Tuesday, 12 August 2025

Gunung Agung, Bali & Gunung Batur, Bali

Assalamualaikum Hikers

Kali ini hakak ke Gunung yang tertinggi di Pulau Kecil Bali di Indonesia.. Sebab nak naik adalah disebabkan hakak teruja apabila semasa di Gunung Rinjani tahun lepas, Guide hakak tunjuk Gunung Agung dari jauh .. Maka dengan itu, hakak bertekad tahun ini untuk mencuba mendaki ke Gunung Agung.

Bermulalah perjalanan hakak pada pagi Selasa Jam 11.00 pagi dan tiba di KLIA jam 2.30 petang.. Setiba di KLIA, kami ber 4 terus mencari food court.. Hakak suka makan kuewtiow sup.. Memang sedap laaa.. Lepak2 sehingga jam 6ptg, Kami pun check in di kaunter bersama beg luggage 20 Kg.. Penerbangan dalam Jam 8 mlm delay sehingga jam 11 mlm.. dan Tiba di Bali Jam 2 pagi (3 jam)...

Berikut Tentatif ke Bali

Trip hiking Mt Agung

17/6 *Hari 1

11 am Amanjaya - klia

11.00 mlm flight bali

2.30 pg pickup airport

Hotel segara

18/6 hari ke 2

4 pg Hiking Mt Batur

6 pg smp puncak

7 pg  turun hotel

8 pg sarapan dan rehat

12 mkn tengahari/ jalan2

- ⁠Sari Timbul entr 50k

- Tegalalang sawah padi

- pura segara ulu danur batur⁠

6 ptg hotel rehat

11 mlm hiking Mt Agung

19/6 hari ke 3

6.30 pg bergerak dari Pos 5

11.30 pg tiba Puncak Mt Agung

7 malam smpai kaki gunung

Bergerak ke nasi padang   pitopang jaya tebongkang ubud

- Singgah eiger 16 km

- Istana Ubud 21km

Check in Hotel Bakung Ubud 3 km

Free n easy

20/6 hari ke 4

8 pg sarapan

Taman Dedari entr 50k

Trip waterfalls

Tukad cepung

Kanto lampo

-6 ptg bergerak ke Sanur

Checkin Hotel Agung sanur dan rest

 21/6 hari ke 5

7 pg Nusa penida

8 pg naik bot

430 Bot ptg kembali ke sanur

630 Balik hotel

rest free and easy

230 pg bergerak ke airport

Flight 7 pg

Kami bergerak ke tempat penginapan Hotel Segara dan bersiap untuk mendaki ke Gunung Batur.. Jam 4am kami sudah pun menaiki kenderaan dan memulakan pendakian jam 5pagi dan tiba di puncak jam 7.30 pagi.. Kami berempat mulai bergambar dan berbuat video sehingga jam 8.30 pagi.. Hakak dan rakan-rakan mulai turun jam 8.30 pagi dan tiba kaki gunung batur jam 11 pagi..

Gunung batur terletak di kintamani, utara bali. Tingginya 1717 meter diatas permukaan laut, dan berada di tengah-tengah kaldera besar yang berdiameter 7 km. Gunung ini pernah meletus di tahun 2000, dan letusan terbesar terjadi pada tahun 1926. 
Berikut adalah gambar2 hakak di 
Gunung Batur:









Gunung batur sesuai untuk pendaki Beginner. Waktu pendakian sekitar 2 hingga 5 jam.. Untuk yang menikmati sunrise disarankan mendaki seawal 5.30 pagi..
Hakak dan rakan-rakan berehat sehingga jam 8 mlm Di Homestay Senaru. Kami bersiap ke kaki Gunung Agung jam 10.30 malam dan memulai pendakian jam 11 malam.. 

Gunung Agung (Gunung Suci) adalah merupakan Gunung Api Aktif dan tertinggi di Bali.. Walaupun puncak naik lebih tinggi di Irian Jaya, Sumatera, Lombok, dan Jawa, status Bali sebagai destinasi pelancongan paling popular di Indonesia menjadikan Agung mungkin puncak tertinggi yang paling banyak didaki di negara ini.



🔺Gunung Agung, Bali, Indonesia

    Category : Volcanic Mountain 

Daerah : Kintamani

Ketinggian : 3142m

Tempat bermula atau pintu rimba masuk ke Gunung Agung.. Untuk mendaki ke Gunung Agung biasanya ambil masa 2 hari 1 malam lebih santai dan boleh layan view.. Terdapat 3 Jalur iaitu Jalur pertama adalah via Pasar Agung yang berada di kaki gunung bagian selatan, Jalur ke 2 Jalur pendakian via Besakih berada di kaki gunung bagian barat daya dan ke 3 Jalur pendakian via Taman Edelweis berada di bagian lereng selatan Gunung Agung.. 









Hakak dan rakan-rakan lebih memilih Jalur Edelweis kerana jalur ini mempunyai pemandangan yang lengkap dan menawan. Kami disajikan hamparan bunga edelweiss darimulai pendakian, sunset dan sunrise    saat cuaca cerah, hingga pemandangan dari puncak paling tinggi yang mempesona.  Meskipun jalur ini bukan yang tercepat, namun jalur ini satu-satunya yang mempunyai sumber air. Kami lebih memilih Daypack kerana dapat berjalan di Bali setibanya keluar dari Pintu Rimba.

Bermula pendakian dari Pintu Rimba Jam 11 malam dari Pos 1 hingga ke Pos 5 dan tiba pada jam 3 pagi. Dari Pos 5 ke puncak Gunung Agung  jam 6.30 pagi selepas sarapan. Pkl 11.30 pagi kami tiba di Puncak Gunung Agung.. Kami terasa bangga kerana dapa meilihat awan berkepok serta dapat melihat Gunung Rinjani dari jauh..

Akhirnya setelah penat bergambar dan bervideo, kami turun ke Pos 5 semula untuk mengambil barang yang telah ditinggalkan.. Kami memulai turun jam 3.30 petang dan tiba di Pintu Rimba Jam 7.30 malam.

Sekian.

Jalur Kembara Gunung Agung

Terdapat beberapa laluan yang boleh dilalui oleh pendaki untuk sampai ke puncak Gunung Agung. Bagaimanapun, laluan terpantas yang boleh dilalui adalah melalui laluan Pura Pasar Agung, Daerah Selat. Laluan ini juga menjadi laluan kegemaran para pendaki.

Mendaki Gunung Agung melalui laluan Kuil Pasar Agung mengambil masa lebih kurang 4 jam. Namun, anda perlu berhati-hati kerana laluannya agak curam. Anda juga boleh mencuba laluan lain yang lebih lembut, tetapi ia mengambil masa lebih lama, sekitar 7 jam.

Berikut adalah jalur-jalur pendakian Gunung Agung:

Jalur Pura Pasar Agung, Kecamatan Selat
Jalur Hidden Forest, Kecamatan Selat
Jalur Pura Pengubengan, Kecamatan Rendang
Jalur Edelweiss, Kecamatan Rendang
Jalur SGP (sewarung gawe puregae), Kecamatan Rendang
Jalur DBS Trekking Centre, Kecamatan Kubu
Jalur Pucang, Kecamatan Kubu
Jalur KATA (Karangasem Trekker Association) Pasar Agung Sibetan, Kecamatan Bebandem
Jalur Pura Lawangan, Kecamatan Bebandem
Jalur Kedampal, Kecamatan Abang

Keperluan yang wajib dibawa

 1. Baju sejuk

Selalunya baju sejuk ni digunakan time mendaki ke puncak. Tapi, ada juga yang tak tahan dengan cuaca sejuk sepanjang perjalanan dari Timpohon Gate ke Laban Rata. Saya guna baju sejuk jenis wind breaker sebab lebih ringan. Kalau korang mau yang jenis fancy berbulu-bulu ala-ala Korean gitewww pun boleh juga.

 2. Baju hujan

Ini wajib beli hokeyyy! Inilah penyelamat time hujan berderai-derai. Tapi nasib baiklah tak hujan time saya naik gunung hari tu. Syukur betul oh. Hakak beli di Watson dengan harga RM4.00.

 3. Sarung tangan kalis air / tangan biasa

Memang wajib untuk bawa sarung tangan. Sesuai untuk memanjat atau memegang dahan yang tajam. Safety sangat2 agar tangan korang tidak terluka. Kadang-kadang sejuk dipuncak. Can you imagine how cold is that?

 4. Sepasang pakaian

Hakak bawa sepasang baju untuk pakai di Pos 5. Lepas tu saya spare sehelai baju panjang untuk lapis pakai time ke puncak. Hakak recycle jer semua pakaian. 

 5. Stoking

Bawa stoking lebih mana tau basah kan. Jadi boleh tukar-tukar.

 6. Topeng muka/kain

Ini penting time di atas puncak sebab udara sana nipis. Hakak bernafas pun susah sebab telampau sejuk udara dia. Jadi, bila cover dengan ini topeng muka baru senang mau menghirup udara. Hakak beli topeng muka jenis yang selalu pemotong rumput guna tu. Murah dan jimat.

 7. Head lamp

Ini kena guna time menuju puncak gemilang cahaya. Kalau tiada ini habislah kegelapan time mendaki. Sana di Mr DIY banyak tu.

8. Tongkat

Ini optional. Kalau rasa diri tu fit, tak perlu bawa. Kalau rasa-rasa dah out services, dipersilakan bawa tongkat.

9. Botol air

Hari tu, bawa air minum 1 botol besar (1 liter) dan 1 botol kecil (500 ml). Berat jugalah mau bawa tapi puas hati. Cukup sampai turun gunung. Tapi kalau yang tidak larat, bawa saja botol yang kecil sebab boleh refill juga air di setiap checkpoint dalam perjalanan ke pos 5.

 10. Penutup beg kalis air

Ini kena guna time hujan. Guna saja itu plastik sampah warna hitam yang besar untuk tutup beg.

11. Lim balm

Hakak guna Vaseline. Sana atas gunung confirm kering terus pecah tu bibir. Jadi penting bawa ini lip balm.

 14. Berus gigi,ubat gigi & sabun

Nama pun Depekkk, tak perlu bawa. Tapi kalau nak bawa. Terpulang.

 15. Power Bank

Ini optional tapi hakak tetap bawa supaya senang nak cas segala benda.

 16. Beg plastik ( simpan pakaian kotor)

 17. Beg kecil (untuk simpan makanan, telefon etc semasa pendakian ke puncak)


18. Ubat-ubatan

Hakak bawa Yoko-Yoko, minyak Cap Kapak dan ubat sakit perut. Kalau korg mudah kejang kaki, bawalah spray apabila mengalami kekejangan sebab Yoko-Yoko kurang berkesan kalau bagi saya lah. Jangan terkena barulah tahu erti penyesalan yang teramat. I’ve been there…haha...

 19. Makanan ringan

Bawa makanan yang bagi tenaga seperti coklat, biskut, pisang dan sebagainya.

 20. Minuman tenaga

Hakak bawa coke dan 100plus. Org pangil air kemenangan. 


Thursday, 31 July 2025

JALAN-JALAN DI BALI

KENANGAN BALI YANG TERINDAH

Assalamualaikum semua, tak terfikir nak 

ke Bali untuk berjalan-jalan.. Tapi 

disebabkan naik gunung, akhirnya dapat juga 

melihat keunikan Bali dari segi rumah, 

bangunan, kehidupan serta tempat2nya yang 

menarik.. Tidak hairanlah, kenapa orang baru

 melangsungkan perkahwinan selalu ke

 sana untuk berbulan madu.. Rupanya memang

 best...

Pergi bercuti ke Bali secara DIY (Do-It-Yourself) adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dijimatkan. Berikut  adalah beberapa tips dan panduan untuk  membantu anda merancang perjalanan solo ke Bali:

1. Rancang Jadual Perjalanan:

Tentukan tarikh dan tempoh masa: 

Pilih tarikh yang sesuai dan tentukan berapa lama korang ingin berada di Bali. Pilih tempat yang ingin dilawati: Bali menawarkan pelbagai tarikan, seperti pantai, sawah padi, kuil, dan tempat membeli-belah. Rancang tempat-tempat yang ingin dilawati berdasarkan minat korang.

  • Buat jadual harian:
  • Rancang aktiviti harian, termasuk masa

  • perjalanan, aktiviti, dan waktu makan. Ini

  • akan membantu korang memanfaatkan 

  • masa anda di Bali dengan sebaik mungkin.
2. Tempah Penginapan dan Pengangkutan:
  • Tempah penginapan:
  • Tempah penginapan korang terlebih 
  • dahulu melalui laman web seperti 
  • Booking.com atau Agoda. Terdapat
  • pelbagai pilihan penginapan, daripada
  • hotel mewah hingga hostel bajet.
  • Tempah penerbangan:
    Tempah penerbangan korang lebih awal 
  • untuk mendapatkan harga yang lebih baik.

  • Pilih pengangkutan:
  • Di Bali, pengangkutan awam tidak begitu
  • efisien. Boleh menyewa kereta atau
  • motosikal, atau menggunakan
  • perkhidmatan teksi atau pemandu
  • pelancong. Jika memilih untuk
  • menyewa kereta atau motosikal, pastikan
  • korang mempunyai lesen memandu yang sah.

3. Persediaan Kewangan:

Tukar wang: Tukar wang korang kepada 

Rupiah Indonesia sebelum pergi atau  

sebaik sahaja  tiba di lapangan terbang.

Bawa wang tunai: Bawa wang tunai 

secukupnya untuk perbelanjaan harian 

korang .Gunakan kad kredit/debit: Korang 

juga boleh menggunakan kad kredit/

debit untuk  transaksi yang lebih besar.


4. Tip Tambahan:

Belajar beberapa perkataan Bahasa 

Indonesia: Belajar beberapa perkataan 

asas Bahasa Indonesia akan memudahkan 

berkomunikasi dengan penduduk 

tempatan.


Hormati budaya tempatan: Hormati 

adat resam dan budaya tempatan. Berhati-

hati dengan penipuan: Berhati-hati dengan 

penipuan, terutamanya di Kawasan 

pelancongan.


Bawa ubat-ubatan peribadi: Bawa ubat-

ubatan peribadi yang anda perlukan.

Nikmati perjalanan korang..

Nikmati pengalaman di Bali!

Dengan perancangan yang teliti dan 

persediaan yang mencukupi, Korangboleh 

menikmati percutian DIY yang 

menyeronokkan dan menjimatkan di Bali.


Dari dulu lagi Bali merupakan tumpuan seluruh

 dunia. Apa yang menarik tentang Bali? Nak ke

 Bali? Sebuah pulau di Indonesia

 yang masyhur sebagai pulau seribu kuil

 memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih

 serta pemandangan alam yang cantik dan

 mempersona.

Pulau Bali amat sesuai sebagai tempat

 pelancongan, percutian bersama keluarga

 ataupun pasangan yang baru berkahwin

 kerana pulau ini

 amat sangat diminati para pelancong dalam

 dan luar negara.

Pantai yang cantik dan pemandangan yang

 menawan serta budaya yang unik jadi tarikan

 utama ke Pulau Bali.

Bali adalah sebuah pulau Indonesia yang

 terkenal dengan gunung berapi gunung, sawah

 padi ikonik, pantai dan terumbu karang.

Pulau ini adalah rumah kepada tempat

 keagamaan seperti kuil Uluwatu di tebing.

Di selatan, bandar tepi pantai Kuta mempunyai

 bar yang meriah,

 manakala Seminyak, Sanur dan Nusa

 Dua adalah bandar peranginan popular.

Bali menawarkan pelbagai tempat menarik

 untuk dilawati. Antara tempat yang popular

 termasuklah pantai-pantai indah seperti Pantai


i Kuta, Pantai Seminyak, dan Pantai Suluban,

 serta kuil-kuil bersejarah seperti Pura Tanah

a tarikan semula jadi seperti sawah padi

 Tegalalang, air terjun Tegenungan, dan gunung

 berapi seperti Gunung Batur. Tidak

 ketinggalan, Ubud terkenal sebagai pusat seni

 dan budaya Bali, dengan hutan monyet, pasar

 seni, dan tarian tradisional.

Tempat Menarik di Bali:

Pantai:

  • Pantai Kuta: Terkenal dengan pasir putih dan ombak yang sesuai untuk berselancar. 
  • Pantai Seminyak: Pilihan yang lebih tenang dan mewah, dengan banyak restoran dan bar tepi pantai. 

  • Pantai Suluban: Terletak di bawah tebing curam, menawarkan suasana yang lebih terpencil dan pemandangan yang unik. 


Kuil:

  • Pura Tanah Lot: Kuil yang terkenal di atas batu karang di tepi laut, menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. 
  • Pura Uluwatu: Kuil yang terletak di tebing curam, terkenal dengan pertunjukan tari kecak di waktu petang. 

Alam Semula Jadi:

  • Sawah Padi Tegalalang: Pemandangan sawah padi berteres yang menakjubkan di Ubud. 
  • Air Terjun Tegenungan: Air terjun yang indah dengan kolam tempat mandi-manda yang menyegarkan. 
  • Gunung Batur: Gunung berapi yang popular untuk aktiviti mendaki dan menikmati pemandangan matahari terbit. 




Ubud:

  • Hutan Monyet Ubud: Tempat perlindungan untuk monyet-monyet liar, lokasi yang menarik untuk melihat kehidupan liar. 
  • Pasar Seni Ubud: Tempat yang sesuai untuk membeli cenderamata dan melihat hasil seni tempatan. 

Tari Kecak adalah tarian khas Bali yang 

melibatkan puluhan penari laki-laki yang 

duduk melingkar dan menyerukan "cak-cak-

cak" sambil mengangkat tangan. Tarian ini 

mengisahkan cerita Ramayana dan diiringi oleh 

suara penari yang menyerupai gamelan, tanpa 

menggunakan alat musik

  • Tarian Tradisional Bali: Saksikan pertunjukan tarian Bali yang memukau di Ubud. 

Aktiviti Lain:

  • Meluncur Ombak: Bali menawarkan pelbagai lokasi untuk aktiviti meluncur ombak, sesuai untuk pemula dan oang yang lebih berpengalaman. 
  • Menyelam: Pemandangan bawah laut yang menakjubkan di sekitar Pulau Nusa Penida dan Tulamben. 
  • Melawat Ladang Kopi: Pengalaman mencicipi kopi Luwak dan pelbagai jenis kopi Bali yang lain. 
  • Lawatan Kulinari: Mencuba masakan Bali yang terkenal seperti nasi jinggo, ayam betutu, dan sate lilit. 
  • Membeli-belah Kraf Tangan: Mencari batik, perak, atau anyaman buluh sebagai cenderahati. 

Gunung Agung, Bali & Gunung Batur, Bali

Assalamualaikum Hikers Kali ini hakak ke Gunung yang tertinggi di Pulau Kecil Bali di Indonesia.. Sebab nak naik adalah disebabkan hakak ter...