Thursday 21 June 2018

Kuala Mu, Sungai Siput

 Kuala Mu, Sungai Siput


Assalamualaikum Sahabat Hikers... Kali ni hakak nak Cerrr Air Terjun & Sungai paling Win kat Perak dan menjadi Viral masa kini... Apa yang best kat KUALA MU tu??? Jeng Jeng Jeng tu dia... Air Terjun Bak Syurga Firdausi.... Layannn sgt2 bila datang sini...

Ceritanya, sebelum Bulan Puasa ni Kami memang plan Last Hiking.. Tercetus idea nak pergi Kuala Mu yang menjadi kegilaan ramai yang berkujung ke sana... So, plan untuk Berkhemah dan Hiking serta  mandi manda di kawasan Kuala Mu, Sungai Siput selama 2 hari 1 malam....  Perjalanan mengambil masa 1 Jam 30 minit dari Pekan Sungai Siput..... Mengambil masa melayan jalan yang bengkang bengkong and paling best kena daki bukit... Bukan kita yang daki tapi kereta yang daki... Hahahhaha....  Sesampai je Kuala Mu dok teruja kehebatan Masyarakat Orang Asli yang boleh hidup berjauhan dengan Masyarakat di Bandar... Hebat bukan......

Lokasi : Kuala Mu, Sungai Siput
 Masa Perjalanan : 1 Jam 30 Minit
Jarak Perjalanan : Lebih kurang 70 Km




Dan.. tadaaaa! sudah sampai! Terus cari port nak bina kawasan perkampungan perkhemahan Hakak dan rakan-rakan yang lain... Yang lelaki tido dalam Hammock... Hakak lak tdo luar mengadap sungai... Baru best tido dengar bunyi Air kan.....


Jenuh la nak cross ke seberang.... Angkat barang ke hulu hilir kena redah sungai... Tu yang port yang paling Win....


Tips memilih lokasi tempat mandi manda dan tempat kita Tidooooo :

1- Pilihlah kawasan yg bersih dan kelihatan sedap mata memandang, serta ada kawasan berteduh ( seperti pokok)

2-  Sesuai untuk meletakkan barang2 terutama untuk mmbentang tikar dan meletakkan makanan kerana picnic-by-the-river akan selalu mmberikan perasaan yg awesome jika kawasan yg dipilih adalah bersesuaian. :p

3- Perhatikan air yg sungai yang mengalir di kawasan yg anda pilih, lihat adakah airnya bersih dan jernih serta kurang berbau... Pilihlah kawasan yg tak ramai org kerana keseronokan bermain air akan berkurang

4- Pemandangan yg indah di kawasan persekitaran adalah bonus untuk memberikan anda lebih keceriaan. hehehe.

5- Di kawasan  ini, ada Chalet yg boleh disewa untuk pengunjung2 yg datang dari jauh dan ia betul2 berhadapan dgn lokasi Tapak perkhemahan kami... Jika anda mahu meluangkan lebih masa dikawasan sungai, ini adalah kawasan yg tepat untuk anda... Cewahhhh, sj nak promote Kuala Mu ni..
 

Aiceceh... Sedang bermadu Asmara bersama Nana ku sayang


Nak Hiking ke Air Terjun Kuala Mu


Ambil masa dalam 20 minit sahaja untuk sampai ke air terjun namun  perlu berhati-hati 
kerana Batu serta tanah yang licin boleh menyebabkan terjatuh ke dalam Sungai yang dalam...


Seriously????  Terus senyum sensorang.   Sangat cantik sebenarnya....


Nervous gak dok tepi ni.. Deras sangat n Dalam Airnya


Keindahan Alam Yang Mengagumkan 



 Indahnya ciptaan tuhan...



Sesiapa yang berminat boleh berkunjung ke sini......

Kuala Mu Part II
Bersama Keluarga Tersayang




Lame benar rasenye tak adekan aktiviti air & Bercamping macam ni bersama keluarga, selalunya bercuti tempat sejuk , Ke laut & aktiviti makan saje. hehehe...Kalini  Plan bersama Family di Raya ke 3..... Jommmm

Sesuai untuk mandi manda bersama keluarga dan bbq di sini. Kemudahan seperti bilik persalinan, surau, pondok rehat dan parkir kereta juga tersedia...


Anak kesayangan Ayah
Dibelakang tu tempat memasak... Dan dewan makan yg kecil utk makan dalam 10 - 15 orang..



Harga Chalet ni RM 50.00
Harga Chalet Utk Family RM 80.00


Orang-orang saya sayang
Keluarga Tercinta
(Tempat melepak2 dan beborak)



Anak2 Kesayangan 


Disini juga disediakan Tempat BBQ


Test Celup kaki... Yaamat sejok


Bestttt ooooo.. Sila Datang walaupun jauh beno nak sampai ke sini...

2 comments:

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...