Tuesday 13 August 2019

Gunung Kerunai & Gunung Kenderong

The Twin Peaks Of Perak (K2)

Assalamualaikum Semua... Seringkali hakak mendengar atau melihat Iklan mendaki Kenderong & Kerunai memang akan reject awal2 lagi.. Huhu, bukan pasal Ketinggian Gunung itu, tapi sebab kepanasan dan Batu2 yang boleh menyebabkan tegelincir jatuh ke bawah...Naya oooo lutut... Akhirnya terjebak jugak atas kepujukan oleh Jebat Si Penderhaka untuk menawan Puncak K2 iaitu Gunung Kenderong & Gunung Kerunai.. Kali ini hakak naik Gunung Bekembar K2 bersama Team RGS.. Ternyata gunung yang turut mendapat gelaran Pyramid Of Gerik  yang mempunyai tarikan sendiri buat penggemar outdoor dan pastinya pendakian korang ke sini tidak mengecewakan dan menghampakan...
Pendakian Gunung Kerunai - The Twin Peaks Of Perak (K2)

Untuk pengetahuan semua, Pendakian kali ini hanya melibatkan 23 orang sahaja dan Misi Trip RGS hanya memilih untuk mendaki secara santai-santai menikmati keindahan flora dan fauna di sepanjang jalan dan persediaan Makanannya seperti Raja..

Nama Gunung : 
GUNUNG KENDERONG ketinggian 1,223 meter & 
GUNUNG KERUNAI ketinggian 1,000 meter

Reputasi : Dikenali sebagai Puncak Kembar Perak.
Lokasi : Tidak terletak di mana-mana banjaran. Tersergam di daerah Gerik, Perak.
Starting Point : Kampung Pahat, Gerik, Perak.
Hakak dan rakan-rakan berkumpul di Masjid Kg Pahat untuk meletakkan kenderaan di sana dan kemudian menaiki Powil yang telah disediakan.. Sepanjang perjalanan adalah laluan kayu balak dan di pertengahan jalan korang akan menjumpai simpang Y, trek menuju ke Kerunai adalah disebelah kanan jalan manakala disebelah kiri menuju ke Kaki Gunung Kenderong dan juga tapak campsite..

Kami meneruskan perjalanan ke Tapak Khemah untuk mendirikan khemah di tempat yang kosong.. 

Pendakian kami bermula jam 4 petang hari Sabtu 3 Ogos 2019.. Di permulaan pendakian  akan melalui trek yang sedikit semak berlalang dan berbuluh seterusnya nanti akan melalui trek yang agak jelas sehingga ke puncak..
Gunung Kerunai sebenarnya agak lebih senang dan santai berbanding mendaki gunung kenderong dimana trek boleh dikatakan 80 darjah pacak. Perjalanan melalui trek Gunung Kerunai agak panjang dimana akan menjumpai banyak puncak tipu lebih kurang 6 puncak jadi pendakian ini boleh disifatkan gabungan antara mendatar turun dan naik bukit dimana di sepanjang jalan kita melalui jalan denai ke denai.
 Pemandangan sepanjang jalan, akan menjumpai banyak pokok-pokok sebegini kesan daripada terbakar pada ketika dahulu.

Di pertengahan perjalanan rehat sebentar, seperti korang sedia maklum antara cabaran utama mendaki Gunung K2 selain daripada trek batu-batu yang tidak begitu kukuh dan mudah jatuh ke bawah ialah cuaca yang panas disepanjang jalan kerana tidak begitu banyak pokok besar yang ada di sepanjang jalan untuk dijadikan tempat berteduh..  Walaupun pendakian hakak di waktu petang, Panas tu tetap terik.. Tak tahu nak kata camne lagi..

Perjalanan diteruskan ke satu checkpoint yang ditanda Lembah 1, itu bermakna pendakian semakin hampir ke puncak.. Tips mendaki gunung kerunai untuk mengelakkan pewai akibat kepanasan ketika mendaki pastikan mendaki pada awal pagi atau disebelah petang ialah anda siap sedia kain atau penutup mask untuk mengelakkan korang kepanasan melampau.. Jangan amik mudah sangat dengan ketinggian gunung kerunai 1000 Meter  ye,  pastikan bawa air dan kelengkapan yang lain secukupnya..
Di sebelah kiri Gunung Kenderong yang berdiri megah disebalik gugusan awan..
Tapi yang menariknya mendaki gunung yang dimana sepanjang jalan melalui jalan denai yang terbuka memberikan view 360 darjah, di sebelah kanan kita dapat menyaksikan pemandangan kampung dan pekan Gerik dimana di sebelah kiri pulak pemandangan Gunung Kenderong berdiri megah disebelah Gunung Kerunai, sepanjang pendakian mata disajikan dengan pemandangan yang cukup menyegarkan!  
 Cuma pemandangan di puncak agak tertutup dengan pokok-pokok berbanding gunung kenderong, dimana pemandangan yang dilihat sepanjang jalan menuju ke puncak lebih indah jadi take your time slow hike and enjoy the view.. Di sepanjang perjalanan, korang akan menjumpai banyak pokok-pokok renek, pokok yang agak rare, spesis orked dan juga Periuk kera.
Setelah 3 jam pendakian, akhirnya tiba ke puncak Gunung Kerunai jam 7 petang.. Suasana di puncak yang berketinggian hanya 1,000 Meter ini agak redup dilitupi beberapa pokok sederhana tinggi, cukup selesa untuk berehat dan makan.. Keadaan di puncak yang masih bersih dan terdapat sedikit lumut hijau yang masih hidup berbanding di puncak kenderong yang terbakar sampai ke puncak..
View Gunung Kenderong daripada Puncak Kerunai
Gunung Kerunai - 
Berketinggian 1000 Mtr

Lebih kurang 1 jam berada di Puncak, kami mengambil keputusan untuk turun ke bawah kerana kami hendak mengejar masa untuk ke Puncak Kembar pula iaitu Gunung Kenderong.. 
Akhirnya kami tiba di Tapak perkhemahan Jam 11 Malam dan terus dijamukan makanan Ala- Ala Raja.. Makan Shellout beramai-ramai memang best.. Memang licin lah malam tu... 2 jam persediaan untuk kami bergerak ke Gunung Kenderong..
Jam 2 pagi 4 Ogos 2019, Kami bergerak beramai-ramai untuk ke Puncak Gunung kenderong.. Gunung kenderong pernah terbakar sebanyak 2 kali jadi trek sangat tidak kukuh dan banyak batu-batu rapuh jatuh terutama dari bahagian atas. Sepanjang perjalanan pada pagi itu amat pewai kerana terlalu amat penat dan perjalanan agak perlahan... Pendakian yang mencabar menggunakan Tali serta memanjat naik amatlah sangat perit.. Jika tiada Fitness yang kuat, maka kau berpatah lah balik.. Teruskan perjuangan dan simpan tekad untuk sampai ke Puncak.. 

Trek kenderong adalah trek Hardcore  yang tak bagi muka dari bawah sampai ke puncak.. (Hakak Cuba nak bagi semangat)
Awas terutama di bahagian nak sampai ke Checkpoint Balak, dimana  trek di  kawasan itu agak berbahaya dan agak tinggi oleh kerana tiada pokok atau akar kayu  yang betul-betul stabil atau kukuh untuk berpaut kesan daripada terbakar jadi banyak bergantung kepada rumput, akar kayu dan tali. Kebanyakan tali yang diikat sudah agak lama jadi pastikan tali itu betul-betul selamat sebelum berpaut dan perlu sangat berhati-hati kepada batu terbang kerana permukaan tanah di sini sangat rapuh dan digalakkan memanjat seorang demi seorang untuk mengelakkan batu terjatuh terkena rakan korang.. Batu terbang antara yang mencabar kesabaran selain daripada cuaca panas dengan beban yang dibawa sekali silap hari bulan sekiranya tiada komunikasi dan kesabaran memang boleh menyebabkan kecederaan.. Korang perlu lebih berhati-hati di sini kerana gaung berada di kiri dan kanan

Keadaan tanah di sini yang tak stabil dan banyak batu kapur yang kecil jadi korang akan sentiasa dengar jeritan daripada kawan-kawan kat atas 'batu terbang' memang tak dapat dielakkan dan untuk keselamatan dan memudahkan korang mendaki di kawasan ini sila bawa extra tali sebagai sokongan untuk memudahkan perjalanan sampai ke puncak.. Hah, disini hakak nak pesan.. Bawalah Glove atau Tongkat.. Memang banyak membantu sekiranya menggunakan Tali untuk memanjat dan menurun..

Checkpoint Balak (  bukit tipu 2 ) kawasan ini agak lapang untuk berehat dari sini hendak sampai ke Kem Solar anggaran 20 minit dengan cuaca yang panas memang boleh pewai. Dari sini sudah boleh melihat view Pekan Gerik dan Gunung Kerunai dengan jelas dari sini.
Scary Giler tgk dari bawah.. Tak termampu :P
Di sepanjang laluan ke atas memang tak banyak kawasan yang lapang untuk take 5, laluan memang agak sempit jadi asal ada kawasan teduh yang redup ditutup oleh pokok-pokok kecil atau semak untuk korang rehat sebentar terutama dengan cuaca yang panas sekiranya first time hiking memang boleh mengalah dengan Kenderong  yang panas, berdebu, batu terbang sekiranya tidak bersabar.. 
Di puncak tipu / Kem Solar,  pendakian masih memerlukan 50 minit untuk sampai ke atas di mana akan menjumpai beirut usang di Puncak..

Pemandangan daripada Kem Solar menuju ke Puncak Kenderong dimana disini korang akan berhadapan dengan 3 puncak tipu terlebih dahulu, sebelum sampai ke Puncak..
 
Di sini terdapat 3 puncak  tipu di mana korang akan jumpa sebelum sampai ke puncak jadi jangan tertipu dengan apa korang lihat jadi banyakkan bersabar bila rasa sudah dekat-dekat nak sampai puncak.. Sebenarnya masih ada lagi puncak yang tepaksa dilalui.. Bagi penggemar Yang suka melihat Sunrise, Gunung Kenderong merupakan yang paling best view di sini.. Memang sangat cantik terutama ketika sunrise di awal pagi dan pada waktu malam kita boleh melihat view pekan Grik & Baling  yang bercahaya daripada atas puncak yang cukup mempesonakan.

Disebelah sana boleh kelihatan Gunung Kerunai tapi untuk menaiki gunung kerunai melalui laluan  yang berbeza, melalui di persimpangan y.. Korang boleh nampak pemandangan Pekan Gerik dan Baling, tapi sayang kebanyakan pokok di sini terbakar jadi bila camping pastikan unggun api yang dibuat betul-betul terpadam.
Kesan-kesan terbakar yang boleh dijumpai boleh terasa bau-bau debu dan arang di sepanjang perjalanan, pastikan memakai sarung tangan yakkk....
Dari sini hendak ke Puncak Gunung sudah tidak jauh lagi anggaran masa 40-50 minit. Selain daripada trek yang pacak 60-90 darjah terutama di sebelah atas batu terbang, cuaca yang panas sepanjang perjalanan membuatkan anda terasa sangat tidak selesa..

Jam 7 am kami tiba di Puncak Kenderong
Masih Gelap lagi masa tiba di Puncak
HAKAK Okey Jew :)
Menanti sunrise disebalik awan Biru
Walaupun kesejukan tapi tetap sabar menanti kemunculan sang mentari, naik tinggi-tinggi kalau tak tunggu sunrise muncul memang rasa tak lengkap melihat cahaya-cahaya emas keluar disebalik awan kapet memang salah satu moment indah yang tak dapat dibayangkan, sambil itu awan datang berarak membadai muka perghhhhhh.. memang syiok sejuk.. :P
Selamat pagi Kenderong, dalam pukul 7.20 am. Perfect timing for welfie :P
Berehat & Breakfast di Puncak Kenderong
Setelah selesai makan, mengemas dan mengutip balik sampah untuk dibawa turun ingat apa yang dibawa ke puncak itu yang dibawa turun ke bawah.. Take nothing but picture, leave noting but footprint.. Masa yang diambil untuk turun lebih kurang 3 jam cuma perlu lebih berhati-hati terutama di bahagian turun dari kem solar ke Checkpoint balak, awas kepada batu terbang, kerana bahaya batu-batu akan jatuh ketika pijak dan boleh mengundang bahaya kepada team yang turun terlebih dahulu di bawah kerana waktu menurun memberikan cabaran yang berbeza daripada mendaki naik dan harus menurun separuh demi separuh.
Naik senang, Turun scary oiii
Scary oooooo dok nglunsor 
gune Tali nih..
Jangan lupe pakai Glove yakkk..
Puncak Tipu ke 2, sebelum menjumpai 
puncak tipu ke 3, macam mana darjah 
kecuraman dia memang rare kan :P
Memang rare la nak turun.. Scary Bro...
Hakak dari atas mampu tengok je.. Nak hadap semuanya.. Huhuhuh 


View turun dari Peak, di sebelah atas akan kelihatan pemandangan 360 darjah yang cukup mengancam bak ang! 
Panas sudah bermula.. Kene Hadap..
Akhirnya sebelum jam 12 kami tiba di pekarangan khemah kami yang mewah..


Senyum kepenatan sementara menunggu Powil tiba




At the top Peak Mountain Kenderong, Alhamdulilah view memang belanja !

Alhamdulilah sepanjang trips kenderong telah berjaya turun dengan selamat .. Insyhaallah, kata Si Jebat akan ada Trip K2 akan menyusul selepas ini.. Mungkin dalam tahun ini juga akan ada trips kenderong 2.0 memandangkan banyak permintaan kawan-kawan untuk joint sekali, tarikhnya ? bukan pada waktu terdekat ini.. Mybe trip terdekat Yong Belar katanya... Terima kasih kepada Guide2 & Crew2 RGS yang banyak memberi tips dan panduan sepanjang pendakian kali ini..
 
  Cabaran Gunung Kenderong bagi Hakak terutama kepada beginner, korang boleh lakukan tapi kena berhati-hati dan berazam untuk sampai ke puncak biarlah sesusah mana halangan yang ditempuh, jatuh, cuaca panas, trek curam sekiranya bertekad pasti boleh lakukan untuk sampai ke punca.. Last sekali kata-kata Manis dari hakak, menangis macam mana pun kaki tetap kena langkah dan muka kena senyum selalu biarpun trek nya lutut bertemu dagu :P


-TIPS-

1. Pengajaran dari trip ni, Bawak Glove & Air dan Makanan Secukupnya... Penutup Muka atau Topi sekali Yaaak (Panas Namatey)

2. Tongkat seeloknya pun boleh bawak.. Boleh cover lutut ...


3.Belajar dari kesilapan.. Selalu sgt jatuh di Kerunai atau Kenderong.. So siap2 bawak plaster luka & Ubat ubatan yang sesuai...

So far itu je nak cerita pasal pengalaman naik ke Kenderong Kerunai..

BYE.. BYE.. Assalam

2 comments:

  1. Hi kak, naik gunung nie ada guide tak?

    ReplyDelete
  2. akak.. minta izin utk saya share kisah akak kt page hiking saya bole?

    ReplyDelete

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...