Monday 23 March 2015

Bukit Kledang Ipoh



Ketinggian Bukit Kledang ~ 800 meter (2640 kaki)

Pakaian ~ Pakaian Sukan pun boleh, Gaya Hikers Gunung Lagi ok
Istimewa Kledang ~ View Hutan, Jumpa Anak Sungai dan Air Terjun, Puncak nampak 1 Ipoh & kemudahan seperti wakaf tempat rehat, tandas, kemudahan senaman, taman bunga dan Sedikit sebanyak nampak warga yang berbasikal.
Penghuni tetap Bukit Kledang ~ Apek Cina, Ah So dan beberapa yg boleh kira Orang Melayu & India
Jam ~ Sesuai jam 7.00 - 7.30 mendaki (lambat sikit naik, matahari dah terpacak dan menderita kepanasan)




Starting Point. Dari sini dapat tgk kawasan perumahan.
View Cantik

Sepanjang perjalanan dah nampak Stesyen-stesyen pemancar RTM 
  • Puncak tertinggi di sini adalah puncak yang ada menara pemancar RTM.  Pendakian ini  hanya 2-3 jam je pun... Tapi yang slow mahu 4 jam.
Jalan ke Kledang boleh ikut Jalan Tar atau pun Trek Hutan. So Trek Hutan agak mencabar sikit. Dan Wajib bawa Air bagi yang Trek Jauh. Jika Pilihan untuk Trek Hutan boleh pilih Trek 41, 42 (senang mendaki untuk beginner), 43 (tepacak sikit, agak letih) 49 (landai & pacak dengan view kehutanan), 53( akan jumpa anak sg, landai & pacak dengan view hutan pokok2 besar) Dan trek terbaru yang dibuat oleh pakar-pakar Cina  menuju ke RTM

Akan Jumpa Anak Sungai Dan Air Terjun Kecil
View Cantik Bak Anggg


Laluan 49, 58 & RTM


Laluan 49, 58 & RTM Semuanya bertanda.. Semua jalan sudah bertanda.. Anda tak mudah sesat


Laluan ke 49,dan terus ke RTM

Laluan 49 terus menuju ke 58 & RTM


Bersama-sama abg sado kita...
Meniti pokok tumbang tros ke jalan 53 & 54 ke rtm

Nampak tak, Kalau yang tak pasti boleh naik ke dak,
Sila Bawa Tongkat Bersama


Jangan Risau, Disediakan Tempat duduk
Tempat Duduk ni, Apek2 yang buat..Senang Hikers nak berehat.
Bawa Air, Makanan ringan dan coklat

Pokok-pokok Besar yang kita akan jumpa


Berehat suda di Jalan 49. Dimana-mana sahaja ada perhentian nya


Aktiviti memanjat yang dibuat oleh Hikers Dilla & Hikers Kema boleh dibuat di kledang ni jugak
Berhati-hati ya apabila membuat gaya lagak Ngeri ni... Orang yang hebat je boleh buat... Jangan tiru ye....


Orang Kuat Kledang (Haji Hikers)




Dari Atas puncak nampak dah view kawasan perumahan dan Bandaraya Ipoh..
Jalan ikut trek jalanraya. Kalau turun kol 12 tgh hari... Masak la kulit... Panas....

SEKIAN... TERIMA KASIH


No comments:

Post a Comment

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...