Assalamualaikum para Hikers semua.. Tarikh keramat ke Chantek & Chentuk dan last sekali Jasar telah menjadi kenyataan dan bukan mimpi2...  Kali nih hakak join Trip Sis Sizuka n Ron dan Jurupandu kami Mr GGey... Memang best lorrrr, trip santai-santai Mak Jemah n Tak rushing sangat... Trip nih buat hakak rasa trip tenang tanpa risau pun pacak yang didepan2 tuh.. Aiceceh .... Yang paling best sekali Sweeper Ron yang dok belakang sekali memang tak rasa mental lah kan sebab dok gelak guling-guling.. Cume x beguling ke bawah je....Trip yang tak mengecewakan sejak dulu lagi... I am Happy :)
Bebalik cerita di hari kejadian, Pagi yang besejarah hakak bersama Jebat & Ila gerak dari Ipoh jam 5.30 pagi and tibe di Tanah Rata jam 7 pagi.. Kereta pun x banyak... Best sangat2 laaa... Macam dunia ini aku yang punya... Tak perlu bersesak- sesak dengan kereta.. Singgah dulu makan pagi... Banyak pulak makan pagi tu... Kekenyangan yang malampo..
Jam 7.30 hakak tunggu Sis Sizuka dan lain-lain di persimpangan Pintu Masuk Ladang Teh Boh.. Disana hampir 1 jam 30 minit menanti rakan-rakan untuk begerak bersama-sama ke Ladang teh Boh.. Diingatkan Ladang ini tidak boleh masuk sewenang-wenangnya kerana perlu permit serta plat kenderaan hendaklah diberitahu pada Pihak Ladang Boh telebih dahulu... Pintu masuk Ladang Boh dikawal ketat dengan pemeriksaan No plat Kereta yang telah dibuat oleh pengawal.. Akhirnya kami tiba di Kilang Ladang Boh dan bersiap sedia untuk melakukan pendakian...
Aiceceh semangat naaaa... peluk dulu supaya semangat Bohhh sampai ke Jiwa nih... Hokey, Hakak dah besedia.. Mohhhh Gerak..
Gunung Chantik (1602m)-
Gunung Chentuk (1606m) 
Bermulanya perjalanan santai Mak Jemah kami di lereng2 Ladang Teh Boh ... Memang aman damai ler... Gunung Chantik & Gunung Chentuk nih merupakan Gunung bekembar di Banjaran Titiwangsa.. Kedudukan kedua gunung ini berada berdekatan Lembah Sg. Boh, Ringlet, Cameron Highland (CH), Pahang.. Kaki gunung ini yang menghadap Lembah Boh telah dijadikan kawasan tanaman teh manakala bahagian puncak dan sisi yang lain masih lagi hutan belukar..
Bermulanya perjalanan santai Mak Jemah kami di lereng2 Ladang Teh Boh ... Memang aman damai ler... Gunung Chantik & Gunung Chentuk nih merupakan Gunung bekembar di Banjaran Titiwangsa.. Kedudukan kedua gunung ini berada berdekatan Lembah Sg. Boh, Ringlet, Cameron Highland (CH), Pahang.. Kaki gunung ini yang menghadap Lembah Boh telah dijadikan kawasan tanaman teh manakala bahagian puncak dan sisi yang lain masih lagi hutan belukar..
Langkah pendakian dari sini akan menyusuri rabung di batas kebun teh 
hingga ke sempadan hutan. Laluan di tengah-tengah ladang teh ini cukup 
cantik untuk diabadikan dalam foto.. Trek hutan ke puncak G. Cantik boleh
 dicapai antara 20 - 50 minit dengan kecerunan purata 30 darjah..
Perjalanan sepak sepak daun melalui Jalan Hutan serta Mossy Akhirnya kami tiba jugak di Puncak Chantek..
Perjalanan sepak sepak daun melalui Jalan Hutan serta Mossy Akhirnya kami tiba jugak di Puncak Chantek..
Puncak Gunung Chantik 
 
Puncak gunung ini ditandakan dengan beirut.. Malangnya beirut telah pun rebah dan ditutupi semak Yaamat.. Tapak asal beirut tidak berpokok dan cuma berumput kemas.. Pokok pokok dikeliling puncak setinggi 3 - 5 meter.. Tengok tu beirut hancur merebah di bumi..
Takde sape ke nak pebetoikan balik
Mampu tengok je le..
Puncak gunung ini ditandakan dengan beirut.. Malangnya beirut telah pun rebah dan ditutupi semak Yaamat.. Tapak asal beirut tidak berpokok dan cuma berumput kemas.. Pokok pokok dikeliling puncak setinggi 3 - 5 meter.. Tengok tu beirut hancur merebah di bumi..
Takde sape ke nak pebetoikan balik
Mampu tengok je le..
Selesai bergambar, kami ke simpang kanan ke puncak Gunung Chentuk. Kedua-dua puncak gunung ini dipisahkan dalam 10 minit perjalanan... Bezanya puncak Gunung Chentuk berada di dalam hutan manakala puncak Gunung Chantik di lereng.. Keadaan sekeliling memang Mossy mossy la... Tenang sepanjang perjalanan ke Chentuk...
Puncak Gunung Chentuk
Puncak gunung ini agak luas dan dipenuhi pokok-pokok berlumut yang suram (mossy forest). Cuma 5 - 10 minit berjalan ke arah Timur dari puncak Gunung Chantek..
Last bergambar disini.. Semoga kita bertemu lagi Si Chantek & Si Chentuk.. Moh sambung ke Jasar pula... Gunung ke 3 pulak..
  
  
  
  
  
  
          
          
        
          
          
        
          
          
        
          
          
        
          
          
        
          
          
        
          
          
        
          
          
        
          
          
        
Puncak gunung ini agak luas dan dipenuhi pokok-pokok berlumut yang suram (mossy forest). Cuma 5 - 10 minit berjalan ke arah Timur dari puncak Gunung Chantek..
Last bergambar disini.. Semoga kita bertemu lagi Si Chantek & Si Chentuk.. Moh sambung ke Jasar pula... Gunung ke 3 pulak..
Jam 3 petang, Meh nak cerite tentang Gunung ke 3 pulak..
Gunung Jasar Terletak di Tanah Rata dan jalan masuk ke trek pendakian 
adalah di Oly Apartment bersebelahan dengan Taman Menara Jam Tanah 
Rata.. 
Dengan ketinggian 5564 kaki atau 1696 meter dari aras laut Gunung Jasar 
adalah berkategorikan gunung yang mudah di daki oleh semua pendaki.. Pendaki Tua macam hakak nih boley la jelajah.. Hahahhaha
Pendakian kami bermula jam 3 petang.. Trek yang kami lalui padanya 
sangatlah mudah dan melalui lereng-lereng bukit yang mendatar dan 
sebelah kanan kelihatan bangunan-bangunan pangsapuri dicelah-celah 
pokok.. Selepas 20 minit, barulah kami menemui trek gunung yang sebenar.. 
Agak pacak sepanjang naik dan berakar.. Maka berhati-hatilah wahai spara pendaki sekalian.. Walaupun tidaklah sesukar mana, namun ianya tetap membuatkan Hakak 
sedikit mengah dan juga berpeluh walaupun cuaca suam-suam sejuk..  
Trek pendakiannya sekitar 1.8 km dari permulaan pendakian dan melibatkan kawasan pendakian di sekitar 800 meter.. Akibat terlalu letih, kami sampai agak lewat sampai di Puncak..
Selepas penat mendaki, 
akhirnya tiba di lereng bukit yang tidak berpokok.. Hanya pokok-pokok 
paku resam dan pokok-pokok renek yang memenuhi kawasan itu.. Dari situ kelihatan  pencawang elektrik di atas lereng bukit dan 
permandangan yang paling menarik adalah kebun teh yang kelihatan beralun
 yang dikelilingi bukit-bukau yang menghijau..
Seterusnya mendaki 
dilereng-lereng bukit dibawah pencawang elektrik dan menikmati 
pemandangan Gunung Berembun dan juga pekan Tanah Rata dari aras yang 
tinggi yang betul-betul berada di depan mata..
Akhirnya tiba di Puncak Gunung jasar dan berehat 
 
Walaupun gunung ini dikatakan 
gunung yang paling mudah dan paling singkat untuk didaki oleh kebanyakan
 para pendaki gunung, tetapi pemandangan yang dapat dilihat cukup 
memuaskan hati.. Dengan jelas dari atas puncak penampakan Gunung Irau, 
puncak Gunung Brinchang dan juga sebahagian pekan Gopeng. Di puncak 
Gunung Jasar terdapat batu sempadan Perak-Pahang dan juga beberapa 
tinggalan batu tapak beirut..
Walaupun Gunung Jasar gunung yang senang didaki tapi sebenarnya mempunyai 
keistimewaannya tersendiri.. Pemandangan indah yang menampakkan hampir 
semua gunung-gunung penting di Cameron Highlands merupakan bonus bagi 
para pendaki.. Semoga kita berjumpa lagi ya Gunung Jasar...
MoH BaLik... 
Para pendaki dinasihatkan supaya
 berhati-hati kerana terdapat beberapa kawasan yang berpotensi untuk 
mengalami tanah runtuh. Selamat mendaki Hikers!!!! 
Sekarang
 Ini memang tengah trend hiking dan ia adalah satu hobi yang digemari 
anak muda mahupun orang yang sudah berusia.. Usia bukan lagi penghalang 
untuk kita mendaki gunung asalkan kita kuat dan larat menghadapi cabaran
 sepanjang pendakian.. Bagi mereka yang pernah berhiking, pastinya tidak 
pernah terlepas untuk berkongsikan gambar menarik.. Inilah yang akan 
menyebabkan ramai mahu mencuba juga bagi melihat pemandangan menarik di 
atas gunung sana. 
Jika anda ialah newbie yang mahu cuba - cuba berhiking, ikuti persediaan di bawah sebelum memulakan pendakian anda.
1. Stamina mesti Sado
 
            
Jika anda ialah newbie yang mahu cuba - cuba berhiking, ikuti persediaan di bawah sebelum memulakan pendakian anda.
1. Stamina mesti Sado
Bagi
 para newbie, anda dinasihatkan selalulah membuat senaman untuk 
menambahkan stamina beberapa minggu atau seminggu awal sebelum aktiviti 
pendakian dijalankan. Ini bagi membiasakan diri kita menerima tekanan 
dan keletihan. Gunung yang bakal anda naiki bukan tinggi yang biasa - 
biasa. Jadi, anda memerlukan stamina yang kuat untuk sampai ke puncak 
dengan jayanya. Sengal -sengal kaki itu biasa. 
2. Informasi kena Tepat & Padat
2. Informasi kena Tepat & Padat
Pastikan
 sebelum mendaki, anda sudah mengetahui seberapa banyak informasi 
berkenaan gunung tersebut. Ini memudahkan anda jika berlaku sebarang 
perkara yang tidak diingini. Selain itu, ia juga dapat membantu anda 
untuk mengetahui masa yang akan diambil untuk tiba di puncak dan pulang 
dengan selamat.
3. Teman Seperjuangan @ Buddies
3. Teman Seperjuangan @ Buddies
Selalunya
 aktiviti pendakian tidak dilakukan berseorang. Ia hanya dilakukan 
secara berkumpulan. Lebih - lebih lagi jika anda adalah seorang hiking 
newbie. Pastikan kumpulan yang akan anda ikuti nanti merupakan orang - 
orang yang terlatih atau orang yang sudah biasa dengan keadaan 
hutan/hiking. Pastikan anda mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. 
Bak kata pepatah 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.'. Jangan 
pentingkan diri sendiri.
4. Peralatan Lengkap
4. Peralatan Lengkap
Senaraikan
 peralatan penting yang akan dibawa ketika mendaki. Tak usah membawa 
peralatan yang tidak penting dan tidak berguna seperti buku untuk dibaca
 ketika ada masa lapang. Usah kan buku, membaca hati orang sebelah pun 
anda tidak akan sempat kerana mengawal kaki dengan berhati - hati semasa
 pendakian dan tidak mahu terlepas sebarang moment indah di atas nanti. 
Oh ya, paling penting jangan dilupakan ubat - ubatan anda.
5. Berehat Sekejap
5. Berehat Sekejap
Berehat
 secukupnya sebelum memulakan pendakian. Ini kerana badan yang letih 
akan menyebabkan anda tidak bersedia menakluk puncak. 
6. Doa
6. Doa
Sebelum
 memulakan pendakian, sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar perjalanannya
 selamat pergi dan pulang. Meminta restu ibu bapa dan minta mereka 
mendoakan yang baik - baik. 
7. Cuaca
7. Cuaca
Kalau
 anda tidak mampu meramal cuaca, maka anda perlu sentiasa melihat 
ramalan kaji cuaca untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan 
yang bakal anda daki. Boleh jadi, jika semalam telah hujan, trail akan 
menjadi becak dan berlumpur. Jika ini berlaku, anda perlu lebih berhati -
 hati. 
8. Kasut Sesuai
8. Kasut Sesuai
Kasut
 merupakan perkara paling utama disaat pendakian. Anda jangan menganggap
 anda boleh menyarung mana - mana kasut. Awas! Anda mungkin berhadapan 
dengan perkara genting seperti tergelincir dan sebagainya. Jika anda 
tidak mampu membeli kasut mahal, beli sahajalah kasut sukan
 biasa. Ini lebih jimat. Pastikan anda bertanya kumpulan rakan sebelum 
membeli ini kerana khuatir permukaan tapak kasut tidak sesuai 
digunakan. 
9. Makanan & Minuman
9. Makanan & Minuman
Bawa
 makanan & Minuman secukupnya. Ingat, ia bukan makanan kebiasaan yang anda selalu 
makan di rumah. Tetapi makanan ringan sepanjang anda mendaki seperti 
coklat untuk menambah tenaga dan air minuman yang mencukupi. Jangan 
susahkan orang lain ya dengan meminta - minta. 
10. Mental mesti Padu
10. Mental mesti Padu
Mental
 seorang pendaki harus kuat dan gagah. Anda perlu sentiasa berfikiran 
positif walau apa pun yang terjadi. Jangan terlalu mahu mengejar waktu 
sampai ke puncak atau mahu lekas turun. Ini akan meyebabkan mental 
terganggu dan anda tidak dapat fokus!
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu newbie sebelum memulakan sebarang aktiviti pendakian.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu newbie sebelum memulakan sebarang aktiviti pendakian.






















 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment