesa kalau tidak jawab nya tidur dalam sejuklah !




Pemandangan daripada Bonsai Kecil, misi utama nak lihat kerlipan bintang bersinar di waktu malam tapi apakah daya naik gunung ketika bulan penuh, alhamdulilah disajikan dengan panorama bulan mengambang yang cukup mengasyikkan.

Keesokan hari lebih kurang 4.30am kami memulakan perjalanan menuju ke puncak anggaran tempoh masa lebih kurang 1jam 30 minit dimana akan melalui Taman Bonsai dan Bintang kecil sebelum sampai ke Puncak. Trek daripada kem bunian ke puncak sebenarnya agak mengelirukan dan terdapat banyak laluan treck dan laluan tikus dimana ini juga trek laluan binatang jadi pastikan lalu di laluan yang betul. Pengalaman hiking pada awal pagi memang beri adrenaline yang berbeza lain macam sikit, best memang best hiking awal pagi tapi nak bangun tidur awal tu yang seksa sedikit.



Lebih kurang 7am kami sampai ke puncak, alhamdulillah hari ini disajikan dengan pemandangan matahari terbit yang cukup menawan daripada puncak tertinggi Gunung Bintang yang berketinggian 1862 meter dari aras laut ini adalah puncak gunung tertinggi di Kedah berjaya ditawan! syukur. Suhu di puncak pada hari itu agak sedikit sejuk tapi tetap bersemangat menunggu matahari terbit antara saat-saat yang ditunggu oleh semua pendaki, ganjaran terbaik selepas berhempas pulas mendaki antara kepuasan yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata.



Cantik bukan bukan semua orang boleh rasa moment ini, dari sini boleh nampak Gunung Kenderong dan kerunai, Gunung-gunung lain maaf abang sob masih nubis tak tahu nama.

Di atas kawasan Puncak, terdapat juga kem site untuk berkhemah, tapi tidak seluas di kem Bunian, disini terdapat Beirut lama yang sudah patah, katanya sebab dilanggar oleh pak long @ orang besar! Ok kita sudah sampai ke puncak Gunung Bintang jadi jom lompat Bintang Satu kali :P

Lebih kurang 1 jam berada di puncak seterusnya kami berpatah balik menuju ke Kem Bunian, gambar di atas diambil ketika berada di Bintang Kecil, antara tempat yang cukup mengancam untuk selfie portrait! Pemandangan  di kawasan Bintang Kecil memang cukup menarik dan terasa mistik pun ada mungkin sebab faktor-faktor suasana awal pagi yang berkabus dan pokok-pokok dekat sini yang kelihatan nampak sedikit exotic! Masa kami naik awal pagi tadi dalam keadaan gelap dan berkabus jadi banyak pemandangan menarik boleh lihat ketika waktu turun antara hampa akan menjumpai kawasan mossy forest itu dah dekat-dekat nak sampai ke Puncak dan kawasan bonsai di Bintang kecil dan Taman Bonsai.

Selepas siap mengemas di di Kem Bunian seterusnya kami mula bergerak turun, lebih kurang pukul 5.30 petang kami sampai kembali ke starting point di Lata Sedim, secara keseluruhannya pendakian ke Puncak Hati Awak  berjaya dengan sukses ya! eh pendakian ke Gunung Bintang berjaya dan cukup meninggalkan kesan yang mendalam buat semua rakan-rakan pendaki kerana banyak kenangan dan halangan yang perlu ditempuhi sepanjang trips ini berlangsung, Alhamdulilah berjaya diatasi dengan jaya dan akhirnya impian untuk mendaki Gunung Bintang tercapai..



Tips : Kenapa perlu pemanasan badan dahulu sebelum mulakan aktiviti...

1-    Supaya x de lh otot² kita ni terkejut & bersedia utk melakukan aktiviti lasak....bila otot kita terkejut tu lh punca datangnya injury..krem & sakit²...

2-    Dengan pemanasan badan juga jantung kita sudah bersedia utk mengepam...jd bila kita start buat aktiviti x de lh tiba² jantung kita bedegup laju....bila jntung kita berdegup laju 2 lh punca kita punya langkah x stabil dgn kadar degupan jantung...itu yg baru strat aktiviti dh rest...padahal baru jln 5mnt...


P/S : Amalkan gaya hidup sihat dgn btl..kita buat aktiviti nk sihat bkn nak sakit....

~~~ Sekian ~~~

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...