Thursday 23 November 2023

Bukit Granite, Kampar

Assalamualaikum Hikers, Kita terjah Bukit Batu Granite, Kampar.. Bukit viral masa kini.. Tidaklah mencabar , akan tetapi pemandangannya cukup mengkagumkan... Teruja apabila melihatnya... Bukit ini bukan senang nak masuk.. Kerana tempat ini mempunyai pemiliknya sendiri.. Jadi kawasannya selalu bertutup dan berkunci..

Bukit Granite terletak dalam kawasan Hutan Lipur Sungai Salu, Jeram, Perak. Bukit yang tidak perlu mendaki terlalu tinggi dan penat mendaki...  Jika ingin pergi ke sini, taip sahaja Bukit Granite di aplikasi maps https://maps.app.goo.gl/KsUN5NBj9Cobicds8

Masuk ke kawasan sini, hendaklah menjaga keselamatan kerana sekiranya berlaku kemalangan, ia adalah tanggungjawab sendiri..
Kawasan Bukit Granite ini berdekatan dengan
 
Sungai Kampar Water Treatment Plant 
 








Monday 20 November 2023

Gunung Bubu, Gerik Perak


Gunung Bubu Grik Perak
Assalamualaikum Hikers... Gunung viral pada masa kini, adalah Gunung Bubu di Gerik Perak.. Pada mulanya, Group akak tak dapat masuk disebabkan terlalu ramai pendaki naik pada hari itu, akan tetapi Kaka Iza aka Kaka kesayangan sy (Penjaga Gunung Bubu) akhirnya kami dapat juga masuk ke Gunung Bubu.. Mossy ala-ala carpet Hijau....
 
Bebalik cerita Si Gunung Bubu, bagi penduduk setempat, Gunung Bubu merupakan salah satu lagi gunung yang cukup menarik yang terdapat di sekitar kawasan Gerik Perak yang wajib para pendaki mendaki...Bukit yang berketinggian 619 Meter walaupun tidak begitu terkenal seperti Gunung Kenderong & Kerunai (K2) Gunung Papulut & Pulut tetapi berada di puncak gunung akan menjanjikan pemandangan 360 darjah yang indah kerana dapat melihat Pekan Gerik dan dari sini boleh boleh melihat K2 yang terbentang luas...
Group hakak berkumpul bersama dengan 2 group lain di Masjid Kampung Bersia Lama pada 12 malam Sabtu...
Gogo (Kaka Iza) sedia maklum bahawa kawasan hutan di sekitar Gerik menuju ke Hutan Belum-Temenggor merupakan kawasan habitat bagi Gajah dan sekiranya menggunakan jalan raya dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan akan selalu menjumpai Gajah melintas..
Kami menaiki Lori yang membawa muatan 20 orang di dalam dan yang lain naik powil2 yang telah disediakan sehingga sampai di Check Point permulaan pendakian..
Jam 2 pagi mula mendaki ...Perjalanan ke Gunung Bubu ini akan melalui 3 Check Point.. CP 5 Ringgit, CP Cadburry dan CP Dinding Bubu...
 
 Keadaan trek yang perlu dilalui untuk sampai ke Puncak Bubu, pada mulanya akan melalui kawasan yang bertanah merah yang dikelilingi oleh pagar elektrik... Seterusnya memasuki kawasan hutan, menjumpai sungai kecil dimana itu merupakan last water Point (LWP), perjalanan diteruskan melalui jalan balak yang agak jauh treknya yang sedikit semak dimana kawasan ini mungkin merupakan laluan balak yang sudah lama tidak dilalui dan di satu dua kawasan kelihatan pokok-pokok besar yang tumbang menutupi trek sebelum sampai ke puncak
Ketinggian - 619m dari aras laut
Tahap kesukaran - Moderate
Jarak - 5km Out-AND-back
 
Pemandangan Gunung Bubu Gerik Perak
1. Trojan/Tasek
2. Sungai Perak
3. Jambatan Batu 6
4. Kampung Basia Lama & Bandariang
5. Kampung Ganda
6.Mossy Forest dan Pokok Merah
TENTATIF BUBU :

27/10/2023 (Jumaat)
12.00 mlm - Berkumpul di RV1

28/10/2023 (Sabtu)
1.00 am - Bertolak ke starting point menaiki powil 4x4
2.00 pg - Mula mendaki ⬆️
Melalui..
1-CP 5 Ringgit
2-CP Cadburry
3-CP Dinding Bubu

5.00 pg - ⛰️ Tahniah! Anda telah selamat tiba di puncak Bubu!
Sila istirahat.. Solat.. Sarapan dan foto2 melihat view pagi puncak Bubu 🦅🌄
View :
1. Trojan/Tasek
2. Sungai Perak
3. Jambatan Batu 6
4. Kampung Basia Lama & Bandariang
5. Kampung Ganda

8.30 pg - Sesi bergambar di puncak Bubu beramai-ramai
9.00 pg - Gerak turun jalan yg berlainan
11.00 pg - Tiba di starting point 🔚
- Gerak ke RV1 dengan menaiki powil 4x4 
The Lumut Heaven, di dalam perjalanan menuju ke puncak @ campsite akan menjumpai satu kawasan  yang agak luas yang di penuhi dengan tumbuhan berlumut. Mohon jangan lalu atau pijak di kawasan ini untuk menuju ke atas boleh melalui kawasan sebelah yang telah dibuka yang tidak terdapat lumut di laluan.
AntaRa BirU LaUt D A N hiJau HutAn
YanG mAnaKah meNjAdi miMpi 
mEnJaDi ReAliTi
kalau TIADA k e b e r a n i a n, 
MIMPI tetap kekal 
S E B A G A I miMpi
Beutiful sunset at the Top Mount Bubu, Gerik
 
Good Morning, from the summit Bubu. 
The view from Top is really amazing.
 
Beutiful sunset at the Top Mount Bubu, Gerik
 
Beutiful sunset at the Top Mount Bubu, Gerik
 
Bersama Hikers2 Kledang
Sahabat baik adalah seperti bintang, kita mungkin tidak selalu melihatnya tetapi mereka sentiasa ada di sana
Bersama Gojes Hikers2 Kledang
 
Bersama Hikers2 Kledang

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...