Monday 18 December 2017

Water Rafting Sungai Kampar @ Gopeng, Perak


Assalam Smua, Weekend lps hakak layan Water Rafting di Sungai Kampar... Sooo hakak layan Sg Menggile hebatnya yg menjadi pujaan hakak sejak dulu lg... X sabar rasanya nak harung air yang mengganas... Dulu hakak slalu ricky2 ngan kwn Poyos hakak yg dulunye pun minat yg sm.... Arghh tu kenangan ye dak... Usah dikenang.. Hahahahah

Sungai Kampar mempunyai 22 jeram berbeza yang terdiri daripada gred 2 hingga gred 3. Dari menangani jeram besar, sehinggalah ke menikmati keindahan hutan hujan yang subur dan tenang, masa yang dihabiskan dengan alam semula jadi akan menjadikan hari anda penuh menyegarkan.

Water rafting di Sungai Kampar adalah sangat sesuai bagi peserta yang tidak mempunyai pengalaman. Ribuan belia dan ahli korporat telah pun menjadi saksi dan kesemua mereka menghabiskan masa dengan sangat seronok.


Sebelah Hakak berseluar putih tu Guide Hakak iaitu ABg Li dan yang lain2 hakak sememang nye tak kenal... SOooO panggil je Encik2 je kat atas boat....

Firstly Hakak dibawa lori dari tempat park kete menuju ke starting point... Masing-masing dah rupe macam buruh kasar ladang kelapa sawit yg dibawa utk bekerja di ladang2…. Hahahahahahaha.. Dah rupe macam perlarian pon ada jugak…  Dari tempat hakak park kete ke lokasi White Water Rafting mengambil masa dalam 30-45 minit, jauh jugak sebenarnya…Memang thrill jugak naik lori ke sana sebab kena redah kawasan kampung pastu naik turun bukit tepi gaung lak tuuu…seram betul!… Yeke Seramm....

Sampai jer tempat starting point untuk rafting… Yeaaaaaaay!!!!… Tengok air je terus jatuh cinta ooooo… Memang syok, layan dan best white water rafting ni. Lepas dengar briefing, apa lagi terus capai life jacket dan safety helmet.... Dah x sabo2 nak celup dalam air..
 Relax dulu dalam air....
Mula-mula sekali semua peserta disuruh untuk melakukan body rafting supaya dapat build-up water confident semasa berada di dalam air nanti.. 
 
Seperti biasa, terlebih dahulu guide akan mengajar kesemua teknik-teknik paddling dan hand signal semasa berada di dalam bot nanti. Jarak perjalanan kitaorg untuk meredah dan menyusuri Sungai Kampar adalah sejauh 8.5 km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. 
  Sungai Kampar, Gopeng Perak ini dikelaskan sebagai 3/6 (sederhana bahaya) mengikut keadaan air sungai. Sekiranya selepas hujan, kelas sungai ini mungkin boleh menjadi 4/6 atau 5/6 (agak bahaya) yang memerlukan teknik yang betul pakar untuk mengendalikan boat getah. 
 Kebiasaan ada kawasan yang tenang dan ada kawasan yang memerlukan kami dipandu oleh pengawal kami dengan memberi beberapa arahan FORWARD (kayuhan kedepan), BACKWARD (kayuhan kebelakang), BUM BUM (duduk didalam boat) dan JUMP JUMP (lompat-lompat ditepi boat getah untuk bergerak dari tersekat dekat batu).
Guide Sebelah aku tu dah Menggile seronok tgk aku Cuak.....
Boat Hakak Karam...
Semasa boat terbalik, masing-masing panik le.... Seperti yang diberitahu semasa penerangan awal... Kejadian dimana berada dibawah boat mungkin terjadi... Jangan lah panik, tarik nafas dalam2 sebelum kita tercampak keluar, pegang padel kuat2 dan cari jalan keluar dari situ.... 
 Melawan Harus 
Sian Guide Aku (Abg Li) hempas pulas 
nak jaga anak kapal..... Tapi 5 kali le aku tercampak keluar...
and second last lutut aku injured kena batu tajam.. nak jalan pun sakit.. Naya 3,4 hari aku tempang sekejap...
Masa ni dah tengah2 Sungai.. berehat sekejap dalam 30 minit.. Mandi manda dulu.... Dah mintak ampun sebelah aku tu... 
Yessss gaya Guide ABg Li menelamkan boat tu 
sampai helmet dah atas hidung..... Dah Kesejukan dalam boat tu....
Sungai ini berbatu dengan banyak saluran sempit dan selekoh tajam yang mencabar ketahanan fizikal dan mental peserta... Kadang2 tersangkut di batu2... SO kita hendaklah JUMP JUMP utk menggerakkan boat kita keluar dari tersekat batu...
   Thank You Semua... Tak kenal pun.. 
Mybe one day kita berjumpa lagi...

Semoga Berjumpa Lagi...

Tuesday 12 December 2017

Bukit Berekeh, Sg. Siput



Assalamualaikum syg2 semua.... Kali ni hakak redah lak Bukit Berekeh atau turut dikenali juga sebagai Bukit Botak, berketinggian 1940 ft ( 454 mtr ). Terdapat 5 buah puncak bukit yg perlu kita pacak x ingat dan x sampe2.... Bukit ni memiliki Beirut di puncak tertinggi, terletak di Kampung Bawong Lasah, Sungai Siput,Perak dan diantara lokasi yang menjadi tumpuan para pendaki untuk datang kesini dengan menawarkan pemandangan yang terbaik dari puncak bukit seolah-olah seperti berada di kawasan Savana dikelilingi oleh rumput-rumput keperangan tumbuh melatar di sekitar puncak....


Jam 3 Pagi dah plan nak jumpa guide tapi sebab banyak sangat masalah nya... Hahahahaa byk heinyeeee... Kol 4 baru dapat jumpa Guide Aslam... So gerak dr Hospital Sg. Siput jam 4 dan sampai  dalam pukul 4 lebih... Jam 5 baru nak gerak dalam keadaan gelap gelita.... Keadaan trek, so far trek asal ke puncak bukit tidaklah terlalu sukar mula-mula kerana melalui kawasan sawit ( penanam sawit semula ) anggaran masa 40 minit berjalan, seterusnya terus memasuki trek hutan lebih kurang 20 minit boleh sampai ke puncak pertama, anggaran masa dari puncak pertama untuk sampai ke puncak terakhir dalam masa 30 minit atau lebih... Keadaan x berapa nampak buat hakak tesadung je bile tepijak batu n keadaan yg licin... Diingatkan pada kelewatan naik ke Bukit ni... Tersangatlah Panas jika mendaki dalam jam 9am ke atas..... Cabaran terbesar hiking disini adalah faktor cuaca tambahan ketika musim panas terutama di bahagian atas bukit tak banyak kawasan yang mempunyai pokok-pokok yang boleh dijadikan tempat untuk berteduh, jadi pastikan bawa air secukupnya dan payung.... Kalau korg lambat naik la.. Bagi yg cepat naik... Anda bijak ...

 Jam 5 Pagi dok begambo tengah jalan...Hakak siap sedia...


Jam 5 pagi.. 

 Sebelum Jam 7 pagi sampai di Puncak...



Sempat begambar beberapa orang.. Yang lain
ketinggalan di belakang..


 Pemandangan dari puncak tertinggi Bukit Berekeh @ Botak disini boleh nampak lagi empat puncak dan di bawah gambar view 360 darjah gunung disekeliling, pergh view memang layan tambahan kalau ada kesempatan untuk layan view sunrise atau sunset....
Kali ni hakak xdpt nak nikmati awan nano....
Frust....

 
Bukit Berekeh @ Botak, Hakak done!

This is Berekeh dari Bawah...
Cantik Giler


 Tak bape nano sangat..
  Hakak kecewa lah.....


Jenuh nak sampai puncak ke 5 ni....
1st Puncak korang dah letey sebab nak jalan jauh ke kaki bukit.. Then korg kena naik pacak ke atas puncak 1st..
Puncak Ke 2,3 & 4...  Naik turun (Bile nak sampai daaa)
Puncak ke 5 (Pacak Tinggi berbatu) Licin..
Masa ni la Hp hakak terkempas cermin nya pecah.... 


Ni Ladang Kelapa Sawit yg pagi tadi dok lalu...
ni rupenye.... Pun Jenuh nak jalan..
Jauhhh... 


Muke Penat Weyh.. Jom Balik... 

*****Tips mengenai Bukit Botak, seeloknya hiking seawal pagi atau sebelah petang untuk mengelakkan cuaca panas, bawa air secukupnya dan payung sekiranya berhajat untuk stay lama di Puncak.... Seriously waktu ni naik di awal pagi, tapi group yang akak jumpa kebanyakan nya naik jam 9 pagi... Kesian kalau naik dalam keadaaan cuaca panas, tambahan di kawasan atas bukit sangat limited pokok-pokok yang boleh dijadikan tempat berteduh, tahap kesukaran trek sekiranya mengikut trek asal semua peringkat umur boleh mendaki di Bukit Botak. Cuma pastikan tidak membuang sampah merata-rata sangat sayang kawasan yang cantik dicemari dengan sampah... Sila jaga kebersihan dan ingat jadilah seorang pendaki yang bertanggungjawab...

****Bukit atau Gunung bukanlah
tempat sampah :P 

Sekian....

Diella Hasan


Tiba2 t'gerak hati utk menyampaikan sesuatu apa yg telah d'lihat selama ini di depan mata...

Tiap2 minggu kita hike dgn org baru mahupun yang telah lama dalam bidang/minat pendakian.
Utk tengok dan belajar serta dapatkan pengalaman baru yg b'makna utk diri dan rakan2 merasai b'sama.

Jgn tgk org pace laju je ko pun sama nak ikut..
Why??
Ikut lah kemampuan sendiri sambil belajar utk perbaiki kelemahan diri...
- Pace slow2 santai ni boleh ajar kita muhasabah diri..
- Boleh ajar kita jgn lupa diri bila dah laju tu.
- Boleh ajar kita bersabar utk menunggu org di belakang...
Oleh itu janganlah kecam dan hina mereka , tapi bantu lah mereka.

kata2 semangat dari rakan2 yg akan m'buat kan mereka lebih b'semangat utk meneruskan rentak dan perjalanan...

Kembali kepada matlamat asal....
jangan lupa diri..
sama2 kita menikmati keindahan alam .
safety first.....
NO ONE LEFT BEHIND








Wednesday 8 November 2017

Gunung Relau, Kampar


Di Pagi Sabtu yang hening.. Hakak bangun awai coz semangat nak ke Gunung Relau.. Actually dah lama sangat ngidam nak g sana.. Dok lalu je bile pegi ke Gunung Bujang Melaka.... Dah tekad sangat so gerak la Dari Ipoh ke Kampar dalam 40 minit le speednya (Hahahahahha).... Dalam pala set nak start dari kaki gunung tepat pukul 7.00 pagi... Dalam perjalanan sakit perut la pulak, So hakak singgah ke Masjid An - Nur... Dah terbuang masa 15 Minit.... Dalam kelam kabut tu 3, 4 orang dok perati hakak keluar dari Masjid.... Dorg baru pas mkn nasi lemak kat kedai makan sebelah masjid An-Nur tu....Hakak tak perasan kan dorg.... So, hakak pun gerak ke Kaki Gunung... 

Perjalanan dari masjid An Nur ke starting point ( Air Terjun Berangkai ) sejauh 10 minit sahaja. Dari sini melalui perkampungan cina, jalan kecik ,parking pun sangat terhad....

Dok tgh pakai stokin de org tegur... Abam-abam dok cite hakak laju je kua masjid.... :) Nak g mana ni? Relau Cik... Ehhh kami pun nak p sana...Dalam hati alhamdullilah... Ade beteman aku ke sana... Yessssssssss... Xde aku rs takot sangat kan.... Semangat mendadak naik 98 %......Tros jadi padu...

Hahhhh, ni kawan baru hakak... Baju biru ni Bro Epoi.... Belakang hakak Cik Li, Bro Man n Last sekali Bro Khairil PGA... Dorg Bertiga sebaya.. Tahun 1981 katanye..Ntah betol ke dak.... Lebey kurang hakak le jugak....Cik Li macam sebaya pak aku je...Xtau umo bapa.... .... Salam Pekenalan Otai2....
Moh kita...


Gunung Relau " Cannon Hill" ni tingginya 990 meter / 3280ft terletak di Kampar, Perak.. Mula perjalanan dah semak dengan pokok paku pakis... Dok redah je... Masa ni pacat dah terhidu bau manusia.... Atas daun pun dia memanjat... Dah x kire pahit ke manis ke darah yg dia nak isap...

Jalan nak masuk ke hutan agak tricky juga mula-mula tu sebab tak ada petanda pun.. Main redah je laluan kanan... Kami tak ikut jalan laluan ke Bujang Melaka.. nak shortcut punya pasal, supaya tak jmpa rumah orang asli yang pertama...Kat situ byk anjing oooo... Untuk permulaan saja dah kena cross beberapa anak sungai kecil yang mengalir. Apa yang bestnya mendaki laluan ni, boleh dikatakan permulaan pendakian, akan terjumpa saja sungai kecil yang mengalir.... 


Tak lama berjalan selepas tu, kita akan bertemu empangan. Empangan ni tempat nak mandi-manda sebenarnya. So, untuk permulaan kami tak singgah pun di sini sebab plan nya after turun dari Relau nanti. After empangan, just follow the piping route and it will lead you to the Pondok Orang Asli. Kami berhenti sebentar disini...


15min rest at Pondok Orang Asli

 
Sungai ni la 1st yg kita nak cross ke Gunung Relau.. Dah ada petanda situ.. Nampak tali.... Belok Kanan cross sungai.... Sungai itu merupakan Sg Relau dan waterpoint yg last dan pertama....


Pendakian dari Sungai Relau ke puncak agak pacam sedikit, pacak tak hingat... Hakak yg ke 2 nak kena padu ikot Bro Epoi.. Mamat ni laju smpai hakak tetinggal blkg ngan abam2 lain.... Pendakian ke puncak ni akan semakin dekat bila melalui satu view point, dan melepasi tali di batu besar...


Jangan harap le jalan nak mendatar... Semuanya menaik kome weyhhhh...


Layan le view.... Gatai kaki sgt ni.. Pacat dah menggatal semua tempat ni..  
Masa ni tgh guruh... Hujan lebat... 


Kesejukan sampai kat peak ni...
Hakak berjaya padu naik jam 10.30 pagi...
Starting jam 7.55...
2 Jam lebih sampai tanpa rehat pun.......


Peace laaaaa.... Hahahahahaha...
Muke Lapo ni.... 


 Trek yang basah.. Baju yang basah....
Muke ade tenyummmmmm :)

Kesan Sejarah dimana sebuah pesawat perang pengangkut kepunyaan Royal Air Force telah terhempas sewaktu misi penghantaran makanan pada 15 Jun 1956..


Wif Abam2 padu..


Rehat dulu... Minum Milo kotak, Makan roti, Ayam rendang, Kopok2 n Chismore..
Sementara tunggu Kopi Panas Bro Man....



1 Malaysia


Ate..... Jom Balik

1140am : Turun semula dan kali ni trek akan bawak ke air terjun sg relau, lompat si katak lompat laaa..
Perjalanan turun betul betul menurun melalui trek yang sama kecuali selepas rumah tok batin akan ada simpang yang lain ke air terjun...(semua amik jalan ke kiri)

12.50 pm Sampai akhirnya....Beginilah kehidupan, pandai naik pandailah turun, Layan sejuk yang amat n pacat dimana saja.... Gatal giler....

Sampai ke bawah.. Mari kita jenguk kasut..


Perghhhhh.... punye sonok deme isap darah ye...


Sonok cik pacat ni.....

Si gonggok ni panjang nor...... selalu jumpe dalam 12cm...
Tapi yg ni 17cm-18 cm

ok , jumpa lagi... nak naik..
Hakak bole bawakan... pm hakak di fb

~ Diella Hasan~



Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...