Tuesday 24 April 2018

Gunung Yong Belar Dayhike


21 April 2018 - Hari yang bersejarah genap akak 36 tahun... Akak berhajat nk sampai ke Gunung Yong Belar di masa hari lahir Hakak.. Dan akhirnya tercapai hasrat sampai Ke Puncak dengan jayanya... Alhamdullilah....


Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia. Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Terdapat 2 jalan masuk untuk ke gunung ini, 3 hari melalui Cameron Highlands adalah yang paling terdekat dan yang paling jauh ialah melalui Ulu Kinta iaitu laluan banjaran Titiwangsa selama 6 ke 7 hari. Jalan masuk haruslah melalui kenderaan pacuan 4 roda atas faktor permukaan jalan yang teruk dan berlubang besar.

   
STATUS GUNUNG : Ke - 3 Tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke-8 Tertinggi di Malaysia
KETINGGIAN : 2181 Meter atau 7156 kaki 
LOKASI : Sempadan Perak - Pahang - Kelantan
JARAK PERJALANAN : 10.5KM + 10.5 KM + 7KM (Masjid Loging)
MASA PERJALANAN : 14 - 16 Jam



CABARAN TREK : 8 / 10 Cuaca sejuk 10 darjah - 15 darjah. Kerap hujan dan berangin yang sangat sejuk, kadang-kadang ada cahaya matahari. Dari starting point, ada lebih kurang 7 puncak tipu / bukit yang mesti di tempuh sebelum sampai ke puncak. Keadaan trek sangat pelbagai, jalan rata, becak, berlumut, berselut, basah, jalan kering, jalan akar kayu yang sangat meletihkan dan memerlukan tenaga.... Penat dan melesukan.

 Puncak tipu


Puncak tipu lagi

TEMPAT BERKUMPUL : Masjid Loging (Parking RM 10.00)
Kebun Sayur - Kem Tudung Periuk  - Kem Kasut  - Yong Belar Peak - Kem Kasut  - Kem Tudung Periuk - Kebun Sayur - 7km ke Masjid Loging
 
Pukul 10 malam hari Jumaat, hakak bersama yati dah tunggu kat Masjid Loging... Parking x dibenarkan sekali park di Depan Masjid.. Digalakkan parkir di tepi masjid berdekatan dengan gerai-gerai yang jual pasar Pagi....Rm 10.00 dikenakan bagi setiap 1 kenderaan.... Tepat 3pagi barulah kami segerombolan dapat naik powil setelah menunggu beberapa jam tunggu ketibaan Dif2 pendaki yang lewat tiba... Kami pun bertolak menuju kebun sayur tempat starting point. Teruk gila jalannya sambil lalu kebun sayur-sayuran dan kawasan hutan. Akhirnya sampai juga hakak ke destinasi yang ditujui di Kebun Sayur.... Nak muntah rasanya dok atas powil selama 40 minit.... Sebelum mendaki, Ketua kami Dato Salleh(Melati Hikers)  bagi ration siap-siap, taklimat sikit dan streching serta bacaan Doa Selamat. 



Pada awalnya kami melalui Kebun sayur-sayuran yang tersembunyi, sangat segar, dengan bau baja organik. Pemandangan yang cukup fantastic Mr Loba2..Bermulalah pendakian hakak serta rakan2 pendaki Bergegas turun naik turun naik sampai ke Kem Tudung Periuk Jam 5 .50 pagi... 


Tepat jam 6.40 pagi kami bertolak menuju ke puncak. Masa pendakian mengambil masa 3 jam untuk ke Kem Kasut.. Kami berlima (group yang di depan) tiba di Kem Kasut Jam 9 pagi dan sempat bergambar serta makan pagi bagi menghilangkan kelaparan pagi tu.. 

 Kem Kasut


Berehat di Kem kasut


9.15 pagi terus kami putuskan untuk naik ke puncak. Jam 10.30 pagi Adnan Ja, Adik Haziq serta Abg Wan tiba dulu diikuti hakak dan yati tiba di puncak.... Alhamdulillah selamat tiba di Puncak Jam 10.30 pagi

 Bergerak berlima ke Puncak


Cantik view Mossy nak ke puncak (1)



Cantik view Mossy nak ke puncak (2)

Cantik view Mossy nak ke puncak (3)

 Cantik view Mossy nak ke puncak (4)

 Cantik view Mossy nak ke puncak (5)

Cantik view Mossy nak ke puncak (6)
 Paece No War

 Cantik view Mossy nak ke puncak (7)

 Org Pertama sampai ke puncak... Sakan bergambar bersama Runner kita yang pantas ni....

Yong Belar 2181M

Bukanlah kaki ini yang membuatku 
sampai disini
Bukanlah tangan ini yang kuat 
meraih keatas
Bukanlah tubuh ini yang membawa 
raga ini berpijak diatas
Namun Dia yang mengajakmu untuk 
terus melangkah…melangkah 
dan melangkah 
untuk menikmati sajian 
keindahanNya.

Adegan memotong Kek Tembikai di atas Puncak

 Win Yati & Me

 Hakak, Datin Z, Kak Tina & Yati

Melati Hikers.. Sebahagian sampai dan sebahagian lagi  tiba di puncak waktu petang

Lepas makan tengahari, lebih kurang jam 2 ptg, hakak dan rakan yang lain turun dari puncak Yong Belar. Perjalanan turun agak laju dan sampai kat KEM KASUT lebih kurang jam 2.30 petang. Tak dan nak berehat kerana hakak dan Dll kejar masa untuk turun ke Kem Tudung Periuk. Jam 5.00 tiba di Kem Tudung periuk untuk berehat dalam 40 minit untuk minum & makan apa yang ada dalam beg... Hakak dan isi air untuk buat extra joss..... Tepat jam 5.40 petang, hakak & dll pun menyambung perjalanan dan sampai di Kebun Sayur jam 7.30 petang. Sambung lagi perjalanan melalui kebun sayur...

 Hakak tiba di Kebun Sayur Jam 7.30 malam

Powil tiba 12 mlm...Tak sanggup nak tunggu lama dan kesejukan di Ladang Kebun sayur ni... Akhirnya kami membuat keputusan untuk berjalan kaki ke Masjid Loging... Bayangkan 7km kene hadap lagi.... Masa ni seronok la x rasa kesakitan.... 1 jam setengah mulai terasa sakit kaki setelah berjalan lama... Kaki dah mulai jadi pakinson.. Tak rasa jejak ke tanah.... Mantel betul hakak masa tu.... Atas kesabaran yang ada, Tepat Jam 10.00 malam, akhirnya tiba di Masjid Loging dan terus bersihkan diri di Masjid Loging...

 Siap sedia nak jalan ke Masjid Loging
 
Alhamdulillah semua selamat, takde yang cedera, objektif tercapai, dan Misi ini berjaya 100% dayhike yang bukan senang boleh buat dalam 1 hari.... Non stop berjalan, berlari & mengejar... (hahahaha)
Apa-apa pun Alhamdulillah la berjaya walaupun pelbagai rintangan dan dugaan. 

 Kenangan bersama Yati disepanjang Ontrek


" Hanya kaki yg kuat, 
mata yg selalu terjaga, 
pikiran yang terus berpacu 
yg akan menghantarkan 
kita menuju puncak "

No comments:

Post a Comment

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...