Jalur ke puncak Gunung Hijau tidaklah sesukar mana, mungkin
kerana ketinggiannya hanya 543 mdpl sahaja. Namun, jika pendaki bernasib baik,
pemandangan di puncak ini mengalahkan 'view' gunung ketinggian 2000 meter.
Kadang kala puncak Gunung Hijau ini diselaputi kabus yang kelihatan seperti awan carpet.
LOKASI:
https://loc.wiki/t/88280712?wa=sc
Memandangkan Gunung Hijau ini tidak diselubungi kehadiran Pendaki, kerapkali hakak datang ke gunung ini kerana terasa tenang dan damai. Pendakian ke puncak
mengambil masa sekitar 1-2 jam jika santai dari tokong kecil tempat parkir kenderaan motosikal.
Dari Tokong Kecil ke Trek nampak jelas dari starting point menyusuri laluan kiri kanan hutan sehingga berjumpa pokok besar dimana apek-apek tua berehat. Disana dihiaskan tanglung merah oleh apek-apek tua bergantung di atas pokok-pokok.
Perjalanan diteruskan sehingga berjumpa kawasan rehat dimana bangku tempat berehat disediakan.. Disana berkumpul amoi-amoi cina sedang berehat dengan suara ketawa kesoronokan. Tak tahu apa yang diborakkan. Hakak hanya menyapa Morning je kat Amoi-amoi yang rancak bersembang.
Perjalanan diteruskan dengan bergerak agak perlahan. Takut lutut injured. Gunung Hijau ni rasa tenang sebab ketiadaan pendaki yang naik ke Gunung ini.
Terasa hutan ni aku yang punya. Kemudian berjumpa Check Point dimana terjumpa buaian yang digantung di pokok. Apalagi, bertiktok la hakak .. Hahahhahahah. Selama 15 minit berehat, perjalanan diteruskan.
Trek seterusnya, barulah trek akan naik mencanak hingga ke puncak sejauh hampir
satu kilometer lebih. Agak mudah nak naik di sebabkan trek sudah di buat tangga
dan hampir setiapnya hakak akan melangkah besar sehingga berjumpa pokok tumbang.
Tidak kurang 10 minit, akhirnya tiba di puncak Gunung Hijau. Keadaan puncak yang agak luas
selepas mendaki sejauh lebih dua kilometer setengah hanya disajikan
permandangan awan dan kabus yang menutupi segenap ruang permandangan
Kami
berehat dan menghabiskan masa sekitar dua jam di puncak Gunung Hijau ini.
Merakam gambar sepuasnya. Setelah puas berehat dan menghabiskan masa di puncak
ini, kami sepakat turun untuk makan di Kedai Mamak.

Aktiviti mendaki ni tak sama macam berlari atas jalan tar.
Atas jalan tar ada semangat terus blh on. Risiko menyusahkan orang tak tinggi.
Tapi klau mendaki, tak cukup sekadar semangat berkobar2.
Persediaan mandatori sebelum korang nak mendaki…
Jangan hanya bawa semangat, tapi lupa bawa akal. Mendaki bukan jalan tar, silap gaya, bukan saja korang sengsara, orang lain pun kena tanggung risiko. Jadi, sebelum korang pijak trail, pastikan:
1. Fizikal cukup bersedia – kalau naik tangga dua tingkat pun dah semput, tolonglah fikir dua kali. Hiking bukan spa.
2. Mental kena kuat – bukan semua cerun tu ceria, bukan semua view tu healing. Ada masa gelap, licin, hujan, pacat, dan nyamuk buat kenduri.
3. Kasut dan gear bukan untuk OOTD – pilih yang sesuai, bukan sebab warna cantik. Tak ada guna lawa kalau tapak tanggal atau lutut longgar separuh jalan.
4. Tahu laluan, tahu batas diri – jangan follow membuta tuli. Study trek, tahu checkpoint, tahu bila nak undur.
5. Jaga mulut, jaga sikap – jangan jadi beban emosi pada group. Kalau letih, mengaku. Kalau tak mampu, jangan ego. Hiking ni teamwork.
6. Simpan tenaga untuk turun.. ingat, naik baru separuh cerita. Turun tu yang ramai underestimated.
7. Emergency ready – bawa ubat sendiri, makanan ringan cukup, air jangan kedekut.
Harap tiada lagi yg akan sesat atau menyesatkan.
Maklumat Laluan:
๐ฉ Terletak di Pusing, Perak
๐ฉ Tahap Kesukaran: Mudah 3/10
๐ฉ Mula dan berakhir di titik permulaan yang sama
๐ฉ Ketinggian: 543 Meter
๐ฉ Hiking pusingan 8KM dalam 2.5 jam
Nota:
✴️ Letak kenderaan anda di lauan utama, Tempat letak kereta terhad
✴️ Pertama, anda akan melalui sebuah tasik dan ladang kelapa sawit.
✴️ Kemudian terus mendaki hingga ke puncak Pemandangan tersedia di Puncak
✴️ Tidak ramai pendaki semasa mendaki.
Permit & Panduan:
๐งพ Ya diperlukan
๐ฅท Tidak diperlukan
Lokasi Pangkalan Laluan:
๐ Laluan Indah 1
๐ GPS: 4.497194, 101.002604