Assalamualaikum Para Hikers yang dikasihi, Gunung Bunga Buah ini hakak pergi tahun lepas. Tapi baru nak update Tahun 2023.. Banyak la lupa tentang selok GBB ini... Bebalik cerita GBB ini, Gunung
 Bunga Buah Genting Highland ini terletak di Genting Highland... Pasti seronok kan bila naik Gunung ini, nampak tersegam indah Genting Highland... Pasti seronok dan semangat nak naik... 
 
Ketinggian 
gunung ini ialah 1,430m / 4,690 ft... Jika dikira berdasarkan jarak 
perjalanan agak jauh. Lebih kurang 15kilometer ++ untuk pergi dan balik.
 Akan ambil masa yang lama untuk berjalan. Target waktu 4 jam pergi dan 4
 jam balik. Tapi hakak pula jam 4 ptg selamat turun....Naik ke Puncak
 Jam 9 am... Selalunya akan lebih mengikut cuaca....Contohnya trek yang 
becak dan keadaan trek yang licin...
  Altitude ~ 1430m
Altitude ~ 1430m 
 Elevation gain ~ 979m
Elevation gain ~ 979m Venue ~ Gohtong Jaya, Genting Highlands
Venue ~ Gohtong Jaya, Genting Highlands 
Alhamdulillah selamat naik dan turun GBB, 15km+ total journey from 9am to 04.00pm, merentasi 2 sempadan negeri
Seronok layan roller coaster track & ‘bajak’ all the way.. meriah dengan keluarga pacat yang agak ramah 
 The best part is mukadimah dia terus pacak ke atas, tak de discount.. hahaha & sejuk gigil macam puncak ala ala Panalaban.. Menyesal bawa windbreaker nipis 
Sekiranya nampak kedai ini, boleh letak kenderaan anda di kawasan 
sekitar. Laluan mula untuk hiking berada di belakang sebelah kiri dari 
gambar ini. Tempat letak kenderaan agak terhad. Lebih baik carpool untuk naik ke atas.  
Mula-mula terus pacak. Hahaha, nampak penat tu. Agak mengeluh 
sekiranya permulaan begini. Akan guna banyak tenaga dan tidak pasti sama
 ada boleh konsisten sampai ke puncak. Baru mula 5 minit awal sudah 
semput. Oleh kerana naik secara santai, maka ada peluang untuk relax and chill. 
Laluan permulaan agak santai. Akan melalui kawasan semak-samun. Jalan 
pula agak berbatu. Ibarat orang buat tar jalan tapi tidak siap. Batu 
pula besar-besar. Ambil masa dalam 45 minit juga perjalanan ini. Sebelum
 sampai ke satu simpang untuk mula mendaki.
 Dan …  dan … dan … laluan ini penuh dengan pacat. Hahaha. Seronok tengok
 pacat melekat di kasut masing-masing. Tegak-tegak je mencari laluan 
masuk ke dalam seluar ataupun stokin. Gunalah sebarang semburan anti 
pacat atau lain-lain.  
 Setelah masuk dalam laluan ini, fasa berjalan melenggang sudah tamat. 
Kumpul stamina siap-siap kerana akan terus mendaki tahap tiada diskaun. 
Nasib baik line up hebat. Secara tidak langsung kena perlu kejar mereka. Kurang berhenti. 

Ada punca air di atas cuma  tidak pergi ke tempat 
tersebut. Rasa cukup dua botol air mineral 1.5 liter dan sebotol air 100
 Plus 1.5 liter juga. Bawa air banyak-banyak jadi berat beg sahaja. 
Hahaha. Jenuh pikul sampai puncak. Sedikit demi sedikit minum. Lama kelamaan beg jadi ringan. 
Jahatkan trek di sini? Hahaha. Laluan banyak mendaki. Kemudian turun. 
Dan mendaki semula. Kemudian akan sampai di Rock Garden. Puncak Rock 
garden adalah lokasi yang sesuai untuk berehat dan kumpul tenaga.
Penat juga laluan untuk naik ke sini. Dia punya pacak
 ibarat naik Gunung Gap dan Ulu Semangkuk. Perjalanan pula ibarat naik Gunung Rajah. 
Dari Rock Garden ke puncak ambil masa dalam 1 jam perjalanan. Jadi, 
tidak berapa jauh. Sekiranya terasa pewai dan tidak mahu teruskan. Maka 
rugilah kamu. Hahaha. Sebab dekat sudah. Cuma penat sedikit kerana 
banyak mendaki juga. 
 Alhamdulillah sampai juga walaupun ada rasa hampir putus asa. Terasa jauh sangat perjalanan ini. Jalan perlahan tapi jangan berhenti. Seret kaki. Hahaha. 
Berkenalan dengan Kakak2 dari group lain di Gunung Bunga Buah
 Bawa bertenang dulu sebelum turun...
 Pendakian ini PADA 27 fEBRUARI 2022
 
No comments:
Post a Comment