Sunday 13 September 2015

BUKIT ENGKU BUSU




Ketinggian :  331.4 meter (1087 kaki)

Lokasi :  Ianya terletak di belakang Balai Polis Daerah Manjung di Bandar  Lumut. Jarak lebih kurang 5 minit dari stesen bas Lumut.

Masa Pendakian : 30 Minit bagi yang laju, 45 min - 1 jam bagi yang berhenti sehingga 4,5 kali...

Keutamaan ini diberikan pada yang suka Beraktiviti Jungle Trakking, pihak Majlis Perbandaran Manjung juga telah menyediakan trek untuk pengunjung sampai ke puncak bukit. Apabila sampai di atas puncak, pengunjung boleh menikmati pemandangan seluruh Bandar Lumut dan keindahan laut dari puncak bukit.

Jalan menuju ke Bukit Engku Busu dari Stesyen Bas.
Belok Kiri, akan lalu kawasan Appartment

Sejarah Bukit Engku Busu

Bukit ini dinamakan sempena nama Raja Engku Busu dari Selangor yang telah dijemput oleh Sultan Perak dalam tahun 1840 an untuk menghapuskan kumpulan pengacau yang dikatakan sebagai lanun yang suka bersembunyi di kawasan Selat Dindings dan Sungai Dindings. Lanun-lanun itu sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan menggangu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh. Walau bagaimanaun, Raja Engku Busu telah terbunuh dan gagal dalam misi tersebut.



Nak tunjuk kapal n laut.. Tapi dah x nampak dengan cuaca jerebu.. Tak sesuai pun hiking time gini.


Ahad, 13/09/2015

Hujan di satu dua tempat

Malam
Pagi : Berjerebu
Petang : Hujan di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Minimum : 25 °C
Maksimum : 33 °C

Pejalanan yang berakar dan tinggi serta curam...
Banyak menggunakan kekuatan tangan..


Angkat Kapal Sat


Nak tunjuk kami dah sampai la konon..
Pejabat Daerah kena upgrade sikit board ni...
Kasi Grand n Awesome... :)


~ Lifestyle Healthy ~


Us...  I Hiking
With My Coach.. Training Kinabalu

“Aku akan memperjuangkan siapapun dia, yang menemaniku saat mendaki.  Bukan dia yang menunggu dipuncak


Sunday 6 September 2015

Ilmu Hutan


Pengalaman masuk hutan, pengalaman masuk pasukan kententeraan, banyak benda yang saya belajar......

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok...

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli...

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar...

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli...

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli...

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing...

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar.. Cpt2 la naik atas...

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar...

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli...

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain...

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman...

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli..

- Diella Hasan -

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...