Wednesday 13 March 2019

Gunung Bah Gading


Assalamualaikum Syg2 Hikers semua. 2 Mac 2019 kemana hala tujunya awal  minggu ke 3. Hakak plan bersama kawan-kawan sejak lama dahulu. Tapi baru ini berkesempatan nak naik. So mohhh kita. 

Bebalik cite kemana kita menggunung plak. Tarikan utama Hakak n List Gunung Next Hakak ialah mendaki Gunung Bah Gading yang berketinggian 1620 meter dan Air Terjun Tigok yang mewah seperti di Syurga. Jadi apabila plan ke sana, hakak punyalah excited kan.. Coz suke men air yang indah tak terkata. Pada mula kami ramai dan tetibe byk yang lipak, Tinggal lah 4 orang je.

Abg Brad - Aaron Aziz
Eden - Remy Ishak
Diella - Kaka Raja Azura
Dilla Dolisa - Nissa Sabyan




Kami berkumpul di kedai Mamak Salim keluar dari tol lebuhraya Utara-Selatan Exit Bidor. Breakfast dulu dan terus memandu ke kampung orang asli di Pos Gedung melalui Jalan Paku di Bidor. Hampir sejam memandu melalui jalan mini tar, akhirnya sampai di kampung orang asli di Pos Gedung. Sampai di sana kami bersiap sedia, setting barang dan memulakan trekking pada jam 8.45 pagi.



 Perjalanan awal, hakak dan rakan2 melalui kebun buah-buahan milik penduduk kampung dan menyeberangi sungai. Kami trekking secara santai dan trek mendatar dari Kampung Pos Gedung sehingga sampai ke Kem Tigok


Hakak dan rakan-rakan berehat di batu untuk makan roti dan air dan meneruskan perjalanan ke Kem Tiguk pada jam 10.00 pg. Hakak dan Abg Brad yang  terakhir sampai di Kem Tiguk pada jam 12.00 tengahari. Setelah mendirikan khemah kami makan dan minum bagi meneruskan ke Puncak Bah Gading


Trek ke puncak hampir 90% mencacak. Akhirnya sampai di puncak pada jam 5.00 ptg. Di puncak Gunung Bah Gading terdapat penanda beirut dan pemandangan 360 darjah dapat dilihat dari puncak setinggi 1620 meter ini. Di atas puncak juga dapat melihat puncak Gunung Batu Putih dengan jelas dari jauh.





Setelah puas bergambar hakak dan rakan-rakan mula bergerak turun dari puncak sekitar jam 5.30 ptg. Perjalanan turun mengambil masa 2 jam 30 minit dengan berpacekan motor kapcai atas highway. Akhirnya Hakak dan rakan2 tiba di khemah jam 8.00 mlm. Memang terasa penat sangat dan berehat untuk masak untuk makan malam dan mandi.

 Ahad 3 Mac 2019 Selesai berkemas kami bersiap sedia untuk pulang dan tiba di kampung orang asli Pos Gedung pada pukul 3.00 ptg. Sejam kemudian kami memandu keluar dari Kampung Pos Gedung menuju destinasi masing-masing. 


Itinerary:
Day 1:
Berkumpul di kedai Mamak Salim Exit Tol Bidor (kanan).
07:30- Memandu ke kampung orang asli Pos Gedung (sekitar 50 minit).
8.30- Mula trekking ke Kem Tigok.
12.00 tgh- Sampai Kem Tigok 
01:30- Mula mendaki ke puncak (sekitar 3-4 jam /normal).
05:00- Sampai puncak (yang terakhir)
05:30- Bergerak turun dari puncak ke Kem Tigok (sekitar 2 jam / normal).
8.00 - sampai Kem Tigok
Day 2:
10.30- Bergerak keluar dari Kem Tigok. 
(Lenggang Mak Jemah)
3:30- Sampai di kampung orang asli Pos Gedung.
5:30- Bersurai menuju destinasi masing-masing.


Nota:

1- Gunung Bah Gading,1620 meter terletak di Bidor, Perak dan memerlukan kebenaran dan permit dari Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan (Tapah).

2- Ada dua laluan ke puncak Gunung Bah Gading iaitu melalui Kem Orkid atau melalui Air Terjun Tigok.

3- Permit seorang Rm10 (dibayar kepada Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan / Tapah)

4- Permit kumpulan (2-100 orang) Rm20 juga di bayar di pejabat yang sama (guide boleh uruskan).



sEMOgA kItA bERJUmPA lAGi 
bAH gAdINg


Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...