Tuesday 10 April 2018

Gunung Datuk



7 April 2018, Plan hakak kali ni ke Gunung Datuk pulak.... Dah lama plan pun dengan Cik Li n da Gang... So, kata sepakat Onnn je la.... Gunung Datuk ni Kalau dari Kuala Lumpur, ikut saja Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke selatan dan keluar nanti di susur keluar Pedas/Linggi. Cari ja jalan ke Rembau dan nanti akan jumpa papan tanda arah ke Hutan Lipur Gunung Datuk.... Bersambung pulak cite pasal Gunung ni pulak... Gunung Datuk ni terletak di Daerah Rembau dan merupakan salah satu gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan....  Dengan ketinggian lebih kurang 885 meter dari paras laut, terdapat banyak kisah-kisah mitos yang berselindung di sebalik gunung ini...

Gunung Datuk ini juga dikategorikan  sebagai separa sukar kerana ada trek yang mencungak, berlumpur dan sepanjang trek berakar..... Jenuh nak naik sebab akar yang banyak dan melingkau merata-rata.. Batu yang tajam jugak tak ketinggalan.... So kene hati2 la smua.....Hakak tiba di pekarangan lot parking Jam 5am... Hakak tiba masa tu tak la byk kederaan....  Selalunya susah nak jumpa tempat parking bila cuti hujung minggu.... Mungkin hakak tiba awal disana.... Tempat parking adalah terhad..... Maka anda kenalah datang seawal pagi, atau boleh jugak parking di bawah bersama deretan bas-bas yang bawak budak universiti panjat Gunung Datuk. Tapi kena menapaklah sikit nanti naik bukit.... Charge juga dikenakan bagi setiap kenderaan.... 

Disana juga terdapat kedai makan, surau dan juga tandas yang dicaj 50 sen..... Bayaran permit sebanyak RM5 dikenakan bagi setiap pendaki dan nama juga perlu direkodkan di pondok ranjer sebelum memulakan pendakian..... Wowwww banyak nak kene bayoooo kan... So bawak duit bebanyak hokey....

Trek masuk akan melalui sebatang sungai yang perlu diseberangi sebelum mula pendakian. Laluan treknya tidaklah terlalu ekstrem. Treknya yang agak lurus serta jelas dengan tanda membuatkan ianya senang untuk diikuti tanpa memerlukan khidmat guide.

 Akak, CikLi n Nana begambooo sat... Bepeluh mencurah2

 Nana, Kak Dilla, Ika & Cik Li

Trek agak mencungak juga dalam 30 minit sebelum berhenti sebentar untuk berehat di sebuah tempat lapang. Kemudian trek terus mencungak sehingga sampai ke puncak Datuk, sepanjang trek dipenuhi batu2 besar, anda boleh berpaut pada tali yang disediakan untuk keselamatan...

 Tanah lapang ni memang la luas... Dapat rehat dalm 15 minit sementara tunggu yang lain...

Sempat dok tangkap gambar untuk buang semua letih
Perjalanan diteruskan...

Pokok yang tumbang ni menjadi tarikan pada akak sebab terlalu besar...

 Trek sepanjang 2.8 km dari bawah hingga ke puncak akan mengambil masa sekitar 2 jam setengah ke 3 jam bergantung kepada stamina individu. Kalau korang betul-betul fit, sejam pon dah boleh sampai atas...

So layan je la panorama sepanjang trek ni...

 Trek menaik, pacak dia mencanak-canak.. Berakar-akar membuatkan hakak mencari2 jalan yang tak tersangkut kasut hakak pada akar..

 Nampak je papan tanda kuning ni hakak dah tak sabar nak sampai dah... Semakin laju langkah Hakak...

Yeay dah sampai...
Mission Accomplished!
  
Pencapaian yang dibayar dengan perjuangan...

Sampai bersama-sama adik2 yang cantik ni
Nana & Dilla

 Kami dah sampai, anda bila lagi.....

" Keluarlah menjelajah alam yang luas,
maka anda akan menjelajah arti dari sebuah
kehidupan.... " 

Moh kita naik Puncak Batu pulak

Cabaran terbesar mendaki Gunung Datuk adalah apabila hendak sampai ke puncak Gunung yang berbatu. Pendaki perlu menggunakan tangga yang merupakan 'near-death situation' andai korang tersilap langkah. So berhati-hatilah ye setiap langkah!


" Keindahan alam lebih dari cukup untuk
menyejukkan hatimu yang bersedih. Dan
menyembuhkan hatimu yang terluka "

Dilla, Kak Dilla, Nana & Ika
Gayat tau masa ni.... 

Berbaloi bila dapat berdiri di Puncak Gunung Datuk sambil menikmati permandangan 360 darjah yang mengelilingi gunung ni. Awesome weyh, padahal gayat nak mam! hahaa...

 Di puncak Gunung Datuk terdapat banyak batu-batu besar dan juga ada kawasan lapang untuk berehat sebelum naik ke puncak yang paling tinggi ni....

Ruangan di puncak tidaklah sebesar mana. 
Kalau mendaki pada hujung minggu, dah macam Mall rasanya, Banyak manusia yang mencari keindahan alam dan ketenangan jiwa... Macam Hakak la.... hehee...
 
 Gunung setinggi 855 meter telah berjaya kami tawan dengan senyuman yang paling menawan dalam Dunia...
 
#Cikli #PokTam #Krill #Dilla #Nana #Ika #kakzurin

Jom balik... Misi ke Gunung Berembun & Gunung Telapak Buruk Pula..





No comments:

Post a Comment

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...