Wednesday, 8 April 2026

Gunung Hijau Pusing


Jalur ke puncak Gunung Hijau tidaklah sesukar mana, mungkin kerana ketinggiannya hanya 543 mdpl sahaja. Namun, jika pendaki bernasib baik, pemandangan di puncak ini mengalahkan 'view' gunung ketinggian 2000 meter. Kadang kala puncak Gunung Hijau ini diselaputi kabus yang kelihatan seperti awan carpet. 

LOKASI:
https://loc.wiki/t/88280712?wa=sc

Memandangkan Gunung Hijau ini tidak diselubungi kehadiran Pendaki, kerapkali hakak datang ke gunung ini kerana terasa tenang dan damai. Pendakian ke puncak mengambil masa sekitar 1-2 jam jika santai dari tokong kecil tempat parkir kenderaan motosikal.

Dari Tokong Kecil ke Trek nampak jelas dari starting point menyusuri laluan kiri kanan hutan sehingga berjumpa pokok besar dimana apek-apek tua berehat. Disana dihiaskan tanglung merah oleh apek-apek tua bergantung di atas pokok-pokok. 

Perjalanan diteruskan sehingga berjumpa kawasan rehat dimana bangku tempat berehat disediakan.. Disana berkumpul amoi-amoi cina sedang berehat dengan suara ketawa kesoronokan. Tak tahu apa yang diborakkan. Hakak hanya menyapa Morning je kat Amoi-amoi yang rancak bersembang.

Perjalanan diteruskan dengan bergerak agak perlahan. Takut lutut injured. Gunung Hijau ni rasa tenang sebab ketiadaan pendaki yang naik ke Gunung ini. 

Terasa hutan ni aku yang punya. Kemudian berjumpa Check Point dimana terjumpa buaian yang digantung di pokok. Apalagi, bertiktok la hakak .. Hahahhahahah. Selama 15 minit berehat, perjalanan diteruskan. 

Trek seterusnya, barulah trek akan naik mencanak hingga ke puncak sejauh hampir satu kilometer lebih. Agak mudah nak naik di sebabkan trek sudah di buat tangga dan hampir setiapnya hakak akan melangkah besar sehingga berjumpa pokok tumbang.


 Tidak kurang 10 minit, akhirnya tiba di puncak Gunung Hijau. Keadaan puncak yang agak luas selepas mendaki sejauh lebih dua kilometer setengah hanya disajikan permandangan awan dan kabus yang menutupi segenap ruang permandangan

Kami berehat dan menghabiskan masa sekitar dua jam di puncak Gunung Hijau ini. Merakam gambar sepuasnya. Setelah puas berehat dan menghabiskan masa di puncak ini, kami sepakat turun untuk makan di Kedai Mamak.

Aktiviti mendaki ni tak sama macam berlari atas jalan tar. 
Atas jalan tar ada semangat terus blh on. Risiko menyusahkan orang tak tinggi.
Tapi klau mendaki, tak cukup sekadar semangat berkobar2.

Persediaan mandatori sebelum korang nak mendaki…

Jangan hanya bawa semangat, tapi lupa bawa akal. Mendaki bukan jalan tar, silap gaya, bukan saja korang sengsara, orang lain pun kena tanggung risiko. Jadi, sebelum korang pijak trail, pastikan:

1. Fizikal cukup bersedia – kalau naik tangga dua tingkat pun dah semput, tolonglah fikir dua kali. Hiking bukan spa.

2. Mental kena kuat – bukan semua cerun tu ceria, bukan semua view tu healing. Ada masa gelap, licin, hujan, pacat, dan nyamuk buat kenduri.

3. Kasut dan gear bukan untuk OOTD – pilih yang sesuai, bukan sebab warna cantik. Tak ada guna lawa kalau tapak tanggal atau lutut longgar separuh jalan.

4. Tahu laluan, tahu batas diri – jangan follow membuta tuli. Study trek, tahu checkpoint, tahu bila nak undur.

5. Jaga mulut, jaga sikap – jangan jadi beban emosi pada group. Kalau letih, mengaku. Kalau tak mampu, jangan ego. Hiking ni teamwork.

6. Simpan tenaga untuk turun.. ingat, naik baru separuh cerita. Turun tu yang ramai underestimated.

7. Emergency ready – bawa ubat sendiri, makanan ringan cukup, air jangan kedekut. 
Harap tiada lagi yg akan sesat atau menyesatkan.

Maklumat Laluan:
๐Ÿšฉ Terletak di Pusing, Perak
๐Ÿšฉ Tahap Kesukaran: Mudah 3/10
๐Ÿšฉ Mula dan berakhir di titik permulaan yang sama
๐Ÿšฉ Ketinggian: 543 Meter
๐Ÿšฉ Hiking pusingan 8KM dalam 2.5 jam

Nota:
✴️ Letak kenderaan anda di lauan utama, Tempat letak kereta terhad
✴️ Pertama, anda akan melalui sebuah tasik dan ladang kelapa sawit.
✴️ Kemudian terus mendaki hingga ke puncak Pemandangan tersedia di Puncak
✴️ Tidak ramai pendaki semasa mendaki. 

Permit & Panduan:

๐Ÿงพ Ya diperlukan
๐Ÿฅท Tidak diperlukan

Lokasi Pangkalan Laluan:

๐ŸŒ Laluan Indah 1
๐ŸŒ GPS: 4.497194, 101.002604

Wednesday, 11 March 2026

Bukit Kepala Gajah, Lenggong

Assalamualaikum Hikers.. Pendakian kali ini hakak bawa ke Bukit Kepala Gajah, terletak di Daerah Lenggong. Ia merupakan salah satu destinasi alam semula jadi yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan pendaki yang mempunyai pemandangan yang memukau dan mempunyai cabaran tersendiri

TENTATIF BUKIT KEPALA GAJAH  225mt

(SUNRISE ATTACK)

4.30am- Berkumpul starting point di parkir bukit kepala gajah

5.00am- Briefing..Senaman..mula pendakian

6.00am- Puncak Bukit Kepala Gajah 

(Solat, layan sunset bergambar)

8.30am- Bergerak turun ke parkir

9.30am- Tamat pendakian Bukit Kepala Gajah

*masa bergantung kepada line up

*Mandatory item*

1. Kasut Hiking yang sesuai

2. Baju dan Seluar outdoor

3. Head Lamp (Wajib)

4. Beg 12L 

5. Water 2L 

6. Windbreaker

7. Ration Sendirian

8. Glove

Dikenali dengan bentuk puncaknya yang unik menyerupai “kepala gajah”, dan bukit ini bukan sahaja menawarkan pengalaman pendakian yang mencabar, tetapi juga keindahan panorama yang menakjubkan.

Dengan ketinggian sekitar 225 meter, Bukit Kepala Gajah menjanjikan pengalaman luar biasa yang sukar dilupakan.

Berikut jarak Kilometer
Ipoh - Bukit Kepala Gajah = 79.2 KM
Susur Keluar Lebuhraya K.Kangsar - Bukit Kepala Gajah = 42.5 KM
Lenggong - Bukit Kepala Gajah = 1.9 KM

https://maps.app.goo.gl/bQr9tgGrYb4fnqyA6

Seawal jam 4 pagi kami berkumpul di Dataran Lenggong dan bersiap kelengkapan pada jam 4.45 pagi. Kami diberi taklimat oleh Guide tempatan yang merupakan Malim Gunung Perak dan bergerak ke kaki Bukit pada Jam 5.00 pagi. Salah satu keistimewaan utama Bukit Kepala Gajah ialah formasi batu kapurnya yang dramatik, menjadikannya lokasi pendakian yang menarik bagi mereka yang gemar menerokai landskap berbukit.

Apabila berada di puncak, pendaki akan disajikan dengan pemandangan luas yang merangkumi pokok hutan yang menghijau, sungai yang berliku, serta perkampungan tradisional di kaki bukit.

Pemandangan ini menjadi lebih istimewa pada waktu matahari terbit dan terbenam. Ketika fajar menyinsing, kabus nipis yang menyelimuti kawasan sekitar mencipta suasana magis, sementara cahaya matahari keemasan pada waktu petang memberikan panorama yang memukau.

Tidak hairanlah, Bukit Kepala Gajah sering menjadi lokasi pilihan jurugambar alam semula jadi yang ingin merakam keindahan landskap di Daerah Lenggong ini.

Walaupun ketinggian Bukit Kepala Gajah tidak setanding gunung-gunung besar di Malaysia, pendakian ke puncaknya tetap memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Ia memerlukan kekuatan tangan untuk memegang tali dan kasut yang sesuai untuk mendaki. Batu granit yang tajam dan sangat licin membolehkan ianya terlepas sekiranya tidak memegang terlalu kuat tali yang diikat dan disediakan.

Laluan ke puncak adalah berbatu dan agak curam, dengan beberapa bahagian yang memerlukan pendaki perlu berhati-hati mengikut laluan yang telah disediakan.

Pendakian ini mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit, bergantung kepada tahap kecergasan individu.

Disebabkan keadaan laluan yang mencabar, pendaki digalakkan memakai kasut yang sesuai dan membawa sarung tangan untuk perlindungan tambahan. Selain itu, air yang mencukupi dan pakaian yang selesa amat penting bagi memastikan pendakian berjalan lancar.

Bagi pendaki yang pertama kali ingin menawan Bukit Kepala Gajah, adalah disarankan untuk menggunakan khidmat pemandu arah tempatan(Malim Gunung Perak) yang lebih berpengalaman dan mengetahui laluan terbaik.

Bukit Kepala Gajah bukan sahaja terkenal dengan formasi batu kapurnya, tetapi juga dengan ekosistem semula jadinya yang kaya. Sepanjang laluan pendakian, pendaki berpeluang melihat pelbagai spesies flora seperti pokok renek, bunga liar, serta lumut dan paku pakis yang tumbuh subur di celah-celah batu.

Dari segi fauna, kawasan ini menjadi habitat bagi pelbagai spesies burung, rama-rama, dan serangga eksotik.

Kadangkala, pendaki juga berpeluang melihat kelibat tupai atau cicak batu yang menjadikan kawasan berbatu ini sebagai tempat tinggal mereka. Bagi peminat fotografi hidupan liar, Bukit Kepala Gajah menawarkan banyak peluang untuk merakam keunikan flora dan fauna tempatan

Jika anda merancang untuk mendaki Bukit Kepala Gajah, berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu:

  • Pilih waktu yang sesuai – Waktu terbaik untuk mendaki ialah pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan cuaca panas.
  • Gunakan pakaian dan kasut yang sesuai – Kasut mendaki dengan cengkaman yang baik adalah penting kerana laluan berbatu boleh menjadi licin, terutama selepas hujan.
  • Bawa air secukupnya – Tiada sumber air di sepanjang laluan pendakian, jadi pastikan anda membawa bekalan air yang mencukupi.
  • Jangan mendaki bersendirian – Demi keselamatan, lebih baik mendaki bersama rakan atau dalam kumpulan.
  • Patuhi etika pendakian – Jangan membuang sampah merata-rata dan hormati alam sekitar bagi memastikan kelestarian Bukit Kepala Gajah terjaga untuk generasi akan datang.
 Wajah-wajah ceria
(Adel, Lin & Diella Hasan)

Mulai pagi dengan penuh rasa syukur kepada Allah SWT atas setiap napas yang masih dapat dihirup hari ini.

Ya Allah, limpahkan segala berkah dan kebaikan-Mu di pagi yang cerah ini

Bukit Kepala Gajah
Kicauan burung terdengar merdu
Menandakan adanya hari baru
Indahnya alam ini membuatku terpaku
Seperti dunia hanya untuk diriku

Wahai pencipta alam
Kekagumanku sulit untuk kupendam
Dari siang hingga malam
Pesonanya tak pernah padam

Desiran angin yang berirama di pegunungan
Tumbuhan yang menari-nari di pegunungan
Begitu indah rasanya
Bak indahnya taman di syurga


 

Thursday, 5 February 2026

Gunung Silipat, Betong

 Assalamualaikum Hikers

Kali ni hakak nak bawa korang naik satu Gunung yang sememangnya famous sejak dulu yang berada di Thailand.. Apa yang uniknya tentang Gunung ni sangat terkenal dengan view awan gebu yang superb & bekepok kepok! Walaupun sudah pergi, tapi masih merindui awan yang mempesona  pastinya menarik minat pendaki-pendaki yang mengejar view apabila tiba di puncak Gunung Silipat ini.

 Berikut merupakan itineri Gunung Silipat:-

ITINERI MT SILIPAT
Hari Pertama
✅6:00Am - Berkumpul di petronas, Pengkalan Hulu 
✅7.30am- Skywalk Ayerweng
✅10am.. Waterfall King Rama
✅12.30pm - Bergerak ke checkpoint untuk menaiki powil. 
✅1.30pm - Menaiki powil ke starting point 
(5-6km)
✅2.30pm - Start hiking
✅4pm - Sampai ke campsite 
(Agihan tent dan rest)
✅6:00pm - Hike ke peak untuk sunset 
(15-20minit hike)
✅7:15pm - Turun ke campsite (solat/dinner)
✅9pm- BBQ
✅11:00pm - Free and easy❤️

Hari Kedua
✅6:00am - Start hiking
✅6:20am - Tunggu sunrise dan bergambar
✅7:00am - Breakfast 
✅10:00am - Turun Ke Campsite & packing barang untuk turun. 
✅11:00am - hiking turun
✅12:00am - TAMAT
Gunung ini sesuai didaki pada sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak untuk mendaki gunung. 
Sebelum ke Gunung Silipat, hendaklah mengisi borang imegresen sebelum masuk Thailand agar urusan kemasukan di Thailand berjalan dengan lancar (3 hari sebelum ke Thailand)
DAN 
Insuran kereta

Pengumuman Penting untuk Pelancong ke Thailand!
Mulai 1 Mei 2025, semua warganegara bukan Thailand yang memasuki Thailand diwajibkan untuk menyelesaikan Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) secara dalam talian sebelum ketibaan.
Sila daftarkan diri anda dalam masa tiga hari sebelum ketibaan anda.
1. Log masuk ke portal: 
https://tdac.immigration.go.th/arrival-card/#/home
Semasa ketibaan, tunjukkan email pengesahan dan dokumen perjalanan anda kepada pejabat imigresen di kaunter untuk pengesahan.

Gunung Silipat ini terletak di Betong, Selatan Thailand (Yala). Gunung ini terkenal dengan pemandangan awan carpet (awan nano). Malah, ia adalah tempat terbaik untuk kita melihat awan carpet kerana dapat lihat pemandangan 360 darjah mengelilingi puncak gunung. Ketinggian Gunung ini adalah setinggi 607 meter, sangat sesuai untuk pendaki baru. Terdapat beberapa Campsite yang boleh digunakan untuk ke Gunung Silipat, antaranya Punapa Campsite dan Prakytip Campsite. Kami memilih Prakytip Campsite kerana senang mendaki terus ke puncak.

Perjalanan kesini mengambil masa 4 jam perjalanan dari Ipoh. Kami bertolak menaiki kereta pada pukul 11.00 malam dan tiba di sempadan lebih kurang pukul 4.00 pagi. 

Semua peserta bersiap-siap dengan pakaian hiking dan peralatan di Masjid Grik sebelum masuk ke imigresen Malaysia-Thailand. Bagi yang bawa kenderaan, diingatkan bawa 

1. Geran Kereta (Sijil Pemilikan Kenderaan/VOC)
Tanpa dokumen ini, anda tidak akan dibenarkan masuk ke Thailand bersama kenderaan tersebut. 
2. Pasport 
3. Insuran Kenderaan Thailand
4. Lesen Memandu 
5. Borang TM2 & TM 3
(Borang ini dipanggil Penyampaian Maklumat
TM.2 Ia digunakan secara khusus untuk mengisytiharkan kenderaan yang anda bawa ke Thailand)

TM3 Merujuk pada borang maklumat penumpang yang perlu diserahkan untuk urusan imigresen di Thailand.

Setelah memasuki sempadan Thailand dari Pengkalan Hulu Perak, perjalanan diteruskan   ke kawasan Skywalk Ayerweng. Setibanya disana, kami menaiki powil untuk naik ke atas dengan bayaran 30 Baht seorang. Setibanya di atas, bayaran dikenakan 200 Baht dan 30 Baht (Stokin)
Selesai berhealing di Skywalk, kami meneruskan perjalanan untuk makanan tengahari. Selesai makan, kami menuju ke Air Terjun Chaloem Phra Kiat King Rama. Masuk ke ke air terjun ini percuma dan jarak tapak parkir ke air terjun ini sekitar 400 meter. Jalur jelas dan terdapat penjaga dan kemudahan asas seperti tandas. 

Selesai bermain di Air Terjun King Rama, kami menuju ke kewasan letak parking kereta di kawasan yang selamat oleh Guide & Gogo kami. Selesai berkemas barang2 , Group hiking dan Group Powil menuju ke Basecamp 
Gunung Silipat. Perjalanan Group Hiking selama 1 jam 30 minit dan Group Powil 
selama 45 minit. Teruja dan rasa tak sabar! hahaa.. 

Pertengahan jalan masuk jalan hutan.... ha rasakan!...

Pengalaman naik powil ni memang agak thrill! Dah macam ikan sardin bersesak dengan backpack yang menimbun. Sebabnya jalan hutan dia untuk menuju ke starting point untuk hiking agak mencabar, sempit dan curam. Memang rasa nak tergolek & macam sikit lagi dah nak masuk gaung! 

Perjalanan amat menguji di saat terhuyung hayang mengikut ayunan powil. Kadang senget ke kiri, senget ke kanan, kadang mencanak ke atas dan paling terseksa bila terpaksa menunduk dan mengelak kepala dari ranting dan daun-daun pokok. Sakit wehh kalau tergesel dan tak sempat mengelak dari terkena dengan pokok-pokok di tebing.

Macam-macam drama atas powil tuh! Memang seram! Kami naik powil lebih kurang 45 minit yang sungguh mendebarkan! hahaaa 

Tahap kesukaran gunung ini di skala 3/10 tetapi skala ini mungkin berbeza mengikut tahap individu. Waktu tempatan (Betong ) juga berbeza 1 Jam dari waktu Malaysia. Jadi rancang perjalanan anda.

Hiking lebih kurang 1 jam 30 minit untuk ke kem site. Trek dia mula-mula dia dah bagi pacak tak de diskaun! Lepas tu, mendatar sikit, ada naik turun bukit. Lalu di kawasan kebun dan ladang getah.
▶︎ Terdapat banyak akar pokok yang licin di sepanjang jalan, jadi anda perlu memakai kasut hiking dengan geseran yang baik.
▶︎ Akan ada jalan batu apabila menghampiri puncak
gunung. Anda perlu berhati-hati apabila naik dan turun.
▶︎ Hanya mengambil masa kira-kira 20-30 minit dari
kem ke puncak gunung.
Terdapat juga kedai runcit di kawasan perkhemahan akan tetapi tiada punca air di kawasan perkhemahan ini dan tandas juga tidak dibenarkan mandi.
Lepas kemas barang-barang dalam khemah, kami bergerak menuju ke puncak. 

Mari-mari Acik sediakan Makanan.
Mari amik sorang satu

Ohhhh Oyennn

Gunung Silipat terletak di Betong, Selatan Thailand. Ia juga dikenali sebagai IyerWeng atau “Lautan Kabut”. Gunung ini terkenal dengan tarikkan Awan Carpet atau Awan Nano. Malah, ia adalah tempat yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang melihat awan karpet secara 360 darjah mengelilingi puncak gunung.
Kami Makcik makcik

Gunung ini setinggi 607 meter, dan sangat sesuai untuk semua lapisan pendaki lama atau baru. Jarak Campsite ke Puncak hanyalah sekitar 100meter sahaja.
Kalau siapa pernah hike Gunung Silipat, mesti tahu tentang satu kucing oyen ni. Diberi nama Segha. Kucing ni sebenarnya kucing orang thai di kampung yang hilang, oyen berjalan sehingga la sampai di campsite Gunung Silipat dan duduk je situ dah nak tiga tahun dekat situ.

Ketahui sebelum naik ke Puncak

  • ❤Pertimbangkan untuk melawat semasa bulan sabit untuk pemandangan lautan awan yang optimum
  • ❤Pandulah SUV atau bersiaplah untuk jalan sempit dan curam untuk sampai ke tapak perkhemahan
  • ❤Untuk pengalaman yang kurang sesak, lawati pada hari bekerja awal pagi sebelum matahari terbit
  • ❤Bawa sarung tangan untuk penurunan yang lebih selamat menggunakan tali dan pakai jaket angin untuk kesejukan pagi.
Jadi setiap hari, akan ada Guide Gunung ni bagi oyen makan. Kalau hujung minggu, tiap orang datang, bagi dia makanan. Ada rezeki, dapat la ayam BBQ dari group yang datang ke campsite.
Bersama Oyen bersama Awan Karpet 
Nano Nano

Gunung Hijau Pusing

Jalur ke puncak Gunung Hijau tidaklah sesukar mana, mungkin kerana ketinggiannya hanya 543 mdpl sahaja. Namun, jika pendaki bernasib baik, p...