Welcome Berumbun, Kita Berjumpa lagi.... Gunung yang mudah di daki di sekitar Cameron Highlands adalah Gunung Berembun atau ada yang memanggil Gunung Beremban..... X pacak n santai je..... Hehehehe
Gunung rendah sahaja iaitu sekitar 1893 meter dari aras laut namun trek 
pendakian agak panjang kerana melibatkan laluan mendatar sebelum mendaki
 tiga atau empat puncak bukit yang mencabar untuk sampai di Puncaknya.... Pendakian yang pada mulanya bertemu ala-ala mossy dan seterusnya bertemu Hutan sehingga ke puncak.... Cuaca yang sejuk tak terasa letih sebabnya pendakian ini agak santai...
Gunung Berumbun  ini tidak menjanjikan 
pemandangan yang cantik tetapi trek pendakiannya agak unik kerana banyak
 kawasan pokok renek dan juga lumut yang tebal.... 
Kerana kurang dikunjungi oleh pendaki yang lain kadang kala trek laluan pendakian seakan-akan berbunyi apabila dipijak.
 Di puncak Gunung Berembun terdapat 
sebuah “beriut” iaitu pondok besi penanda Jabatan Hutan. Pemandangan 
dari puncak tidaklah begitu luas, hanya satu arah sahaja anda boleh 
lihat pemandangan rumah-rumah, ladang teh, ladang sayur-sayuran dan 
sebagainya. Dari puncak gunung Berembun ini, pendaki-pendaki boleh 
melihat puncak Gunung Brinchang dan puncak gunung Irau yang berdiri 
teguh membentuk banjaran Titiwangsa. 
Trek pendakian penuh dengan semak dan 
agak tebal. Kadang-kadang pendaki boleh kehilangan trek kerana banyak 
tumbuhan yang menutup trek pendakian turun. 
Dari puncak Gunung Berembun ini, 
pendaki-pendaki boleh melihat puncak Gunung Brinchang dan puncak Gunung 
Irau yang berdiri teguh membentuk banjaran Titiwangsa.... Betapa aku merindui Irau.....
Pulang Turun dengan laju terus ke Mardi Jam 1.00 Petang..
Keletihan yang teramat dengan bersize badan yang agak membesar....
*** Sekian ***
Pulang Turun dengan laju terus ke Mardi Jam 1.00 Petang..
Keletihan yang teramat dengan bersize badan yang agak membesar....
*** Sekian ***





 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment