Thursday 18 January 2018

Gunung Baha, Ayam, Stong - Jelawang, Kelantan



Explorasi Mendaki 3 Puncak - Gunung Baha, Gunung Ayam Dan Gunung Stong



Assalamualaikum, kali ni hakak mendaki di 3 Puncak 
Gunung  iaitu Gunung Baha,  Gunung Ayam & Gunung Stong... Pengalaman pendakian yang begitu mencabar selama berejam2 mendaki dan tak mungkin dilupakan dengan keindahan Air Terjun Jelawang yang menjadi cukup terkenal ....

 Ia merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara sehingga di saat menunggu sunrise di awal pagi di Kem Baha dimana dihidangkan dengan pemandangan himpunan lautan awan kapet sehingga membentuk negeri di atas awan, sambil melihat terbitnya pancaran cahaya matahari kemasan di sebalik awan dan cukup mengagumkan seolah-olah berada di atas kayangan dan menjadi kenangan terindah yang cukup sukar dilupakan hakak sampai bila2....
 
· Ketinggian : Kem Baha 463 meter, Gunung Baha 1,450 meter, Gunung Ayam 1,550 meter, Gunung Stong 1422 meter
· Lokasi : Jelawang (Kelantan)
· Kebiasaanya 3 Hari 2 Malam
· Jarak : Lempat Letak Kereta - Camp Baha 3.4 KM, Camp Baha – Gunung Baha – Gunung Ayam – Gunung Stong – Camp Baha 14.4 KM, Camp Baha – Lempat Letak Kereta 3.4 KM

 
Berikut Tentatif Perjalanan
 12-14 Januari 2018:
 Hari  1:

*  Mendaki ke Kem Baha – Jangkaan 1Jam 30 Minit / 2 Jam
(Hakak smpai 1 Jam 30 Minit)

Hari 2:
*  Mendaki ke Gunung Baha, Gunung Ayam, Gunung Stong – Jangkaan 10~12 Jam
(Hakak Start Hike 8.30 pg - 7.30 mlm)

Hari   3:
* Seeloknya Pulang Lebih Awal
* Kem Baha ke Tempat Park Kereta – Jangkaan 45 Minit - 1 Jam



Daripada starting Point menuju ke Kem Baha dianggarkan lebih kurang 1 jam 30 minit secara santai-santai, dimana permulaan pendakian melalui kawasan Chalet yang ditinggalkan dan seterusnya di pertengahan jalan kami melintasi sungai menyusuri batu-batuan besar untuk menuju ke air terjun seterusnya dimana jalan berlatar belakangkan air terjun Jelawang untuk menuju ke trek ke seberang yang bestnya semasa kita melintas di bawah air terjun terasa titihan air terjun terkena muka hasil daripada tiupan angin cukup menyegarkan. Daripada sini hendak menuju ke Kem Baha sudah tidak jauh tapi cabarannya pula sudah mula melalui trek yang agak mencabar dan sedikit mencanak dimana mental dan semangat teamwork sudah mula memainkan peranan untuk support each other supaya jangan mudah give up di pertengahan jalan.




Disaat muka keletihan, kami yg terawal sampai dulu di Kem Baha... Hakak bersama Mei & Yati



Seawal Jam 5.30 pagi hakak bangun dengan semangat untuk bangun daripada tidur supaya tidak terlepas menyaksikan pancaran cahaya kemasan matahari terbit daripada Kem Baha di antara lokasi untuk menyaksikan himpunan awan karpet terbaik di Malaysia, lebih kurang 6.30 pagi siap2 mandi  menuju ke di tebing batu dimana disini puncak air terjun jatuh ke bawah, memang pada mulanya agak scary dan gayat apabila sekali sekala melihat ke bawah memang curam tapi keindahan sunrise mengatasi segala-galanya dimana sedikit demi sedikit perasaan gayat itu hilang...




Antara tempat yang hakak mendaki yang belanja pemandangan awan kapet cukup cantik Subhanallah syukur pada mu Allah, berikan kesempatan kepada hambamu untuk melihat keindahan bumi ciptaanmu! 

Tak terkata keindahannya melihat kepulan-kepulan awan menutup pemandangan kampung-kampung di bawah sana seolah-olah berada di kayangan, sambil melihat sedikit demi sedikit cebisan-cebisan cahaya matahari keemasan mula keluar mewarnai kegelapan malam di sebalik himpunan awan karpet. 




Lebih kurang sejam lbh hakak lepak di tepi tebing air terjun, hakak terus menuju ke khemah untuk Sarap  kepada Team Memasak Kak Iza yang sedap Giler dan  menu pada pagi itu ialah  Kuewtiow Goreng bersama Teh O Panas dan Dorg siapkan tapaukan untuk kami mendaki lagi iaitu Nasi Puteh dan Ayam & Sayur Goreng ....... Sesungguhnya jasa Kak Iza dan All adik2 cun melecun memasak buat kami semua sangat dikenang sampai bile2...


 Starting memanaskan badan dan sedikit taklimat ringkas oleh abang guide iaitu Abg Man n pembantu beliau Opi, kami mula bergerak menuju ke Puncak Baha yang dianggarkan mengambil masa selama 5 ke 6 jam. 


  
Salah satu sungai / water point menuju 
ke Puncak Baha.. Singgah amik Air... 




Pendakian ke Puncak Baha ni bagi aku amat jauh dan panjang! Trek dia pun memang tegak dan pacak. Bila dah start pewai, jalan macam tak sampai-sampai jer..... 4-5 jam weyhhhhh



Line Up Padu (7 orang) Kanan sekali yang tak belenggan tu guide ke 2 kami iaitu Opi.....



Akhirnya selepas 8.30 am-12.50 tgh hari 4 jam setengah lebih hakak mendaki yang melelahkan, akhirnya sampai jugak di Puncak Baha! Perut pun dah mula melagukan rentak K Pop..... So lepak dulu kat sini makan lunch pack yang kami bawa tadi......



Teruskan perjalanan menuju ke Puncak Ayam... Hujan mulai turun masa ni...



Suasana dalam hutan ni sungguh mengasyikkan dengan kicauan burung dan unggas-unggas tetapi ia juga merupakan habitat bagi haiwan-haiwan liar seperti gajah, tenuk, tapir, merak dan harimau.

Dari Baha ke Ayam hanya memakan masa kurang sejam perjalanan. Tapi trek dia menaik jer... Pacak 360.... Di antara puncak Baha dan puncak Stong, Puncak Ayam ni merupakan puncak tertinggi yang kami daki. Ketinggian Gunung Ayam ialah 1504 meter iaitu 70 meter lebih tinggi dari Gunung Stong....




Melalui pembacaan Hakak, di puncak Gunung Ayam ni adalah tempat Puteri Saadong bertapa dan memencilkan diri selepas beliau meninggalkan bukit Marak setelah kematian suaminya, Raja Abdullah. Disini juga adalah tempat bersemayam almarhum bondanya iaitu Cik Siti Wan Kembang.



Di Gunung inilah Puteri Saadong dikatakan bertindak menghilangkan diri. Hingga kini jejaknya tidak dapat dikesan. Amat menarik jika baca kisah sejarah dan lagenda pemerintahan negeri Kelantan ni...

Gunung Ayam 1560M checked! Pada zaman dahulu, Gunung Ayam dikenali sebagai Gunung Chinta Wangsa.

 
Pendakian diteruskan ke Puncak Stong.... Sepanjang pendakian, sempat usha adik2 hakak..... Semua penat memang tak tak terkata la.....Kaki dan peha dah start sengal-sengal dan lenguh!..




Pendakian ke puncak gunung Stong agak memenatkan kerana terpaksa berdepan dengan trek yang sentiasa mencanak hingga ke puncak dan penuh dengan cabaran. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kental. Jalan-jalan yang harus ditempuhi penuh dengan ranjau yang menggugat kesabaran, namun pendaki-pendaki akan disajikan dengan udara sejuk yang nyaman dan segar. 



Hakak n line up selamat tiba di puncak Gunung Stong pada jam 4.00 petang.... Puncak Gunung Stong adalah merupakan satu batu yang amat besar. So dalam bahasa inggeris batu adalah stone, jadi orang kelantan panggil stone tu sebagai stong. Begitulah gunung ni mendapat nama....



Tahniah kepada lineup padu Mey, Anip, Ju, Azrol, Along & Yati yang berjaya tapau 3 puncak iaitu Gunung Baha dengan ketinggian 1,450 meter, Gunung Ayam, 1,500 meter dan Gunung stong 1,422 meter dari aras laut..... Terbaik semua...

Hokey Jom Balik .... Pulang dari Puncak Stong jam 5.00 petang



Turun pulang dengan hujan renyai sempat hakak singgah Gua yang indah serupe tempat Bunian je... dari celah2 gua, ade air terjun turun....

Dari Puncak Stong, mmg perjalanan  akan menurun sahaja. Lutut aku sampai dah loggar dah & kaki hampir krem. Alhamdulillah kami telah sampai ke camsite pada pukul 7.30 malam. Pewai terok masing2! hahaa.. Total hike lebih kurang 11 jam. Satu pencapaian untuk kami. Congrats to all the Hikers Padu...

Besok lepak Air Terjun Stong Pulak....



Untuk pengetahuan hampa air terjun Jelawang terdiri dari 7 tingkat dan di setiap tingkat terdapat banyak kolam mandi dan tempat menggelungsur. Di salah satu tingkat, berdekatan Kem Baha terdapat kolam yang di panggil kolam Tuan Puteri. Kira-kira setengah jam trekking dari kem ini pula akan jumpa pula Telaga Tujuh dimana terdapat deretan kolam-kolam kecil yang kesemuanya berjumlah tujuh.....



Aktiviti santai-santai mak jemah.....


 Dari atas Puncak....  2 jam lepak disini... Seterusnya hakak balik ke khemah utk siap pulang turun.... Bantu Kak Iza masak menu paling sedap didunia.... Nasi Lemak, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Sayur Campur & Tempoyak Patin.......



Terima Kasih Cik Kasut2... Sampai jugak kami ke 3 Gunung iaitu Gunung Baha dengan ketinggian 1,450 meter, Gunung Ayam, 1,500 meter dan Gunung stong 1,422 meter daripada aras laut,  sukses dengan jayanya !


 
~~ ThE ENd ~~

3 comments:

  1. assalamualaikum? sy dpt contact pemilik blog ini?
    no sy 0135016497

    ReplyDelete

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...