Assalamualaikum Hikers
Kali ini hakak ke Gunung yang tertinggi di Pulau Kecil Bali di Indonesia.. Sebab nak naik adalah disebabkan hakak teruja apabila semasa di Gunung Rinjani tahun lepas, Guide hakak tunjuk Gunung Agung dari jauh .. Maka dengan itu, hakak bertekad tahun ini untuk mencuba mendaki ke Gunung Agung.
Bermulalah perjalanan hakak pada pagi Selasa Jam 11.00 pagi dan tiba di KLIA jam 2.30 petang.. Setiba di KLIA, kami ber 4 terus mencari food court.. Hakak suka makan kuewtiow sup.. Memang sedap laaa.. Lepak2 sehingga jam 6ptg, Kami pun check in di kaunter bersama beg luggage 20 Kg.. Penerbangan dalam Jam 8 mlm delay sehingga jam 11 mlm.. dan Tiba di Bali Jam 2 pagi (3 jam)...
Berikut Tentatif ke Bali
Trip hiking Mt Agung
17/6 *Hari 1
11 am Amanjaya - klia
11.00 mlm flight bali
2.30 pg pickup airport
Hotel segara
18/6 hari ke 2
4 pg Hiking Mt Batur
6 pg smp puncak
7 pg turun hotel
8 pg sarapan dan rehat
12 mkn tengahari/ jalan2
- Sari Timbul entr 50k
- Tegalalang sawah padi
- pura segara ulu danur batur
6 ptg hotel rehat
11 mlm hiking Mt Agung
19/6 hari ke 3
6.30 pg bergerak dari Pos 5
11.30 pg tiba Puncak Mt Agung
7 malam smpai kaki gunung
Bergerak ke nasi padang pitopang jaya tebongkang ubud
- Singgah eiger 16 km
- Istana Ubud 21km
Check in Hotel Bakung Ubud 3 km
Free n easy
20/6 hari ke 4
8 pg sarapan
Taman Dedari entr 50k
Trip waterfalls
Tukad cepung
Kanto lampo
-6 ptg bergerak ke Sanur
Checkin Hotel Agung sanur dan rest
21/6 hari ke 5
7 pg Nusa penida
8 pg naik bot
430 Bot ptg kembali ke sanur
630 Balik hotel
rest free and easy
230 pg bergerak ke airport
Flight 7 pg
Kami bergerak ke tempat penginapan Hotel Segara dan bersiap untuk mendaki ke Gunung Batur.. Jam 4am kami sudah pun menaiki kenderaan dan memulakan pendakian jam 5pagi dan tiba di puncak jam 7.30 pagi.. Kami berempat mulai bergambar dan berbuat video sehingga jam 8.30 pagi.. Hakak dan rakan-rakan mulai turun jam 8.30 pagi dan tiba kaki gunung batur jam 11 pagi..
🔺Gunung Agung, Bali, Indonesia
Category : Volcanic Mountain
Daerah : Kintamani
Ketinggian : 3142m
Tempat bermula atau pintu rimba masuk ke Gunung Agung.. Untuk mendaki ke Gunung Agung biasanya ambil masa 2 hari 1 malam lebih santai dan boleh layan view.. Terdapat 3 Jalur iaitu Jalur pertama adalah via Pasar Agung yang berada di kaki gunung bagian selatan, Jalur ke 2 Jalur pendakian via Besakih berada di kaki gunung bagian barat daya dan ke 3 Jalur pendakian via Taman Edelweis berada di bagian lereng selatan Gunung Agung..
Hakak dan rakan-rakan lebih memilih Jalur Edelweis kerana jalur ini mempunyai pemandangan yang lengkap dan menawan. Kami disajikan hamparan bunga edelweiss darimulai pendakian, sunset dan sunrise saat cuaca cerah, hingga pemandangan dari puncak paling tinggi yang mempesona. Meskipun jalur ini bukan yang tercepat, namun jalur ini satu-satunya yang mempunyai sumber air. Kami lebih memilih Daypack kerana dapat berjalan di Bali setibanya keluar dari Pintu Rimba.
Bermula pendakian dari Pintu Rimba Jam 11 malam dari Pos 1 hingga ke Pos 5 dan tiba pada jam 3 pagi. Dari Pos 5 ke puncak Gunung Agung jam 6.30 pagi selepas sarapan. Pkl 11.30 pagi kami tiba di Puncak Gunung Agung.. Kami terasa bangga kerana dapa meilihat awan berkepok serta dapat melihat Gunung Rinjani dari jauh..
Akhirnya setelah penat bergambar dan bervideo, kami turun ke Pos 5 semula untuk mengambil barang yang telah ditinggalkan.. Kami memulai turun jam 3.30 petang dan tiba di Pintu Rimba Jam 7.30 malam.
Sekian.
Jalur Kembara Gunung Agung
Terdapat beberapa laluan yang boleh
dilalui oleh pendaki untuk sampai ke puncak Gunung Agung. Bagaimanapun, laluan
terpantas yang boleh dilalui adalah melalui laluan Pura Pasar Agung, Daerah
Selat. Laluan ini juga menjadi laluan kegemaran para pendaki.
Mendaki Gunung Agung melalui laluan
Kuil Pasar Agung mengambil masa lebih kurang 4 jam. Namun, anda perlu
berhati-hati kerana laluannya agak curam. Anda juga boleh mencuba laluan lain
yang lebih lembut, tetapi ia mengambil masa lebih lama, sekitar 7 jam.
Berikut adalah jalur-jalur pendakian Gunung Agung:
Jalur Pura Pasar Agung, Kecamatan Selat
Jalur Hidden Forest, Kecamatan Selat
Jalur Pura Pengubengan, Kecamatan Rendang
Jalur Edelweiss, Kecamatan Rendang
Jalur SGP (sewarung gawe puregae), Kecamatan Rendang
Jalur DBS Trekking Centre, Kecamatan Kubu
Jalur Pucang, Kecamatan Kubu
Jalur KATA (Karangasem Trekker Association) Pasar Agung Sibetan, Kecamatan
Bebandem
Jalur Pura Lawangan, Kecamatan Bebandem
Jalur Kedampal, Kecamatan Abang
Keperluan yang wajib dibawa
Selalunya baju sejuk ni digunakan time mendaki ke puncak.
Tapi, ada juga yang tak tahan dengan cuaca sejuk sepanjang perjalanan dari
Timpohon Gate ke Laban Rata. Saya guna baju sejuk jenis wind breaker sebab
lebih ringan. Kalau korang mau yang jenis fancy berbulu-bulu ala-ala Korean
gitewww pun boleh juga.
Ini wajib beli hokeyyy! Inilah penyelamat time hujan
berderai-derai. Tapi nasib baiklah tak hujan time saya naik gunung hari tu.
Syukur betul oh. Hakak beli di Watson dengan harga RM4.00.
Memang wajib untuk bawa sarung tangan. Sesuai untuk memanjat atau memegang dahan yang tajam. Safety sangat2 agar tangan korang tidak terluka. Kadang-kadang sejuk dipuncak. Can you imagine how cold is that?
Hakak bawa sepasang baju untuk pakai di Pos 5. Lepas
tu saya spare sehelai baju panjang untuk lapis pakai time ke puncak. Hakak recycle jer semua pakaian.
Bawa stoking lebih mana tau basah kan. Jadi boleh
tukar-tukar.
Ini penting time di atas puncak sebab udara sana nipis.
Hakak bernafas pun susah sebab telampau sejuk udara dia. Jadi, bila cover dengan
ini topeng muka baru senang mau menghirup udara. Hakak beli topeng muka jenis
yang selalu pemotong rumput guna tu. Murah dan jimat.
Ini kena guna time menuju puncak gemilang cahaya. Kalau
tiada ini habislah kegelapan time mendaki. Sana di Mr DIY banyak tu.
8. Tongkat
Ini optional. Kalau rasa diri tu fit, tak perlu bawa.
Kalau rasa-rasa dah out services, dipersilakan bawa tongkat.
9. Botol air
Hari tu, bawa air minum 1 botol besar (1 liter) dan 1
botol kecil (500 ml). Berat jugalah mau bawa tapi puas hati. Cukup sampai turun
gunung. Tapi kalau yang tidak larat, bawa saja botol yang kecil sebab
boleh refill juga air di setiap checkpoint dalam perjalanan ke pos 5.
Ini kena guna time hujan. Guna saja itu plastik
sampah warna hitam yang besar untuk tutup beg.
11. Lim balm
Hakak guna Vaseline. Sana atas gunung confirm kering terus
pecah tu bibir. Jadi penting bawa ini lip balm.
Nama pun Depekkk, tak perlu bawa. Tapi kalau nak bawa. Terpulang.
Ini optional tapi hakak tetap bawa supaya senang nak cas
segala benda.
18. Ubat-ubatan
Hakak bawa Yoko-Yoko, minyak Cap Kapak dan ubat sakit
perut. Kalau korg mudah kejang kaki, bawalah spray apabila mengalami kekejangan sebab Yoko-Yoko
kurang berkesan kalau bagi saya lah. Jangan terkena barulah tahu erti
penyesalan yang teramat. I’ve been there…haha...
Bawa makanan yang bagi tenaga seperti coklat, biskut,
pisang dan sebagainya.
Hakak bawa coke dan 100plus. Org pangil air kemenangan.