Friday 26 November 2021

BUKIT TUNGGAL, KAMPUNG GAJAH

Lokasi : Kampung Gajah, Perak

Ketinggian : 180 meter
Jarak : 1.75KM
Tahap kesukaran track pendakian 3/10 (sebab xdelah extrem sangat)
View 7/10

Assalamualaikum Gaisssss....
Jumaat Petang, Kak Amy tanya confirm ke nak Ke Bukit Tunggal.... On je... Lagipun dah lama plan mendaki Bukit Tunggal. Hakak pun tak penah lagi mendaki di sini... Walaupun bukitnye tak tinggi, ianya tetap rare kan.... Nahhhh!!.. Hakak bertolak dari rumah ke Kpg Gajah selepas solat subuh jam 6.10 pagi, terus ambil Kak Amy n Aus di Petronas... Bermulalah perjalanan kami ke Kpg Gajah ikut Tanjung Tualang...
Rancak bersembang sampai tidak terasa perjalanan ke Kpg Gajah... Adoii, kadang2 kita tak sedar dalam dok sembang2 kita dah redah semua tempat... Serupa dengan dunia hiking.. Kalau kita dok diam je masa hiking... Alamat pewai la kita... Cuba try borak2 atau Cerita hal Duniawi, confirm tak sedar dah sampai puncak gunung... Begitulah ceritanya... Dibawah map jalan ke Bukit Tunggal...

Singgah dulu untuk membeli kuih muih... Bolehlah bekelah @ breakfast kat atas... Perasaan tak sabar nak sampai di atas puncak....

Untuk ke sini, korang perlu mencari simpang bersebelahan dengan Pusat timbang RISDA Kg.Gajah.... https://goo.gl/maps/EsemNsHPSDT2  ( Klik di sini untuk jalan masuk)  dari Ipoh, sebelah Kanan... Kalau dari Kg Gajah, Sebelah kiri.... Sampai ke Pusat Timbang Risda, korang akan melihat kedai makan berhampiran pusat timbang tersebut... Di tepi kedai makan tersebut, terdapat laluan Jalan Tar... Jalan banyak lubang dan berlopak, berhati2 ya.... Jalan itu juga akan membawa kenderaan korang terus ke Kebun sawit, kawasan lapang tanah merah (https://goo.gl/maps/cZu8j7KtTxp) disini  bolehlah parking kereta, Insyallah selamat... (ada signboard bukit tunggal kat tapak parking)... Korang akan melalui ladang sawit.... 

Bukit ini dinamakan Bukit Tunggal oleh orang tempatan... Terletak di Tanjung Tualang , Kampung Gajah Dengan ketinggian lebih kurang 186 meter (Santai2 mak jemah) sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian, bagi yang baru nak berjinak2 tu, boleh lah datang ke sini....
Sambil tu dok bertik tok kan...

Bukit tunggal ini terletak dalam hutan simpan, jadi diharapkan sama-samalah kita menjaga alam sekitar dan khazanah yang ada ye.... Sila bawa keluar sendiri sampah-sampah yang kita buat semasa aktiviti di dalam hutan... Kalau taknak dilabelkan beruk ataupun ungke, sila simpan sampah ke dalam beg dan kemudian buang ditempat pembuangan sampah....

Trek disini sangat jelas lagi nyata (insyallah tak kan sesat punyer).. Sepanjang pendakian, dua bukit akan ditempuh. Bukit pertama trek kebanyakkannya jalan tar, dan bukit kedua jalan tanah merah...

Keadaan trek agak mencanak pada permulaan perjalanan, kemudian mendatar dan menurun... Sebelum sampai kepuncak sekali lagi trek mencanak.. Tetapi itu tak mengapa, yang pasti di puncak segala penat akan hilang dengan pemandangan yang sangat cantik (bergantung pada waktu pendakian)...




Pada masa dahulu, bukit ini pernah menjadi tempat riadah popular masyarakat setempat suatu masa dahulu (70an – 80an) 

Bukit Tunggal juga merupakan laluan perjalanan sejarah Sultan Pertama Perak dari Kampong gajah ke Tanah Abang dengan menunggang gajah... Ia juga selalu dikunjungi oleh persilat-persilat traditional ke kemuncaknya untuk mendalami ilmu-ilmu persilatan di zaman dulu...

Setelah sekian lama ditinggalkan maka keadaan bukit ini tidak seperti dahulu lagi...


Jika naik pada waktu pagi,  pemandangan berkabus dan sangat menyamankan. Beruntung jika dapat view awan karpet (ade ke? hahahaha)... Jika naik di waktu  petang, mungkin bolehlah menunggu pemandangan ‘sunset’ (Mungkin Cantik).
Terdapat juga khabar2 yang mengatakan oleh penduduk tempatan pasal bukit tunggal ni…. “Pak Belang di Bukit Tunggal ni memang ada, itu kata penduduk tempatan la.. Kesahihannya tak pasti, kena tanya penduduk tempatan yang dah lama menetap di situ..
Bab penunggu tu, susah nak cerita tapi memang wujud, Dimana2 pun ado kan....Kata2 dari penduduk yg lama tinggal berhampiran Bukit Tunggal... Harap berhati-hatilah ye bila mendaki ke Bukit Tunggal...

Sekian Dulu Cerita dari Hakak Kawasan ❤️❤️





No comments:

Post a Comment

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...