Saturday 27 October 2018

Gunung Korbu & Gunung Gayong (KORGA)




20-23 hb Oktober 2018 - Ekspedisi pendakian ke Gunung Korbu dan Gayong pada kali ini agak yang paling santai Mak Jemah setelah sekian lama Hakak dok Layan Trip Compress n Daypack.... Nak tawan Gunung G7 ke 2 Dan 4 nih bukan senang tau... Badan nak kene Fit n tahan dengan kesejukan..... Mantel kena la ready yeee....


Nama Gunung : Gunung Korbu & 
Gunung Gayong

Banjaran : Titiwangsa

Ketinggian : Korbu - 2183 meter (G7 ke 2)
Pemandangan terhad kerana dikelilingi pokok2 renek, agak luas untuk bercamping dan Cuaca Ya Amat Sejuk

Gayong - 2173 meter (G7 ke 4)
Pemandangan dikelilingi Pokok2 besar, tidak sesuai untuk camping kerana persekitaran agak sempit dan cuaca Sangatlah sejuk

Cabaran : 9/10 dengan pelbagai cabaran. Meredah Sungai , melalui denai serta melintasi kayu Balak yang besar. Trek Berbukit 90 darjah yang bertali dan bertangga sejumlah 22 tangga di sepanjang trek menuju ke Korbu & Gayong... Terlalu banyak Lopak dan selut di sepanjang jalan menuju ke Korbu Gayong...


Tempoh Pendakian : 

DAY 01
Ulu Kinta - Empangan Sultan Azlan Shah - Air Terjun Balak - Kem Seroja  (3 Jam)

DAY 02
Kem Seroja - Kem Kijang - Last Waterpoint - Bukit Botak - Chuban - Gunung Korbu  - Gunung Gayong (10-11 Jam)

DAY 03
Gunung Korbu - Gunung Gayong - Chuban - Botak - Last Waterpoint - Kem Kijang - Kem Seroja (5 Jam)

DAY 04
Kem Seroja - Air Terjun Batu Besar - Empangan Sultan Azlan Shah - Ulu Kinta (3 Jam)



Trip Korga santai ini Ternyata bukanlah faktor umur, pengalaman dan jantina menjadi penghalang dalam seseorang itu melakukan aktiviti pendakian seperti ini.... Ekspedisi KORGA 4D3N santai ini jika tiada disiplin rasanya tak berjayalah Misi yang sebenarnya... Perlukan semangat sepanjang hari dan keazaman yang kuat untuk terus bertahan melayan kerenah Trek2 Korbu & Gayong.... Agak perih juga bagi golongan pendaki yang sudah berumur menjangkaui 50 tahun...





Perjalanan pada hari pertama iaitu 20hb Oktober bermula pada jam 10.30am daripada Intake Point menuju ke Kem Seroja. Kami berhenti rehat untuk makan tengahari di Air Terjun Balak selama 30 minit. Kemudian mendaki Bukit Penat menuju ke Kem Seroja.  Pendaki terakhir selamat tiba sebelum matahari terbenam.



Indah Bagai di Syurga




Ketika Anda mendaki, tidak perlu fokus untuk mendapat puncak tetapi nikmatilah pendakianmu senikmat mungkin




21hb Oktober - Seawal 8.00 pagi para pendaki telah mula bersedia untuk meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Korbu. Group berkumpul dan berehat sambil menunggu orang terakhir di puncak Botak. Makan tengahari disini sambil merenung kedasyatan Chuban untuk dilalui selepas ini. Pendaki terakhir tiba di puncak Gunung Korbu pada lewat jam 5.30 petang. 


Kami Berjaya
Tahniah Buat Lineup semua


Gunung Korbu 


Gunung Gayong


Bersama-sama Sweeper & Tanker Padu

Jab , Muis & Kaka LoVe

Selepas mendirikan khemah , perjalanan diteruskan secara daypack ke puncak Gunung Gayong pada Jam 6.00 petang. Tiba di Gunung Gayong Jam 8.45 malam ... Seterusnya pulang ke Gunung Korbu  dan tiba  jam 12.30 Pagi... Sebahagian turun dari Puncak Korbu menuju kem Botak dan sebahagian lagi tinggal di Puncak Korbu..






22 Oktober 2018 - Menuruni Puncak Gunung Korbu pada Jam 7.00 Pagi secara santai sepak Daun, Kayu dan Batu sambil menikmati panorama di Puncak Chuban dan Puncak Botak..
Kami tiba di Kem Seroja Jam 2.30 Petang..
 Jam 8.00 mlm menikmati hidangan makan malam...



Bz didapur tolong Chef Pak Belalang


Jarang sekali dapat makan di atas Daun Pisang..
Serupe makan di Hotel 5 Star..
Terima Kasih Chef Pak Belalang kerana susah payah merealisasikan Ala~ala mamak mkn atas daun pisang..


Nun Jauh Gunung Gayong



Jam 10.30 pagi semua pendaki  tiba dengan selamat di Intake Point Empangan SAS Ulu Kinta dan keluar ke pintu empangan untuk mendapatkan kenderaan masing-masing....



BUDDIES 

YAT & MIJAA




Secara keseluruhannya, ekspedisi berjaya dan semua pendaki berpuas hati dengan pencapaian masing-masing. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan berlaku disepanjang perjalanan ekspedisi. Diharap pendaki-pendaki yang terlibat tidak serik dan akan kembali beraksi untuk menakluk puncak-puncak tertinggi yang lain lagi pada masa hadapan.







Kata-kata Ucapan Dari Penaung Melati Hikers





Rindu Gunung


Rindu yang kau dan aku ciptakan
dari tumpukan jarum jam yang patah
telah menjadi gunung-gunung
yang tinggi....
Seumpama nanti, akhir bulan ini,
ada tanggal-tanggal merah
untuk rindu kita yang saga,
aku akan melepas diri
dari rantai-rantai di kaki meja ini,
mengajak kau mendaki dan,
seperti bendera kemenangan,
kaki-kaki akan kita tancapkan
di puncaknya.
Kasih, bila tahun ini ada libur panjang,
aku mau jadi kemah dan tungku
di badanmu yang gunung



SEJARAH KORBU GAYONG


Bagi penduduk asal iaitu orang asli sekitar Gunung Korbu, mereka menggelar Korbu yang bermaksud ''Kerbau'' , pada awal penemuan puncak ini, mereka terjumpa tengkorak kepala kerbau di puncak gunung ini, lalu dinamakan Gunung Kerbau, dalam sebutan bahasa Asli Semai, di panggil Korbu.

Ada juga pendapat menyatakan tengkorak kerbau itu kemungkinan sebenarnya seladang, memandangkan Perak antara kawasan habitat spesis ini. Tidak hairanlah skuad bola sepak Perak sendiri pun menggelarkan mereka Seladang Perak.

KEMALANGAN


Pada tahun 1999, 14 remaja telah membuat pendakian. Mereka terdiri daripada sekumpulan pendaki yang sering mendaki gunung-gunung di seluruh Malaysia.Mereka adalah Sawa, Adnan, Lan, Mono, Wak, Jabir, Jerung, Pon, Mai, Sheila, Zainal, Sepoi (arwah) dan allahyarham Rohan Harith Iskandar.Dua daripadanya adalah kenalan baru yang ingin menyertai ekspedisi itu. Allahyarham Norzahri Harun dan Rohan ditemui mati pada awal pagi dalam khemah di puncak Korbu oleh rakan-rakan sepasukan. Mengikut catatan rasmi, kemalangan berlaku akibat terhidu gas karbon monoksida yang terhasil melalui pembakaran lampu gas.Walaubagaimanapun, punca sebenar kematian masih misteri. Mengikut laporan pihak berkuasa, mereka mengklasifikasikan kes ini sebagai kemalangan biasa. Menurut pendapat seorang Guide berpengalaman kami, Muzafar, beliau mengklasifikasikan kematian dua sahabat itu sebagai "hypotermia" oleh kerana pada malam itu cuaca terlalu buruk dan sejuk.

laporan lanjut akhbar Utusan : http://www.silveroutdoors.my/2016/06/misteri-kematian-dua-pelajar-di-puncak.html

2 comments:

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...