Thursday 28 May 2015

Pantang Berundur Sebelum Sampai ke Puncak Gunung


Lihatlah kawan, betapa “Hikers”  memberanikan diri untuk bersatu dengan alam dan kehidupan bagi mendapatkan pendidikan darinya. “Hikers” melangkah, jejak dan duduk dan meyakini tentang kebesaran Tuhan, sehingga akan terus beriman kepada-Nya. Mereka sangat percaya diri sendiri. Angan-angan yang sangat tinggi dengan harapan agar mereka sampai ke Puncak. Tiada erti penat lelah.  Semangat “Hikers”  terus membara dan Pantang berundur sebelum sampai ke Puncak Gunung”.

~ Diella Hasan ~

Sunday 17 May 2015

Susunan Barang Dalam Beg Hiking


Tips bagaimana untuk mengisi barang dan bekalan ke dalam Beg Galas.. Jangan pilih Beg Galas (saya tidak mahu memberikan jenama) tak kisah pilih apa pun.. Tetapi pilihlah berdasarkan seperti di bawah :

1. Ringan dan tahan lasak
2. Selesa untuk dibawa - kebiasaannya berframe yang akan mengikut bentuk badan.
3. Kedudukan tali yang tidak menghalang pernafasan
4. Kalis air
5. Beg untuk trekking seeloknya mempunyai poket-poket untuk mengisi barang sampingan.
6. Beg yang tidak berpoket sesuai untuk mendaki





Cara mengisi barang :

Bahagikan beg kepada tiga bahagian :

Bahagian bawah sekali - Isikan dengan barang yang ringan

Bahagian tengah - Isikan dengan barang yang sederhana berat

Bahagian Atas - Isikan dengan barang yang paling berat

Tips untuk Anda: Di bahagian atas juga hendaklah diletakkan barang-barang yang akan sentiasa digunakan semasa trekking seperti tuala dan makanan ringan. Cara susun pun ada seni juga. Kedudukan barang berat, separuh berat, ringan, keperluan penggunaannya penting. Sleeping bag jika basah akan memberatkan backpack. So untuk keselamatan ketika menyeberangi sungai atau hujan. Masukkan plastik sampah tebal 2 lapis dalam beg anda, kemudian barulah susun barang seperti di atas. pastikan masing2 berbungkus dan diikat bagi mengelakkan barang makan rosak dan basah.

 
Contoh susunan Barang-barang dalam beg



Bagi beg yang berpoket-poket, isikan poket dengan botol minuman atau apa jua yang sentiasa perlu digunakan sepanjang masa Hiking. Selitkan barang-barang yang kita perlukan. Contoh Coklat, kamera dan hp. Sekiranya ada lagi barang yang perlu dibawa, ikatlah sama ada di luar bahagian atas atau di bawah beg. Jangan dibiarkan barang bergayutan dan berayun. Menggangu untuk kita berjalan dan Hayunan barang diluar beg akan mengganggu momentum perjalanan dan akan menjadi beban yang membuat kita berasa sangat letih.


Untuk air minuman hendaklah gunakan botol yang tidak boleh pecah, kecil. dan sentiasa diisi penuh supaya air tidak berkocak. Air yang berkocak juga boleh menjejaskan momentum.



Cara menyandang beg :

Bahagian bawah beg hendaklah di paras atas punggung dan di bahagian atas pula jangan melebihi paras atas kepala.







ok, semoga dapat membantu para hikers...
-Diella Hasan-


 

Wednesday 13 May 2015

TIPS MENDAKI


TIPS! Rancang perjalanan. Perhatikan cuaca. Jangan pergi selepas waktu hujan. Tentukan Hari dan Waktunya sekali.

TIPS! pandu kereta dengan berhati-hati dan jangan memandu terlalu laju semata- mata ingin sampai cepat ke destinasi. Pastikan kereta diservis dengan sempurna.

TIPS! Ingat, sedikit sarapan dan bukan makan tengah hari! Makan banyak, lemau la nak naik… Mendap je nak naik.

TIPS! Jika ingin melihat matahari terbit dari puncak, anda perlu mendaki seawal jam 6.30 pagi. Pakai baju (t-shirt) yang nipis tetapi menyerap peluh. Bawa barang-barang keperluan yang sesuai untuk didaki dan sebuah beg galas kecil untuk mengisi air mineral atau 100 Plus. Jangan lupa bawa sedikit coklat. (tambah tenaga)

TIPS! Letakkan kenderaan dengan penuh berhemah supaya para pendaki lain dapat parking kereta dgn teratur.

TIPS! Jangan berangan hendak memakai sweater tebal kerana anda akan 'terbakar' ketika mendaki nanti! Sebaik-baiknya lakukan sedikit regangan otot atau senaman ringan sebelum mendaki untuk mengelakkan kekejangan otot.


TIPS! Jangan tertipu!
Apabila  bertembung dengan pendaki yang  berduyun-duyun sedang turun. Jangan tertipu dengan Bibir mereka dengan senyuman yang murah. Kerana anda bakal menempuh pendakian yang mencabar selepas itu. Hahahahaha….

Langkah dengan BISMILLAH dengan niat ibadah kerana Allah. (Pesanan Penaja)

TIPS! Pakai kasut yang selesa mengikut size kaki anda. Jangan menggunakan kasut yang berat dan sudah haus tapaknya. Ni tips yang berguna tentang kasut. Takut-takut kuku kaki tercabut. X pun licin..

TIPS! Jangan berhenti berehat terlalu lama kerana dikhuatiri akan cepat letih dan 'malas' untuk meneruskan pendakian. Jangan terlalu teruja untuk mengambil gambar pada hentian pertama kerana anda bakal menggunakan masa yang terlalu lama.

TIPS! Jika kawasan licin, berpaut pada akar pokok dan ikut tanah yang bertangga (terbentuk hasil pendakian beribu-ribu umat manusia yang telah mendaki)


TIPS! Seorang perlu naik dahulu ke atas dan menarik yang lain dengan tangan. Inilah pentingnya setiakawan dan bertambah lagi kekuatan pershabatan. Yang bercinta tu, bertambah lah sayangnya. Ewah, lari tajuk

TIPS! Ucapkanlah  ALHAMDULILLAH tanda syukur dan SUBHANALLAH sebagai pujian terhadap keindahan ciptaan Allah.

TIPS! Pastikan jarak perjalanan anda dengan rakan tidak terlalu jauh kerana perjalanan turun lebih mudah dan pantas (lompat-lompat pun boleh). Berhati-hati kerana anda akan mudah jatuh. Jangan terus berlari ke bawah tetapi berjalan ke arah kiri dan kanan. Ikut arah yang senang untuk diri sendiri.

TIPS! pasang niat untuk datang semula.

TIP UTK ANDA: Apabila turun nanti, jangan lupa 'senyum' pada pendaki yang baru hendak naik! Selamat mendaki =)
 

Monday 11 May 2015

DILEMA PENDAKI WANITA

TIPS DILEMA PENDAKI WANITA
 
Tips Penting Untuk Wanita Yang Selalu Hiking & Masuk Hutan
 
1. Pendaki wanita perlu menjaga diri dari segi pergaulan yang bercampur
Apabila tidur bawah fly, pastikan tidur rapat-rapat bersama kaum hawa yang lain dan pastikan ada separation dengan kaum lelaki.
 
2. Baca surah Al-Fatihah dan 4 Qul sebagai pendinding diri sebelum mula trekking
Ini disebabkan makhluk halus dari alam lain lebih tertarik kepada kaum hawa, lebih-lebih lagi di dalam hutan. Ingat, hutan adalah tempat mereka, bukan tempat kita.
 
3. Wanita yang datang bulan, tolong jaga tuala wanita sebaik mungkin
Selain wanita, makhluk dari alam lain turut sukakan benda kotor. Jadi, pastikan cuci tuala wanita di tempat air mengalir deras (sungai) sehingga bersih kemudian bungkus dan asingkan.
 
4. Di tempat yang tak ada air, kaum hawa yang datang bulan boleh gunakan kaedah bungkus dengan surat khabar
Selepas itu, masukkan dan balut bungkusan surat khabar ke dalam plastik kemudian simpan di tempat tersorok. Salah satu tempat yang sesuai ialah di bahagian water bladder/H20 di dalam beg.
Pada waktu malam, pastikan tidur dengan beg dijadikan sebagai bantal. Barang peribadi sebegini perlu dijaga seelok-eloknya bagi mengelak daripada diganggu.
 
5. Minta maklumkan salah seorang kawan perempuan bila mahu ke sungai tengah malam atau nak buang air
PENTING: Jangan pergi ke mana-mana pada waktu malam berseorangan, baik perempuan mahupun lelaki. Begitu juga pada waktu siang. Sentiasa pastikan anda berteman.
 
6. Sila simpan tisu/wet tissue yang digunakan dan masukkan ke dalam plastik kecil berbungkus
Walaupun hanya tisu, anda tidak sama sekali digalakkan untuk membuang atau menanam tisu kotor di dalam hutan. Wet tissue boleh dicuci bersih-bersih di sungai. Jika perlu, bawa sabun mandi lebih sikit.
 
7. Sebelum masuk hutan, anggota badan perlulah bersih dan suci daripada segala hadas
Pesanan PENTING untuk lelaki dan perempuan: Mana-mana pendaki sekali pun mesti kena mandi wajib dulu sebelum masuk hutan. Makhlus halus lebih cenderung untuk mengganggu manusia yang tidak suci tubuh badan.
 
8. Macam mana kalau diserang period pain ketika di dalam hutan?
Saat kesakitan pinggang yang teramat sangat, minta buatkan air panas. Air panas/suam sangat mujarab dalam melegakan kesakitan.
Minta juga bantuan kaum adam untuk membawa sedikit ration/makanan untuk meringankan beban beg. Period pain ni memang sakit sangat. Jadi kaum lelaki minta beri kerjasama ya.
 
9. Jangan lupa bawa kain batik atau kain pelikat
Kain batik boleh dijadikan tuala mandi. Dengan ada kain juga, urusan tukar baju akan jadi lebih mudah buat kaum wanita ketika emergency.
 
10. Parut adalah musuh kaum wanita selepas terkena gigitan, and sunburn too!
Boleh sapukan bio oil atau virgin oil untuk hilangkan parut. Kulit yang terkena sunburn juga boleh dikurangkan dengan bio oil dan Aloe Vera. Selamat mencuba!
 
11. Terus JERIT jika diganggu oleh lelaki gatal/miang yang cuba mengambil kesempatan
Mana-mana kaum hawa yang diganggu oleh lelaki yang cuba mengambil kesempatan, terus jerit atau mengadu pada gogo/guider dan minta asingkan diri.
Jangan rasa takut dan biarkan keadaan begitu berterusan. Anda ada hak. Fight! Go girls!
 
12. Kawal emosi di dalam hutan dan jangan mudah menangis
Dalam keadaan yang lemah dan vulnerable, makhluk halus akan lebih mudah mengganggu diri kita. Rehatkan diri, take 5 and chill, kemudian teruskan melangkah dengan semangat yang positif.
 
13. Fakta: Wanita lebih mudah terkena hypothermia (kesejukan melampau)
Pakai stokin berlapis dan tutup ubun kepala sewaktu tidur malam. Untuk panaskan badan, minum air panas sebelum tidur.
 
14. Kaum hawa yang tak reti masak, apa yang perlu anda buat?
Lumrah menjadi hikers wanita untuk membantu di dapur semasa orang memasak, tidak kira sama ada anda reti masak atau tidak. Yang mana tak reti tu, rajin-rajinlah bertanya dan jangan takut untuk mencuba.
 
15. Bila kaum lelaki suruh kaum wanita mandi dulu, janganlah ambil masa terlalu lama seperti mandi di rumah
Itu tanda hormat kaum lelaki kepada kaum wanita. Masing-masing akan rasa melekit dan busuk. Jadi, gunakanlah masa itu sebaiknya. Kesian kaum lelaki. Yang penting, perlulah give and take, and respect each other. Barulah pengalaman hiking jadi seronok!
 

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...