Monday 23 December 2019

Posisi-posisi yang ada pada Trip Hiking

Bahagia itu kita yang cipta
Bukan dicari di mana-mana atau 
pada sesiapa pun.

Jadi, kita akan tetap bahagia 
samada di Posisi 
Shooter, Guide, Sweeper atau Tanker..
Anda Pilih yang Mana????

POSISI-POSISI YANG ADA PADA TRIP HIKING 

1. GUIDE
Dalam bahasa Melayu bermaksud pemandu arah. Bertindak sebagai penunjuk arah laluan yang perlu dilalui dalam sesuatu kumpulan pendaki. Jika sesuatu kawasan itu masih belum ada laluan sedia ada, maka guider betindak sebagai pembuat keputusan. Namun perlu berbincang bersama ahli-ahli lain sebelum keputusan dibuat. Juga bertindak menentukan bila masa dan tempat yang sesuai untuk kumpulan pendaki yang dibawa itu berehat/bermalam. Kedudukan guider berada paling hadapan sekali dalam sesuatu kumpulan pendaki.

2. SHOOTER
Erti kata lain adalah tukang pecut atau Runner. Bertindak sabagai penyampai maklumat antara setiap posisi2. Seorang yang menjadi shooter kelajuannya memecut dan mendaki mestilah pantas. Shooter juga bertindak sebagai pembawa barangan penting supaya sampai awal di tapak perkhemahan sekiranya sesuatu pendakian itu memerlukan untuk bermalam. Sebagai contoh khemah/_flyground_, alatan memasak dan bahan minuman (untuk sekali) kebiasaannya dibawa oleh shooter. Hal ini kerana dia perlu sampai dahulu bagi membantu guider memasak air untuk diberikan kepada pendaki-pendaki yang sampai lebih awal sebagai memberi tenaga semula sementara menunggu ketibaan kesemua pendaki. Kedudukannya boleh berada di mana-mana mengikut kesesuaian kecuali paling hadapan dan paling belakang.

3. SWEEPER
Bertindak memastikan kesemua pendaki selamat tiba atau selamat keluar dari hutan. Jika ingin menjadi sweeper perlulah seorang yang sangat PENYABAR kerana dia akan mengikut kelajuan pendaki yang paling belakang. Sweeper kadangkala bertindak sebagai pembakar semangat atau pemberi motivasi pendaki yang keletihan atau ingin putus asa meneruskan pendakian. Kadangkala sweeper juga bertindak sebagai tanker. Sudah pasti kedudukannya di paling belakang sekali dalam sesuatu barisan pendakian bagi memastikan pendaki-pendaki selamat masuk dan keluar hutan. Selalunya part Sweeper ni lah yang paling syok hakak amik.

4. TANKER
Menggalas tugas sebagai pemikul barang. Namun bukanlah beerti kesemua barangan kumpulan pendakian itu dipikul olehnya. Tanker kebiasaannya berbadan sasa macam Malek Noor tu Hah ( Orang panggil Abang sado) kerana memerlukan tenaga lebih bagi memikul barang-barang berat. Tanker juga bertindak untuk membantu sweeper sekiranya terdapat pendaki yang cedera. Dia tidaklah boleh membawa barangan semaksimum mungkin kerana dia akan memikul beg yang dibawa oleh pendaki yang cedera tersebut atau jika terpaksa dia memikul pendaki itu dengan bantuan sweeper atau pendaki-pendaki lain. Kedudukannya dalam barisan pendakian boleh berada di mana-mana bergantung pada kemampuan badannya meneruskan perjalanan atau berehat tetapi bukanlah di hadapan sekali mahu pun di belakang sekali.

Hasil perkongsian Dr sahabat Hikers juga dan ada hakak edit sikit.. Semoga bermanfaat semua😊

#eypohikers #lifestylehealthysangat #pendakimalaysia

1 comment:

  1. Macam mana nak dapat lesen guide hiking nih

    ReplyDelete

Gunung Rajah VIA KKB Daypack

Assalamualaikum Hikers...   Kali ni hakak pergi ke Gunung Rajah VIA Kuala Kubu Bharu... Bila ingat kembali, masa zaman dulu naik Gunung Ra...