Wednesday 24 July 2019

Gunung Sameru & Gunung Bromo

Assalamualaikum Hikers.. Gunung yang hakak impikan sejak Filem 5 Cm ditontonkan pada tahun 2012... Masa tu hakak rasa, bila laa dapat jejak ke sini... Akhirnya impian tu terlaksana bila hakak dapat pergi dan Nikmatinya sendiri bagaimana jejaknya kaki ini melangkah ke Gunung Tertinggi di  di Jawa, Indonesia... 

Satu Perjalanan yang amat menyeronokkan kerana perjalanan ini merentasi sempadan negara daripada Malaysia menuju ke Indonesia semata-mata untuk menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa dengan tujuan yang satu yakni menjejakkan kaki di puncak tertinggi di Kepulauan Jawa iaitu Gunung Semeru yang terletak di wilayah dua kabupaten iaitu di  Kabupaten Malang dan Kabupaten Lumajang, Provinsi Jawa Timur. 
 

Gunung yang turut dikenali Puncak Abadi Para Dewa di mana pendakian hakak dan sahabat2 Seperjuangan  yang mengambil masa selama 3H2M bermula daripada Ranu Pani melalui beberapa checkpoint & campsite seperti Watu Rejeng, Ranu Kumbolo, Jambangan, Kalimati & Cemoro Tunggal sehingga sampai ke Puncak Semeru iaitu Puncak Tertinggi di Tanah Jawa, Indonesia... 

Gunung Semeru juga cukup terkenal di kalangan pendaki Malaysia kerana keindahan panorama gunung-ganangnya dan keadaan trek yang bakal dilalui cukup memberikan cabaran yang tersendiri dan membangkitkan perasaan adrenaline buat penggemar aktiviti mendaki...

 Macam biasa tidur itu nikmat di dalam Flight

 Hari Pertama 
( 04 Julai 2019 )
Dari kuala Lumpur ke Surabaya


Tarikh keramat 04 Julai 2019, Hakak dah mula terlebey awal bertapak di KLIA 2 keseorangan sementara menunggu rakan-rakan yang turut bersama mendaki bersama Hakak.. Flight kami dijangka berlepas jam 9.00 pagi dan mendarat jam 12 Tengah hari Waktu Malaysia ke Kepulauan Jawa,  Indonesia..  

 Kami disambut oleh Guide kami Ah Hong, Rayyan & Dimaz.. Seterusnya menaiki van membawa kami semua menuju ke Ranupani dimana anggaran masa perjalanan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam.. Perjalanan menuju ke Ranupani tidaklah begitu crowded seperti tempat-tempat lain yang hakak pernah pergi.. Siap ada Highway gitu... Kelihatan juga begitu banyak masjid & surau yang didirikan dengan jarak yang agak berdekatan.. Sesekali kami dihidangkan pemandangan yang jarang-jarang dapat dilihat di Malaysia..

Persinggahan yang pertama untuk melihat pemandangan Puncak Bromo
  Perjalanan menuju ke Ranupani !

Ini merupakan lokasi permulaan kami berhenti setelah penat duduk lama di dalam van & Jeep.. Perjalanan  yang mengambil masa lebih dari 3 jam menaiki van dan 1 jam menaiki jeep memang amat melelahkan... Mana tak nya, tak selesa kan dok kerusi yang tak empuk... Rakan-rakan yang duduk di Belakang ntah la... Kesian... Jeep yang membawa kami melalui kawasan perkampungan di Malang pada awalnya kelihatan di kiri dan kanan ladang-ladang buah dan teh yang cukup luas, seterusnya semakin jauh perjalanan menuju ke atas  dan melalui pula kawasan dipenuhi dengan ladang-ladang sayur yang dimiliki penduduk tempatan.. Pemandangan di luar memang cukup indah seluas saujana memandang di lereng-lereng bukit dan turut juga kelihatan hutan Pine tree di kiri dan kanan yang cukup indah dan mempesonakan kami..

 Sempat berposing sebelum meneruskan perjalanan ke Homestay Hakak
  Homestay dimana kami tinggal sebelum berangkat masuk ke Pintu Rimba Puncak Semeru
Hari Kedua  
(05 Julai 2019)
Ranupani - Kalimati

Lebih kurang 20 minit perjalanan daripada Homestay ke Balai Balai Besar Taman National kami berjalan kaki dengan disajikan pemandangan indah ladang sayur  milik peduduk Tempatan.. Akhirnya kami tiba di Balai Besar Taman National  Bromo Tengger Semeru.. Para pendaki diwajibkan mendaftarkan diri sebelum memulakan pendakian.

Kemaen sonok Hakak beposing.. Beg hakak diangkut oleh porter.. So sesape barang-barang nak dianglut oleh porter, siap sedia le 800 ribu rupiah ye.. 

Lebih kurang pukul 10.00  pagi hakak & rakan-rakan seperjuangan memulakan pendakian yang bermula dari pintu Taman Nasional Bromo Tengger Semeru melalui jalur Desa Ranu Pani, Kecamatan Senduro, Kabupaten Lumajang dan menuju ke Kem Kalimati untuk berehat sebentar sebelum keesokan harinya bagi meneruskan misi summit atack menuju ke puncak.. Tempoh masa perjalanan yang diambil selama 6-8 jam perjalanan secara santai.. Hakak dan rakan-rakan merentasi pelbagai panorama indah yang berbeza-beza dari satu lokasi ke lokasi yang lain.. So jangan terkejut kalau sampai di setiap Pos hokey.. Siap sedia duit di poket.. Disana macam- macam dijual..

Pos 1
  Pos 2
Pos 3

  Terdapat lebih kurang 3 pos yang perlu dilalui sebelum sampai ke Ranu Kumbolo untuk berehat dan makan tengahari di Ranu Kumbolo, yang menariknya di pos-pos tersebut terdapat peniaga kecil menjual kuih muih, buah tembikai dan minuman panas seperti kopi hitam yang cukup sedap tapi rasanya cukup padu yang berharga 5000 rupiah yang dijual sepanjang trek menjadi peneman ketika untuk melepaskan lelah sebentar setelah penat mendaki.
Perjalanan santai menuju ke Ranu Kumbolo.

Perjalanan 8 jam itu sangatlah jauh dan cukup membebankan untuk dilalui, memang betul walaupun treknya tidak begitu pacak serta agak santai tapi masih memerlukan mengeluarkan kudrat untuk mendaki.. Perjalanan yang dilalui tidak begitu terasa kerana keadaan suhu yang nyaman sejuk di sepanjang perjalanan tambahan pula pemandangan indah di kiri & kanan sepanjang pendakian.. Selain itu turut kelihatan pelbagai jenis kulat dan pokok orkid yang boleh dijumpai cukup menarik perhatian.


Pendakian yang santai menuju ke Ranu kumbolo melalui Watu Rejeng di sini terdapat sebuah tasik yang dianggap suci oleh penduduk tempatan yang terjaga dimana terdapat pantang larang & adat tertentu yang perlu dipatuhi ketika berkunjung disini, antara pantang larang yang perlu dipatuhi ialah para pendaki dilarang membasuh tangan, air yang yang hendak diambil terlebih dahulu menggunakan botol atau baldi.. Air tasik yang bersih ini boleh diisi terus untuk diminum seperti diberitahu oleh porter.

Susah, senang, duka, canda dan tawa kita lewati bersama, walaupun kita berbeza umur Namun kita melengkapi dan saling menyemangati.

  Tasik Ranu Kumbolo yang terletak di pertengahan jalan sememangnya memukau pandangan setiap pendaki membuatkan perjalanan menuju ke sini rasa sangat berbaloi. Selepas melalui tasik berkenaan, terdapat sebuah bukit kecil yang perlu dilalui dan ia dikenali sebagai Bukit Tanjakan Cinta dengan panorama indah sepanjang pendakian.


Perjalanan lebih kurang 10 minit menuju ke Oro-Oro Ombo selepas melalui Bukit Tanjakan cinta satu perasaan takjub yang tak dapat digambarkan betapa indahnya ciptaanmu tuhan, lautan bunga berwarna ungu persis bunga lavender walaupun ia sekadar 'bunga parasit' tapi ia cukup menarik untuk dihayati sentiasa menanti kehadiran para pendaki. Gabungan pemandangan lereng-lereng bukit kehijauan bunga bunga indah berwarna ungu serta langit yang membiru memang mewujudkan warna-warna alam yang cukup harmoni !

oTw ke Cemoro Kandang

Daripada Cemoro Kandang, perjalanan masih berbaki beberapa kilometer yang harus dilalui. Pemandangan gunung yang bakal dilalui mula berubah panorama nya daripada melalui kawasan savana kehijauan seterusnya akan melalui kawasan ditumbuhi hutan cemara dan pinus. Keadaan pokok disini kelihatan banyak seperti pokok pine serta suasana yang berkabus dan hujan mulai turun di setengah laluan trek, kadang-kala diselangi dengan bunyi-bunyi burung dan unggas-unggas yang cukup memberikan satu perasaan mistik ketika melalui di kawasan ini.


Pos Kalimati terletak di kaki Gunung Semeru yang mempunyai sumber air bersih yang tersendiri  jadi untuk bermalam dan beristirahat  disini terlebih dahulu menjadi pilihan ramai pendaki  berbanding tidur di Arcopodo, walaupun jarak dari Arcopodo untuk ke puncak lebih dekat tapi memerlukan  kita mendaki lagi  dalam tempoh 1 jam setengah dengan permukaan trek yang agak pacak dan tidak mempunyai sumber air disitu perlu dibawa oleh pendaki selain  daripada saiz kemsite yang tidak seluas di Pos  Kalimati.


Lokasi kemsite yang indah dan luas ini terletak di tepi hutan cemara dipenuhi dengan padang rumput yang luas dakeperangamen menghasilkape pemandangan savana.  Darkemsiteka ka kalimati sudah boleh kelihatan susuk tubuh gunung semeru dengan jelas yang akan didaki pada kesokan harinya. Suasana disini bayangkan disini dengan suhu yang tak menentu kadang-kadang berkabus, dingin dan kadang-kadang terasa tiupan angin kencang  memberikan pengalaman bercamping yang cukup luar biasa.


Tepat pukul 5.00 petang hakak dan rakan-rakan sampai di Pos Kalimati.. Masa disini adalah lebih cepat berlalu berbanding di Malaysia.. Waktu pun agak gelap terlalu cepat berbanding di Malaysia.. Ketika kami sampai ke sini hari sudah lewat petang dan hari semakin gelap, kabus dan mula menutupi pemandangan di kiri & kanan. Bertapa bersyukur nya dan nikmatnya apabila sampai di Kalimati.. Khemah dan makan malam sudah siap didirikan oleh Porter sama seperti  trip-trip di Kerinci dan lain-lain. Kami makan malam dengan belaukkan nasi putih, sup bebola bersama telur dadar dan sambal yang paling best.. Memang cukup menyelerakan apabila dinikmati dengan cuaca yang dingin.. Selain itu dapatlah kami mengembalikan kembali tenaga setelah penat seharian mendaki..

Walaupun sekadar dapat lelapkan mata.. Hanya tidur-tidur ayam, perasaan tidur di sini hanya tuhan yang tahu betapa sejuknya di waktu malam sampaikan memakai beberapa helai baju dan sleeping beg masih terasa kedinginan malam dan kesejukan melampau.. 'Selamat malam kalimati', 
Ya Allah semoga  perjuanganku pada hari esok dipermudahkan.. Tiada badai atau angin kuat melanda ketika mendaki ke Puncak, Semeru tunggu aku datang Yakkkkkk!!!!

Hari Ketiga
(06 Julai 2019)

Semangat Semeru, tunggu hakak datang !

Hari Kedua berada di Semeru setelah melakukan tracking lebih 7 jam menuju ke kem site kalimati, dapatlah berehat lebih kurang 7 jam tidur-tidur ayam.. Sejuk Namatey disebabkan suhu yang telampau sejuk.. Tepat jam 1.00 pagi hakak dan rakan-rakan telah dikejutkan untuk bersiap untuk Misi Summit Attack yang mungkin mengambil masa lebih 5-6 jam bagi perjalanan santai untuk sampai ke puncak..

Pendakian di awal pagi daripada Kalimati menuju ke Arcopo lebih kurang 1.2 km dalam 1 jam trekking.. Pada mulanya masih lagi dalam keadaan terkawal, boleh lagi layan trek bedebu pasir pacak tak hingat... Trek menuju Arcopodo boleh tahan steep juga dan kami diberi arahan untuk berjaga-jaga di kiri & kanan, sebab ada gaung yang agak dalam. Silap langkah, boleh tergolek ke bawah. Masa ni semua dah berpecah dan ikut pace masing-masing...  Mood panaskan badan mencari rentak mendaki trek gunung berapi bermula apabila nampak lampu-lampu headlamp dari jauh... Allahu tingginya Puncak Semeru.. Mantel rasanya tengok lampu-lampu headlamp dari bawah sampai ke Puncak.. Jalur pendakian yang dilalui sudah mula pacak dan cuaca yang agak dingin nampaknya cabaran Semeru sudah bermula! Lebih kurang 1 jam mendaki seterusnya akhirnya sampai ke Arcopodo, meneruskan perjalanan menuju ke Cemoro Tunggal.

 Actually, Arcopodo ni pun salah satu campsite before summit attack menuju puncak Mahameru. Tapi space for campsite di sini agak limited. Kami rest lagi di hutan Pine sebelom sampai trek yang berpasir menuju Mahameru.. Seteguk air kopi panas hakak minum.. Sejuk yang melampau betul... debaran masih terasa.. Allah, tenangkanku.. Semoga aku sampai ke Puncak dengan Jayanya Ya Allah..

Perjalanan diteruskan menuju trek berpasir, the real summit attack to Mahameru. Half way to Puncak Mahameru, tak ada pokok dah, hanya trek berpasir sahaja. Sebab tak ada pokok yang menghalang angin, perjalanan jadi sangat-sangat susah! Dengan angin yang kencang & sejuk, fuhh memang mental koyak habakk anggg...

Dari Arcopodo ke puncak Mahameru, jauh perjalanan dianggarkan sekitar 1.2km. Masa naik ni langsung tak de gambar sebab trek gelap tak nampak apa dengan angin kencang yang amat sejuk! Nak keluarkan telefon pun menggigil tangan.. Memang tak la.... hahaha
 

Namun di samping keindahannya yang menakjubkan, Semeru juga mempunyai berbagai ancaman bahaya yang selalu mengintai di sepanjang perjalanan hingga puncaknya, mulai dari bahaya tersesat di hutannya yang masih tebal, tertimpa gelongsoran batu menuju ke puncak Mahameru, beserta Blank 75 di area sekitar Mahameru.

Blank 75, nama tersebut sudah sangat familiar di telinga para pendaki, pecinta alam, dan masyarakat di sekitar Semeru.

Blank 75 adalah nama dari sebuah jurang sedalam 75 meter yang terletak di sebelah timur laut dari puncak Mahameru, diluar jalur di sebelah kanan Arcopodo. Gambaran medannya adalah lereng berpasir yang jalurnya putus ( blank ) karena dipisahkan oleh jurang yang dalamnya sekitar 275 – 100 m.

Blank 75 juga sebuah kawasan berbahaya ( Death Zone / Jalur Tengkorak / Zon Kematian ) pada pendakian Gunung Semeru. Dimana jalur tersebut dapat menyebabkan pendaki tersesat, mengalami kecelakaan, terperosok ke jurang, tanah yang dipijaknya menggelongsor, dis-orientasi tanpa tahu arah mana terbaik untuk ditempuh, kehabisan air, kehabisan bekal atau kepayahan dan sebagainya.

Jadi sentiasa berhati-hati semasa menuju ke puncak. Masa summit attack tu, memang gelap tak nampak apa. Jangan sampai tersasar ke Blank 75.
 

Pendakian kali nih memang amat melelahkan dan meletihkan.. Awal-awal lagi pewai bersepah, bayangkan dengan langkah 5 ke 10 langkah pasti akan berhenti.. Adakalanya 5 langkah ngelonsor ke belakang 3 kali.. Memang tak sama berbanding mendaki Gunung Kerinci mungkin disebabkan struktur tanah gunung berapi disini trek tanahnya berpasir, lembut & batuan yang mudah untuk jatuh ke bawah menyebabkan langkah kaki kita akan jatuh ke bawah balik apabila cuba melangkah ke atas..

Macam Biasa hakak di belakang Abg Brad.. Sesekali tolak belakang Abg Brad.. Kot boleh laju jauh kedepan.. 


Pada masa itu kekuatan kaki & tangan memang diperlukan sehingga di satu-satu laluan memang memerlukan tenaga merangkak kaki & tangan pasak ke bumi untuk menahan daripada berundur ke bawah. 
Trek yang dilihat dari bawah kelihatan semakin mula menghampiri penghujung tapi sayang itu sekadar ilusi kepewaian yang datang tetiba-tiba... Masih jauh perjalanan untuk sampai ke puncak.. Nih semua disebabkan Bendera Indonesia dari jauh nampak ke Puncak... Mantel hakak tengok jauhnya lagi... Berbekal semangat Yakin Boleh Hakak, Kak Azie & Abg Brad gagahkan juga melangkah selangkah demi selangkah sehingga sampai ke puncak..Kami bertiga je yang dibelakang.. Yang lain tak nampak dah...


Alhamdulillah dalam perjalanan naik dapat berpeluang melihat matahari terbit dan dihidangkan dengan pemandangan matahari terbit yang menyinar merah keemasan yang cukup indah, Subhanallah Allah maha besar!
  
Perjalanan diteruskan dan Alhamdulillah lebih kurang pukul 8.00 pagi waktu Indonesia pagi, semua lineup telah sampai menjejakkan kaki di Puncak Gunung Semeru - Puncak Tertinggi Kepulauan Jawa Indonesia, rasa sangat bersyukur dan puas dirasakan setelah melalui perjalanan yang panjang melalui pelbagai dugaan serta cabaran alhamdulillah pada akhirnya kami sampai ke sini !
 Welcome to highest peak of Jawa Island aka atap Pulau Jawa, puncaknya Para Dewa 
Guider, Diella Hasan, Shamir, Kak Azie, Kak Ayu, Am & Abg Brad
Dan semua keperitan, kepayahan akan terbalas, saat berada di puncak !!!!!
 
Berada di Puncak yang berketinggian 3676 Mtr dari aras laut & merupakan puncak ketiga tertinggi di Indonesia memang memberikan kepuasan tersendiri..  Pemandangan di Puncak memang cukup mempersonakan seolah-olah menyambut kedatangan Hakak  dan sahabat-sahabat  dengan Hamparan awan karpet putih yang menebal menanti kehadiran kami, cuaca yang cerah cukup jelas untuk melihat pemandangan indah di sekitar Gunung.. Pemandangan gunung-ganang seluas mata memandang memang memberikan aura semangat pendaki yang diidamkan, Semeru bukan biasa-biasa tapi cukup luar biasa aura gunungnya..

  Rasa bangga sangat bila pegang Bendera Malaysia di Puncak Mahameru...
Sebelum turun, kami merealisasikan Gambar kami yang terbaek di atas Puncak

Top of Java Island Highest Peak
 Mahameru merupakan puncak ketiga tertinggi Gunung Berapi Indonesia dan keempat tertinggi daripada 7 gunung Gunung tertinggi di Indonesia. (3 of 7 summit checked after Kerinci & Rinjani)
 
Perjalanan naik ke puncak hampir 6 jam manakala turun pula sekitar 1 jam perjalanan,Laluan berpasir gunung berapi yang mempunyai kecuraman 70 darjah dan angin kuat menghembus laluan menjadikan suhu persekitaran mencecah empat darjah Celcius, benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal.


Saat turun, lereng yang dilalui berbeza dengan naik. Batunya agak sedikit dan pasirnya lebih banyak.. Korang boleh sliding supe main rollerblade nak turun.. Punya laju bedesup turun... Syiok gile.... Cume nak pesan, jangan lah laju2 ye.. takut tak terbrek nanti..

Jadi berhati-hatilah semasa turun, dan jangan terburu-buru.
  
Sempat kami beraksi di pertengahan Gunung Semeru dimana Filem 5 CM dilakonkan di sini

Filem “5 CM” karya novelis Donny Dhirgantoro dan arahan Rizal Mantovani ini tentang Arial (Deni Sumargo), Zafran (Herjunot Ali), Genta (Fedi Nuril), Riani (Raline Shah) dan Ian (Saykoji), lima remaja yang telah berkawan sejak tujuh tahun lalu. Antara mereka memiliki perwatakan yang berbeza-beza. Zafran seorang yang puitis sikapnya, sedikit 'gila', suka mengikut kata hati, idealistik, dan memiliki bakat untuk menjadi orang yang terkenal.
Rakannya, Riani seorang gadis pintar, cerewet, dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita juga impiannya. Genta pula seorang lelaki yang tidak mementingkan ego dalam diri sehingga dia mempunyai jiwa pemimpin dan dapat membuat orang lain selesa di sekelilingnya.
Sementara itu Arial, lelaki paling dipercayai dalam kalangan mereka, hobinya bersukan, adalah yang paling berdisiplin, tetapi sikapnya sukar untuk membiasakan diri dengan orang yang baru dikenalinya. Yang kelima antara mereka dikenali sebagai Ian. Dia memiliki fizikal yang paling gempal berbanding rakan-rakannya, peminat mee segera dan bola, dan paling lambat tamat pengajian antara mereka. Ada juga watak Dinda merupakan adik Arial, seorang pelajar cantik yang sebenarnya disayangi oleh Zafran.

Suatu hari, mereka berlima merasa ‘bosan’ dengan persahabatan mereka dan akhirnya kesemua mereka memutuskan untuk berpisah, tidak berkomunikasi satu sama lain selama tiga bulan.
Selama tiga bulan mereka dirundung rindu, dan banyak perkara yang terjadi dalam kehidupan kesemua mereka. Begitu hakikatnya ia telah berjaya merubah situasi menjadi lebih baik dalam hidup mereka.

Selepas tiga bulan juga lima daripada mereka bertemu semula dan meraikan pertemuan mereka dengan perjalanan penuh mimpi dan cabaran. Lawatan mendaki gunung untuk memacak bendera merah dan putih di puncak tertinggi Jawa pada 17 Ogos.
Perjalanan mereka penuh dengan perjuangan yang menjadikan mereka lebih mencintai Indonesia. Pengembaraan dalam kisah ini, bukan pengembaraan yang mencabar adrenalin, untuk melihat kebesaran Tuhan dari puncak gunung. Tetapi pengembaraan ini, juga perjalanan hati. Jantung untuk mencintai persahabatan yang dekat, dan hati yang mencintai negara ini.

Semua halangan yang mereka hadapi, kerana mereka mempunyai impian. Mimpi yang diletakkan 5cm dari hadapan dahi.
 
Perjalanan diteruskan menuju ke Kalimati
Selamat Tinggal Kalimati, Jumpa lagi Gunung Semeru di lain waktu. Perjalanan diteruskan kembali menuju ke Ranu Kumbolo.

Lebih kurang 1 jam berehat di Kalimati setelah turun dari Puncak Semeru.. Kami memutuskan untuk pulang ke Ranu Kumbolo setelah makan tengahari dan bersiap-siap kemas dan terus menuju ke Ranu Kumbolo. Satu kerugian sekiranya tidak bermalam tasik Ranu Kumbolo kerana pemandangan disana cukup cantik..
 
Hari Keempat
(07 Julai 2019)
Rabu Kumbolo - Pintu Rimba
 

Suasana Pagi di Ranu Kumbolo & pulang
Suasana pagi di Ranu Kumbolo benar-benar memberikan auranya tenang dan positif yang tersendiri, selepas penat seharian mendaki Gunung Semeru akhirnya dapat juga melakukan aktiviti yang santai bersama sahabat petualang yang lain. Langit biru, cahaya matahari dan Danau Ranu Kumbolo menikmati pula sarapan pagi yang disediakan oleh Pak Guide & Porter bersama Teh Panas di pagi hari yang nyaman membuatkan segalanya cukup sempurna untuk memulakan hari, semua masalah yang dihadapi seolah-olah hilang buat seketika dimana setiap detik yang berlalu dinikmati sepenuhnya.



Perjalanan turun menuju  kembali ke pintu rimba semuanya dalam keadaan terkawal dan alhamdulillah tidak ada team kami yang mengalami kecederaan teruk sepanjang tempoh pendakian Gunung semeru cuma beberapa team yang agak keletihan dan pewai dan itu adalah perkara biasa yang selalu dihadapi oleh para pendaki dan lebih kurang pukul 4.00 petang diiringi oleh hujan lebat kami semua selamat sampai keluar, syukur alhamdulillah.

Terima kasih kepada gunung untuk atas satu pengalaman yang tidak dapat dijual beli. Terima kasih kepada Porter Dayyan & Dimaz, Guider Ah Hong yang cukup memberikan komitmen yang terbaik sehingga membuatkan kami terharu dengan layanan yang diberikan.. Tambahan makanan yang sedap2 belaka.. 

 
Kepada sahabat-sahabat petualang Abg Brad, Kak Ayu, Kak Azie, Am, Syamir & Ecah.... Saya percaya bukan ketinggian gunung yang dicari cukuplah sekadar moment-moment indah, gelak ketawa, suka duka & pewai bersepah yang sepanjang pendakian ini menjadi sebahagian memori terindah dalam kehidupan yang boleh dikongsikan pada hari tua.. Yeah Gunung Semeru we done yeahhhhhh! 

 MOh ke BROMO kita

Hari Kelima
(08 Julai 2019)
Gunung Bromo

Gunung Bromo
  • Gunung berapi aktif di Jawa Timur;
  • Ketinggian Gunung Bromo 2,392 meter dari paras laut;
  • Terletak di empat daerah iaitu Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Malang;
  • "Bromo" berasal dari perkataan "Brahma" iaitu Dewa agama Hindu.
  • Padang pasir dikenali Pasir Berbisik Gunung Bromo menjadi lokasi filem yang dibintangi Dian Sastro Wardoyo

GUNUNG BROMO antara gunung berapi aktif di Indonesia, namun keindahan pemandangannya punca tinggi yang bertaut di antara lembah dan ngarai, menarik pelancong ke situ.
Terletak di Jawa Timur, dikelilingi padang pasir seluas 5,300 hektar, menjadi lokasi wajib kunjung sekiranya anda melancong ke Surabaya.
Ramai ke sini semata-mata hendak melihat keindahan pemandangan matahari naik, di tengah-tengah cuacanya yang dingin, pada jam 5.45 hingga 6.30 pagi.


Bukit Kingkong,  bukit ini terletak di Desa Wonokitri, Kecamatan Tosari, Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur, masih termasuk dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru "Bukit Kingkong adalah spot yang sangat menarik untuk melihat matahari terbit dan pemandangan Gunung Bromo, Batok dan keindahan sekitarnya..

  Keindahan Panorama Bromo
Gunung Bromo - 2392 M
Bromo Aku Datang.......
Gunung Batok - 2440 M

Tepat Jam 10 pagi kami bertolak pulang menuju ke Airport Surabaya untuk Check In..

Sekian, Semoga perjalanan ini diberkati dan mencipta memori yang terindah dan terbaik dalam hidup kami semua.....

Semoga kita berjumpa lagi... Percayalah banyak memori terindah tercipta bila kita Hiking  bersama. Terima kasih gunung & sahabat atas satu pengalaman..

Gunung  Semeru – Bromo

Day 1 (4 july)
12.00 – 13.00 : Penjemputan di Bandara Internasional Juanda
13.00 – 16.00 : Perjalanan menuju Tumpang
16.00 – 18.00 : Perjalanan menuju Ranupani
18.00 – 18.30 : Ranupani
18.30 – 19.00 : Chek in penginapan Ranupani

Day2 (5 July)
06.00 – 07.00 : Sarapan pagi
07.00 – 08.00 : Persiapan pendakian
08.00 – 12.00 : Pendakian menuju Ranu kumbolo
12.00 – 13.00 : Makan siang di ranu kumbolo
13.00 – 16.00 : Perjalanan menuju kalimati
16.00 – 18.00 : Camp and coffee break
18.00 – 19.00 : Makan Malam
19.00 – 20.00 : Istirahat untuk persiapan summit mahameru

Day 3 (6 July)
00.00 – 05.00 : Pendakian Menuju Puncak Mahameru
05.00 – 05.30 : Puncak Mahameru
05.30 – 06.00 : Menikmati Sunrise Puncak Mahameru
06.00 – 07.00 : Hunting Foto di Puncak Mahameru
07.00 – 10.00 : Perjalanan Kembali Menuju Kalimati
10.00 – 11.00 : Tiba di Kalimati dan Makan Siang
11.00 – 14.00 : Perjalanan Menuju Ranu Kumbolo
14.00 – 15.00 : Tiba di Ranu Kumbolo Camp
15.00 – 18.00 : Coffee and tea time
18.00 – 19.00 : Makan malam
19.00 – 07.00 : Free program

Day 4 ( 7 July )
05.00 – 06.00 : Bangun pagi untuk menikmati sunrise di ranu kumbolo
06.00 – 07.00 : Explore ranu kumbolo
07.00 – 08.00 : Sarapan pagi di ranu kumbolo
08.00 – 09.00 : Persiapan kembali menuju ranu pani
09.00 - 12.00 : Perjalanan kembali menuju ranu pani
12.00 – 13.00 : Check in Homestay dan bersih-bersih
13.00 – 14.00 : Makan siang di homestay
14.00 – 16.00 : Explore ranu pani dan ranu regulo 16.00 – 17.00 : Kembali ke homestay
17.00 – 18.00 : Makan malam di homestay
18.00 – 21.00 : Free program

Day 5 (8 July)
01.00 – 01.30 : Persiapan Menuju Bromo dan Check Out Homestay
01.30 – 03.30 : Perjalanan Menuju Penanjakan Bromo
03.30 – 04.30 : Penanjakan Bromo
04.30 – 06.00 : Hunting Sunrise Penanjakan Bromo
06.00 – 07.00 : Perjalanan Menuju Kawah Bromo
07.00 – 08.00 : Hunting Kawah Bromo
08.00 – 09.00 : Hunting Savana Bromo
09.00 – 10.00 : Hunting Padang Pasir Bromo
10.00 – 10.30 : Perjalanan Ke Cemoro Lawang
10.30 - 14.00 : Perjalanan Menuju Surabaya
14.00 - 15.00 : Tiba di Surabaya
15.00 : Perjalanan Berakhir di Bandara Internasional Juanda


⛰Eyp🅾hikErS🏕: 
List peralatan yg perlu bawa...

1. Beg 50liter bg yg tak amik porter... 30liter utk yg amik poter
2. Beg kecil yg blh lipat2 utk naik puncak
3. Pakaian
    - on trail
    - tdo
    - pakaian spare
    - stokin treking & tdo
    - towel
4. Tongkat.. kalau blh 2
5. Kasut hiking..
6. Gaiters
7. Headlamp + extra battery
8. Glove tebal
9. Jacket tebal/downjacket
10. Raincoat
11. Selipar
12. Toiletries
13. Wet tissue
14. Buff utk tutup mulut & hidung
15. Biskut/coklat/gula2 utk kunyah2 masa on trek
16. Sleeping beg
17. Sleeping mat
18. Emergency kit
       -minyak panas
       -emergency blanket
       -ubat demam/cirit-birit
       -ubat darah tinggi 🤭
       -wisel
19. Power bank
20. Charger/travel adaptor
21. Stokin cap utk tahan sejuk kat telinga

Hari-Hari Kegembiraan Kami 

 



See You Again
It's been a long day without you, my friend
And I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh I'll tell you all about it when I see you again
When I see you again
Damn, who knew all the planes we flew
Good things we've been through
That I'll be standing right here
Talking to you about another path I
Know we loved to hit the road and laugh
But something told me that it wouldn't last
Had to switch up look at things different see the bigger picture
Those were the days hard work forever pays now I see you in a better place
How could we not talk about family when family's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride
It's been… 
 


Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...