Assalamualaikum Hikers ...
Assalamualaikum Hikers.. Dah lama tak memblog... 3 bulan kenangan Rinjani terpahat dalam hati.... Tetiber Kali ni terasa
semangat pula nak share trip pendakian Gunung Rinjani iaitu "The Second Highest Mountain in Indonesia, ekspedisi ini bertarikh 13-17 Julai 2024. Tapi
baru kali ini baru berkesempatan menulis dalam blog untuk kenangan dan sebagai
panduan untuk yang ingin mencabar diri mendaki Gunung Rinjani.
 Gunung Rinjani Terletak di Pulau Lombok, Gunung Rinjani juga merupakan gunung berapi 
kedua tertinggi di Indonesia dan sering menjadi tumpuan bagi 
pendaki-pendaki tempatan dan juga dari luar negara
Mempunyai ketinggian 3,726 meter dengan pemandangan yang cukup indah, 
pendaki dari Malaysia juga semakin ramai menjejakkan kaki ke sini 
menawan puncak gunung yang terletak di Lombok ini.Kami Seramai 20 dan Bersama Guide MORUGuide MORU
Along (Tok Ketua)
Kak Yah
Mama Gojes
Kak Su
Iema
Aris
Atun Ku Syg
Linda Gojes
Abam Omar
Abam Man
Kak Mira
Niena
Diella Hasan
Kak Mar
Kak Faz
John
Joe
Fyda
Farah

Perjalanan untuk menuju ke puncak ternyata bukanlah mudah, namun dengan 
kegigihan dan beberapa panduan, insyaAllah ia boleh jadi kenyataan. Berikut adalah tentatif semasa disana:
TENTATIF
Day1
KL-lombok international airport.
Singgah di bandar Mataram untuk beli barang keperluan.
Chek in hotel di senaru dan berifing
Day2
6:00 am:Sarapan dan bergerak di desa sembalun starting point(kaki gunung Rinjani).
Pendaftaran di Rinjani trek center Dan berfing laluan gunung..
7:00 am pendakian bermula
Pos 1 - pemantauan 1300meter • Pos 2 - Tengengean 1500meter • Pos 3 - Padang Balong 1800meter (lunch) • Kawah Plawangan 2 - Sembalun Crater Rim Camp 2639meter (bermalam di sini)..
Day3
1:30 am naik Puncak gunung Rinjani 3726 meter
7:30 am di jangka pendaki terakhir sampi puncak.
Turun ke pelawangan( makan tengahari)
Turun ke danau segera anak ( Hot spring)
Dan bermalam
Day4
Via Torehan
6:00 am sarapan 
7:00 am bergerak turun via torehan
Pos 3 - Mondok Lokak Pos 2 - Montong Satas 1500meter
Pos Windu 610meter - Rinjani Trek Centre via torean
Tiba di pintu Gerbang torean
DAY 5
Sarapan
7:00 am bergerak
Melawat Air Terjun Tiu Kelep & Air Terjun Sendang Gila
Shopping barang outdoor ( kalau sempat)
Bergerak balik ke airport dan bye2 Lombok
Tentatif ini hanyalah panduan dan akan berubah mengikut situasi semasa hari kejadian
Sebelum ke Trip Pendakian ke Indonesia, terlebih dahulu, mohon Travel Insuran. Penukaran matawang Ringgit Malaysia ke Rupiah Indonesia buat masa sekarang adalah RM280 untuk 1 juta rupiah.Perlu diingat bahawasanya pin plug elektrik di Indonesia adalah 
berkonsepkan ‘type C & F’. Sediakan ‘travel plug adapter’ dari awal.Kebanyakkan makanan di Lombok dijamu dalam keadaan pedas & tidak
 berkuah. Jaga pemakanan sedari awal untuk mengelakkan kesakitan perut 
yang ekstrim setibanya di basecamp.Pendakian dari Pos Sembalun ke Pos 2 boleh juga dengan menggunakan 
khidmat Ojek (teksi bermotor). Dapat menjimatkan sekurang-kurangnya 1 jam setengah waktu pendakian. Bayaran sekitar RP150,000-RP200,000.Jika tidak mahu menggunakan Ojek, perlu berjalan kaki dari Pos 
Sembalun melalui Pos 1 & 2. Perjalanan bersifat landai & 
mengambil masa sekitar 2 jam.Cuaca yang sangat terik & tiada pohon untuk berteduh mulai dari 
Pos Sembalun sehingga ke Pos 3. Pemakaian ‘sun block’ & topi ‘mortal
 kombat’ adalah sangat digalakkan.Terlampau banyak tahi lembu di sepanjang jalan antara Pos Sembalun 
hingga ke Pos 3. Elakkan terpijak untuk mengelakkan kemurungan di awal 
pendakian. Khidmat porter boleh digunakan untuk membawa barangan peribadi 
sehingga ke basecamp. Buatlah keputusan yang tepat samada mahu 
menggunakan khidmat porter. Sedari lebih awal ataupun kalian akan menanggung 
azab pendakian menuju ‘Bukit Penyesalan’ yang tidak terbayangkan oleh 
pemikiran manusia normal. Charge Porter dari Pelawangan ke Peak Rinjani RP250,000Porter akan berulang alik mengambil mata air di sekitar basecamp 
untuk kegunaan para pendaki beristinjak. Akan tetapi, penggunaan tisu 
basah juga tidak perlu diabaikan. Bawa secukupnya. Minta pendaki jangan buang merata-rata. Bawalah pulang tisu basah tu..Sediakan air minuman yang mencukupi untuk bekalan di basecamp Tasik Segara Anak pada 
hari pertama, kedua & ketiga (sekiranya melalui Jalur Torean). Sepanjang Pos terdapat jualan minuman dan makanan jika kehabisan bekalan.Tiada sumber elektrik di basecamp. Pastikan setiap pendaki membawa ‘powerbank’ sendiri.
Khidmat porter boleh digunakan untuk membawa barangan peribadi 
sehingga ke basecamp. Buatlah keputusan yang tepat samada mahu 
menggunakan khidmat porter. Sedari lebih awal ataupun kalian akan menanggung 
azab pendakian menuju ‘Bukit Penyesalan’ yang tidak terbayangkan oleh 
pemikiran manusia normal. Charge Porter dari Pelawangan ke Peak Rinjani RP250,000Porter akan berulang alik mengambil mata air di sekitar basecamp 
untuk kegunaan para pendaki beristinjak. Akan tetapi, penggunaan tisu 
basah juga tidak perlu diabaikan. Bawa secukupnya. Minta pendaki jangan buang merata-rata. Bawalah pulang tisu basah tu..Sediakan air minuman yang mencukupi untuk bekalan di basecamp Tasik Segara Anak pada 
hari pertama, kedua & ketiga (sekiranya melalui Jalur Torean). Sepanjang Pos terdapat jualan minuman dan makanan jika kehabisan bekalan.Tiada sumber elektrik di basecamp. Pastikan setiap pendaki membawa ‘powerbank’ sendiri.
Tiada tandas awam di basecamp. Yang ada hanyalah sebuah kawasan 
bertutup kain kanvas & digali lubang untuk tujuan melunaskan hajat. 
Perlu berkongsi dengan pendaki lain.Sekiranya perlu membuang air besar, kambuslah semula dengan tanah 
untuk mengelakkan bau-bauan yang tidak diingini terhidu di sekitar 
kawasan perkhemahan.
Selain tahi lembu, tahi manusia juga agak mudah untuk ditemui di 
kawasan bersemak. Biasanya berlapik dengan tisu. Elakkan memijak 
tisu-tisu sekiranya terjumpa di jalanan. Demi Tuhan, sesungguhnya 
kemurungan seminggu akibat terpijak tahi manusia lebih menyakitkan hati 
berbanding terpijak tahi lembu.DANAU  SEGARA  ANAK
Cuaca dingin membeku mula terasa sekitar pukul 6:30 petang. 
Penggunaan jaket tebal diwajibkan kecuali jika kalian berkulit seperti 
penguin.
Latihan stamina berintensiti tinggi seperti berjoging, turun naik 
tangga di tempat kerja, kardio workout, tersangatlah penting untuk menguatkan
 lagi daya tahan paru-paru. Elakkan sekadar melakukan latihan ringan 
seperti melompat bintang sehari 20 kali jika tidak mahu tertiarap awal 
untuk ke puncak.
Pendakian ke puncak akan melalui kawasan yang sangat berpasir.Penggunaan gaiter adalah wajib.
Kepenatan sebenar adalah apabila kalian melangkah 2 kali tetapi 
berterusan tergelincir semula ke bawah 1 kali akibat kurangnya tenaga 
geseran antara tapak kaki & pasir longgar untuk ke puncak. Banyakkan
 bersabar, mengucap & beristighfar. Ingat Tuhan.TOREAN , INDAHNYA KAMU
Matahari mula terbit pada pukul 5:30 pagi. Cuaca panas melampau 
bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga boleh menyebabkan muka kalian 
menjadi warna pink. Bawa sunblock atau tutup muka kalian.
Sekiranya kalian merancang untuk turun melalui Danau Segara Anak 
sebelum ke Jalur Torean, perlu dipastikan agar kalian tiba di puncak 
Rinjani sekitar 6 – 10 pagi & kembali semula ke basecamp sebelum 
pukul 2 petang.
Jaga stamina ketika mendaki ke puncak. Kawal langkah & 
pernafasan. Jangan berlumba dengan mat saleh. Dah tentu dorang menang. 
Hanya memenatkan diri sendiri sahaja.
Elakkan memakai kasut yang ketat ataupun terimalah akibat dan mungkin akan kehilangan kuku kaki setibanya di Malaysia.
Jika mahu kelihatan kurus, gunakan ‘wide lens 0.5x’ ketika mengambil
 gambar. Pegang & posisikan kamera sedikit tinggi separas leher 
& halakan lens kebawah kearah subjek. Ini adalah teknik yang biasa 
saya gunakan ketika masih lagi aktif menjadi jurugambar perkahwinan.
Nikmati pendakian bersama kawan-kawan sebaiknya... Jangan lupa menari yaaaa... Berjaya 
menawan puncak ataupun tidak bukanlah penentu segalanya. Keselamatan 
diri lebih utama. Tidak lari Rinjani dikejar. Ambil tahu tahap 
kecergasan korang semua & selamat berusaha.Jom Jalan-Jalan Jalan-Jalan di Kuta Mandalika
Jalan-Jalan di Kuta Mandalika
Desa Sade terletak di Kecamatan Pujut, Lombok Tengah, Provinsi Nusa Tenggara Barat. Desa Sade berada satu dusun dengan Desa Rembitan.
Jalan-Jalan di waktu Malam
Air Terjun Tiu Kelep & Air Terjun Sendang Gila
Air Terjun Tiu Kelep & Air Terjun Sendang Gila 
Tahniah kak, terbaik.. Saya suka baca blog akak.. hahaha bulan 6 tahun depan insyAllah saya ke Rinjani juga.
ReplyDeleteTERIMA KASIH FARUL.. GOOD LUCK TAU
ReplyDeleteInsyAllah, tq kak.
Delete