Tuesday 31 October 2017

Bukit Batu Putih, Gopeng

Assalamualaikum, Kali ni hakak pegi berseorangan di Bukit Batu Putih, Gopeng. Tapi ni bukan Gunung Batu Putih, Tapah yang tinggi tu tau. Yang tu kena 2 Hari 1 malam... Lokasi dia senang jer, kalau keluar tol Simpang Pulai ambik kiri. Dalam 500 meter menuju ke Pekan Gopeng Then masuk kiri... Kat situ dah ada petunjuk hokey....

Ketinggian bukit ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah. Ketinggian bukit ini adalah setinggi 285 meter dari aras laut, jadi ia juga sangat sesuai buat beginner yang ingin menceburi dalam aktiviti pendakian. Sampai je laman parking rumah orang, memang kena la bayar RM3.00 sebab kita dah park situ kan.. So, disitu dah ada kemudahan bilik air dan Tandas sekali... Jangan membuang merata-rata ok... Kawasan ini dah dijaga oleh Persatuan Kg itu sendiri.... 1st permulaan akan lalu kawasan Ladang kelapa sawit.

Seeloknya pendakian bermula pada awal 5.30 pagi. Ini kerana sebaik sahaja tiba di puncak, sudah pasti matahari mula terbit. Di sinilah pengunjung berpeluang merakam pelbagai kenangan menarik sama ada bersama rakan hikers atau ahli keluarga.

Laluannya agak mencabar dan boleh dikatakan 70% laluannya adalah berasaskan batu apabila di puncak. Terdapat juga banyak flora di bukit ini yang mempunyai nilai perubatan dan apabila tiba di puncak, anda juga dapat melihat pemandangan Gunung- Ganang, Sungai Gopeng serta Kejauhan Lebuhraya Utara Selatan...
 Masa ni berseorangan di Ladang Kelapa Sawit... Bosan perjalanan jauh, dok keje selfie la sepanjang perjalanan...... hahahhahaha :) Dalam hati cuak dan jalan laju.... Sehinggalah bertemu Signboard naik ke atas...
Kat Signboard ni tertera Nama serta No telefon yang jaga kawasan ni... Jangan Buat pasai ok.. So hakak tarik nafas.... Relax dlu makan coklat bar n kotak milo... Nasib la de sekumpulan orang naik menuju ke tempat yang hakak nak tuju....
Penat dollllll naik 1 Napas..... Gula-gula tu ada je di tangan.... Senang masok je mulut...
Jalan menuju yang nampak cahaya tu lah dah nak sampai... Yahoooo.. 100 meter lg...
Sonok la jugak kan.. Macam rasa nak terbang... Tq adik yang x kenal tangkap gambar hakak.... Ikot je gambar yang hakak nak ye....
Peace yo... Layan je la sorg diri..
Aku ingin menjadi seperti burung..
Yang terbang bebas di angkasa..
Usah takut memikirkan apa yang akan terjadi..

Aku ingin menjadi burung…
Aku sudah lelah menjadi manusia..
Takut memikirkan apa yang terjadi..

Aku iri pada burung..
Yang boleh terbang..
Menikmati kasih sayang-Nya dalam setiap hembusan dan tiupan angin..
Namun, bila aku berpikir seperti itu..
Tidak bersyukurkah aku sebagai manusia?
 Kebanyakan mereka yang mendaki bukit ini adalah untuk melihat pemandangan sun set dan sun rise yang sangat cantik..
Boleh dikatakan setiap hujung minggu, puncak bukit ini pasti dipenuhi oleh orang ramai. Ketinggian yang sederhana ini menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian.  Bila berada di puncak bukit ini anda dapat melihat pemandangan yang cukup hijau dipenuhi dengan daun lalang dan batu.
Wow, **bestnya!* Anda pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Lagi pula, kawasan bukit ini masih bersih dan tidak dicemari.
 Suasana puncak yang sejuk yang dipenuhi flora dan fauna ini pasti dapat menenangkan fikiran anda ketika berada di puncak.. Hokey, jom balik.... Dah 1 Jam kat atas ni..
 Otw turun, masih ada yang naik ke atas... Hakak turun dulu ye :)
Jika anda berjaya naik hingga ke puncak anda pasti berasa sangat teruja dengan keindahan
Hokey jumpa lagi.... Next .....

1 comment:

  1. akak....nak naik puncak tu ada trail laluan ke..sebab x pernah naik lagi

    ReplyDelete

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...