Monday 29 January 2018

Explorasi Royal Belum



Assalamualaikum Semua.. Kali ni Hakak becerita tentang hakak pergi Royal Belum pada minggu ke 3 Bulan Januari Selepas Buat Trans Jelawang di Gua Musang...  Hakak terjah lak ke Tasek Banding....  ROYAL BELUM ni terletak di Gerik, Perak, sinonim dengan kenyamanan udara dan kehijauannya yang memukau. Selain berstatus antara hutan tertua di dunia, Royal Belum juga merupakan hutan yang masih dara....


Perjalanan bermula seawal 11 pagi menuju ke jeti. Setelah sampai di jeti kami pun begegas nak ke House Boat yg sedang menunggu hakak n gang smua.... Perjalanan menaiki bot memakan masa lebih kurang 4 jam setengah utk sampai ke destinasi iaitu tempat bermulanya satu perjalanan kawan2 hakak memancing.... Gambar house boat akak tu tempatnya berlabuhnya dan perhentiannya di hujung sekali.. Ntah la, hakak pun x pasti.. Tapi layan je la keindahan sekeliling... 
Cantik Bakkkk Ang....


Hakak dah tukar baju masa ni.... Teruja sangat nak dok depan skli.. Air tasek dok merecik ke muka hakak masa otw ke tempat dituju...


Hakak test power nak drive... Layan je la..

Explorasi hakak ni seramai 24 orang dan ditemani oleh 4 orang guide berlesen. Boleh dikatakan kesemua jemaah adalah pemancing tegar dari pelbagai latar-belakang... Kecuali hakak je la yg bukan pemancing tegar.... Tapi layan je la kan.... Janji dapat tgk Hutan disekeliling hakak... Selain dari memancing, boleh jugak layan kayak Buluh.... Layan gila rasanya dok atas Air...


Ni kes Hakak dah bosan tunggu orang laki g Mancing ngan boat... So hakak ajak Ana layan hakak.... Hahahhahahaah... Ana layan je kak dia ni... So akak pandu okey...... 


Merayau2 je la kami berejam2... Dah tak takut langsung Binaatang beso kat bawah tu... Scary kalau dengar Ikan makan orang... Tapi ape de hal... Belasah aje.... Kes Bosan kan...



Layan je la... Nampok dok muke penuh ceria men Ayor

Meh Hakak nak cerita tentang Royal Belum ni.....
Royal Belum ni sebenarnya antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia dan dikatakan lebih tua dari hutan amazon....And Sebahagiannya adalah hutan Royal Belum/Temenggor yang merangkumi sehingga sempadan Thailand dan bersempadan dengan negeri Kelantan..... Hutan Royal belum ini diwartakan di bawah enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak..... Di dalam taman negeri Royal Belum ini, kalau tak silap hakak  hanya kaum orang asli suku Jahai sahaja yang menetap di hutan ini dan mereka juga adalah sebahagian dari khazanah Royal Belum. 
Setelah diwartakan dalam tahun 2003, beberapa buah kem askar telah diwujudkan di dalam hutan ini untuk menjaga khazanahnya dari diceroboh. Orang awam yang ingin trekking, camping atau membuat kajian di sini hendaklah memohon kebenaran dari jabatan taman negeri dan haruslah ditemani guide yang berdaftar dengan jabatan dan jika ingin trekking lebih jauh, pengunjung perlu membawa renjer hutan bersama..... 


Pada zaman komunis sekitar tahun 60'an, Hutan Belum ini merupakan salah satu kem terbesar mereka dan diwartakan sebagai kawasan hitam pada zaman itu..... Hutan Royal Belum ini kaya dengan flaura dan faunanya, namun bagi hakak, pemburu2 haram dan sindiket underground yang mengaut hasil dari hutan ini tidak dapat dikawal dek kerana tebal dan luasnya hutan Royal Belum ni.....
Ni muke tak sabooo deme nak nangkap ikan... Hakak mampu bagi semangat tangkap byk2 ye.....Selain 3 bot kecil di belakang House Boat, rakit jugak berada sekali di sebelah belakang House Boat.... 
Muke Gembira sronok dapat Ikan...


Time makan Hakak makan... Kat atas boat ni tak payah riso tentang makanan.... 24 Jam makan saja pun....


Muke semangat nak mancing..... Dok belek batang pancing... Tengok Umpan....
Bermalam di tengah tasik atas rumah bot pada waktu malam juga pengalaman menyeronokkan lebih-lebih lagi saat menyaksikan taburan bintang dan bulan di dada langit. Hembusan angin malam yang bertiup lembut ditambah dengan suasana malam yang sejuk memberikan kedamaian yang tidak tergambar dengan kata-kata.... Tenang je jiwe Hakak... Suasana House Boat hakak meriah dengan kemeriahan nyanyian dr kwn2 hakak n dorang siap menari lagi....

Di sini, tiada lagi hiruk-pikuk kesibukan atau kebingitan kota kecuali nyanyian pelbagai unggas rimba yang mendamaikan jiwa dan mententeramkan fikiran selepas sekian lama dibebani tugas harian di ibu kota....

Di kala mentari mula menjengukkan diri, keriuhan unggas termasuk suara kera lotong dan pelbagai spesies haiwan hutan di belantara kedengaran dari sekeliling daratan tasik ini sebagai menandakan hari beransur siang....


Dok tengok dorang je la... Sebahagiannya dah naik boat.. Yang tinggal kami je.... 


Di hutan ini terdapat 11 air terjun iaitu di Sungai Kejar, Sungai Mes, 
Sungai Semelian, Sungai Koi, Sungai Tan Hain, Sungai Gen, 
Gunung Hulu Titi Basah dan empat air terjun di Sungai Ruok....


Seronok ye dorang, keje kehulu hilir cari ikan... Hakak tgk jele dr House Boat.... 
Siap lambai ye dak...



 Nampokkkk tak muke sonok bile dapat nek boat... Tapi boat ni mana ade enjinnye....
Penat le hakak kayuh ngan Cik Ody..... Muke sronok bile dok atas boat tu..


Hahahahhahaahah...... Yang depan tu dok saja... 
Tak ngayuh....


Pengalaman berada di tengah tasik sambil membebel kat cik ody n da gang.... Smbil tunggu dorang mancing hakak layan je la sorg2....


Sonok depa mancing...


Muke dah xde koje nak buat....... Tangkap gambo je le...
Jommmmm balik...


Aicecehhhhhh...... 
Keindahan panorama alam semula jadi yang disajikan juga cukup mengujakan....


Malam dah semakin tiba.... Rindu nun Gunung..


Keesokkan pagi hakak berjalan lak naik boat...


Menyusuri tasik dengan bot laju selama 45 minit  berswafoto dengan pokok menghijau di tebing tasik yang indah turut mencipta pengalaman baru hakak... Sonok men ayor.... Keje terjun dalam Air je pun...


Sesekali layan Karok atas House Boat ni... Malam pertama hakak berkarok sampai 3 pagi...
Memang best la...


DI tingkat atas ni depa x habis2 ngan pancing masing2...


Bila bosan, ni la keje nye..


Kemain lagi kan pegang pancing....

Layan je la kan....  Hai Si Ikan Kaloi...
Pelbagai spesies ikan seperti kelah, toman dan juga baung....
(x sedap) hehehhehehe


Ni la chef2 di House Boat.... Sedap oooo dorang masak...
Tu tengah siang ikan yang dorang tangkap....


Sebelum Balik, hakak sempat seround lagi pusing... 
Sempat singgah disini
Pulau Tali Kail


Hokey, hakak singgah sini sat

Pulau Tali Kail merupakan sebuah pulau yang cantik tanpa pencemaran dan pulau ini amat bersesuaian untuk pencinta-pencinta alam. Aktiviti rekreasi yang dapat dijalankan disini ialah merentas hutan asli, bersiar-siar di kawasan tasik dengan menaiki bot, memancing ikan air tawar, berehat dan lain-lain lagi.

Di antara kemudahan yang telah disediakan ialah tapak perkhemahan dengan kemudahan bilik mandi, tempat makan, dapur memasak, chalet, surau dan dewan serbaguna.
Pengunjung boleh menggunakan bot sendiri atau bot penduduk tempatan dari Jeti Ampangan Temenggor.

KEMUDAHAN PULAU TALI KAIL
  • JENIS KEMUDAHAN
  • Dewan terbuka RM 20/hari
  • Chalet
  • Chalet A Frame (5 Unit) RM 10.00 (seunit) / malam
  • Rumah Kampung (2 Unit) RM 20.00 (seunit) / malam
  • Rumah panjang (2 Unit) RM 50.00 (seunit) / malam
  • Chalet VIP (2 Unit) RM 60.00 (seunit) / malam
  • Tapak Khemah (30 unit) RM 2.00 (seunit)/ malam
Jom Balik...


Ayumi Si Gadis Cantik Manis



Ok, Sekian Dulu....

No comments:

Post a Comment

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...